Wednesday, September 26, 2007

Batu Burok: Pemimpin BN makin terdesak

dipetik dari http://www.harakahdaily.net
tulisan: Awang Harun

KUALA TERENGGANU, (Hrkh) – Pemimpin Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri semakin terdesak apabila terpaksa mengadakan siri penjelasan mengenai insiden Batu Burok yang berlaku pada 8 September lalu.

Beberapa siri penjelasan telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman selepas kejadian itu di mana taklimat mengenai kejadian itu disampaikan oleh pihak polis.

Pada kira-kira jam 2.00 petang ini, penjelasan itu melibatkan pengetua, guru besar, guru penolong kanan 1, guru penolong kanan (hal ehwal murid) dan guru penolong kanan (kokurikulum) daripada beberapa sekolah menengah dan rendah yang terpilih.

Mereka adalah daripada tujuh buah sekolah menengah yang dipilih dari setiap daerah kecuali 14 di Kuala Terengganu manakala enam sekolah rendah setiap daerah melainkan 12 buah di Kuala Terengganu.

Pejabat Pelajaran negeri di dalam suratnya P.T. 09013-01/12(30) yang ditandatangani pengarahnya, Arifin Embong mengarahkan mereka hadir pada majlis penjelasan yang diadakan itu.

“ Komen: Penjelasan yang dibuat adalah memang tempat dengan masanya kerana parti-parti pembangkang sekarang ini khususnya PAS gemar memutar belitkan fakta. Tujuan mereka hanyalah satu untuk memburukan pentadbiran kerajaan. Dengan tidak mempunyai maklumat yang terperinci, PAS mengeluarkan fatwa mereka yang merepek dengan sesuka hati tanpa mengambil peduli kesahihan maklumat yang diterima itu. Kita sebagai rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan perlu memulaukan PAS supaya parti ini tidak mampu lagi bangkit untuk menghebahkan cerita-cerita merapu mereka. Makhluk seperti Mat Sabu yang merupakan ketua makhluk perosak ini seharusnya diabaikan terus kerana jika dibiarkan, akan hanya merosakkan masyarakat dengan negara. Makhluk seperti ini tak ubah seperti ‘LALAT’ yang menghurungi sampah semata-mata untuk merosakkan masyarakat.”

Sebelum ini, penjelasan yang diadakan secara berasingan itu melibatkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta golongan belia. - mks.

No comments: