(YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menikmati keindahan Dataran Putrajaya sehari sebelum Tun meletak jawatan Perdana Menteri. Foto ini dirakam selepas Tun dan Tun Dr Siti Hasmah sudi bergambar foto dengan para setiausaha akhbar menteri kabinet)
Jumaat lepas, saya bersama-sama tiga orang saudara ipar meluangkan masa untuk menyertai lebih kurang 300 umat Islam bersolat hajat, membaca Yassin dan dan berdoa untuk kesihatan Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianjur oleh keluarga mantan perdana menteri itu di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sebelum sampai ke masjid yang tersergam indah itu, kami mengharungi kesesakan lalulintas yang agak serius bermula dari Ampang hinggalah menyusur keluar ke Jalan Duta. Kesesakan itu melambatkan sedikit ketibaan kami di masjid dan terlepas peluang untuk solat Maghrib berjamaah dengan tetamu-tetamu Allah yang lain termasuk hampir 100 orang Muslimat.
Kami sempat bersolat hajat sebelum menunaikan solat Maghrib kemudian.Selepas majlis membaca Yassin dan doa selamat, saya cuba mencari-cari sama ada pemimpin-pemimpin UMNO, terutama menteri kabinet yang banyak terhutang budi kepada Tun sebelum ini, hadir sama. Saya juga tercari-cari tokoh-tokoh UMNO yang berada di pesada kepimpinan politik mahupun korporat, GLC ataupun swasta, yang turut hadir. Hanya ketua UMNO Bahagian Cheras yang kelihatan dalam dewan solat.
“Komen: Jangan buat kenyataan yang berbaur fitnah kalau diri sendiri tak pasti cerita sebenar. Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak dimaklumkan tentang hal ini. UMNO sudah pasti tidak akan mengetepikan Tun dalam apa cara sekali pun kerana Tun adalah insan yang paling banyak berjasa di dalam UMNO. Jadi moralnya sekarang, jangan sesuka hati mengata orang ikut sedap mulut kerana diri sendiri pun tak ada fakta dan kebenaran.”
perasaan sedih dan insaf menyusupi jiwa apabila mendapati tidak seorangpun menteri kabinet, pemimpin besar UMNO ataupun tokoh korporat lain yang hadir.Saya terfikir mereka mungkin khuatir dan bimbang akan hilang kedudukan, jawatan atau dipinggirkan dalam pilihan raya akan datang sekiranya mereka menghadiri majlis yang dianjurkan untuk Tun Dr. Mahathir, tak kiralah jikapun ianya di adakan di dalam Rumah Allah.Jika benar agakan ini, maka mereka tergolong sebagai orang munafik!
“Komen: Golongan yang suka membuat fitnah kepada orang lain adalah tergolong dalam munafik. Jadi kalau dah munafik janganlah dok mengajak orang lain terikut sama jadi munafik. Ada akal fikirlah secara logik dan waras. Apa korang nih datang nak solat ke nak tinjau sekeliling masjid untuk cari orang UMNO dan kerajaan. Teringin nak tubuhkan skuad peninjau pembangkang ke sekarang nih, nak buat bancian berapa ramai orang UMNO datang buat amal ibadat. Hoi! Sedarlah sikit, beramal ibadat boleh dilakukan di tempat yang bersih dan suci selain dari masjid. Kalau beribadat di rumah pun korang datang nak bertenggek jadi paparazzi untuk pembangkang. Orang beribadat kerana Tuhan, bukannya beribadat semata-mata menunujuk-nunjuk dan bermegah-megah. Berhentilah jadi hipokri dan riak.”
Walau bagaimanapun, inilah hakikat yang akan dihadapi oleh mana-mana mantan pemimpin yang tidak lagi memimpin atau dalam kata-kata lain sudah tidak berkuasa. Teringat saya akan kata-kata.... kawan semasa ketawa cukup ramai, kawan semasa menangis amat sedikit.
Saya sedar pada malam itu rakan sekolah saya, Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dijadual memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berkaitan Bajet dan ini mungkin memberi alasan kepada sesetengah pemimpin untuk tidak hadir. Tetapi, Ketua UMNO Bahagian Cheras yang juga Ahli Dewan Negara, Datuk Wira Syed Ali dapat hadir dan selepas membaca Yassin dan majlis doa selamat, sempat pula menghadiri majlis taklimat, kenapa mereka tidak boleh!
Rakan blogger yang saya temui ...A Voice.
Seorang tokoh ilmuan Islam, Ibnu Maskawaih, pernah berpesan:"Ketahuilah bahawa sekalipun bersahabat dengan teman-teman anda di sa'at-sa'at kelapangan itu diwajibkan, namun bersahabat dengan mereka di waktu susah lebih diwajibkan lagi kerana manfa'atnya bagi sahabat-sahabat anda itu jauh lebih besar."Saya cuba bayangkan satu keadaan di masa muka apabila Pak Lah tidak lagi menjadi PM, saya cuba bayangkan di mana menantunya, di mana Datuk Seri KMH, di mana pasukan Aras 4 Bangunan Perdan Putra .....di mana?Hari ini hari mereka, esok lusa entah hari siapa?
Komen: Bila kebun jeruk anda masam buahnya, jangan iri pada jeruk dari kebun orang yang manis rasanya.
MAKSUDNYA: Jangan iri hati melihat kesenangan dan kebahagian orang lain, dan jangan iri mlihat nasib baik serta keberhasilan orang lain.
Firman Allah:
“… mereka menjadikan agama (memperalatkan agama ) untuk tujuan berpecah-belah dan berpuak-puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti-parti). Masing-masing puak (parti) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka…”
HR Tirmidzi:
“ Apabila seseorang manusia berdusta, maka malaikat menjauhkan satu batu, kerana terasa ada bau busuk yang dibawanya.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment