Wan Nordin Wan Yaacob
dipetik dari harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Klip video yang bertajuk 'ini bukan budaya kita' yang bermotifkan kempen kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) dalam isu rusuhan di Batu Buruk tanpa sedar atau tidak telah menghina perjuangan rakyat Palestin dan Indonesia.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar klip video yang ditayangkan RTM secara kerap itu adalah bermotifkan politik untuk menjustifikasi kejadian kes rusuhan di Batu Buruk 8 September lalu.
“Komen: Apa maksudnya ini! Perjuangan rakyat Palestin dan Indonesia bukannya satu penghinaan, malahan dilihat sebagai satu perjuangan untuk membebaskan negara dari kekejaman
Justifikasi yang dibuat oleh PAS lebih menjurus kepada memperalatkan minda rakyat agar menentang kerajaan. Ketelanjuran PAS sudah nampak terang, bukan sahaja memulakan demonstrasi menentang pihak polis malah sekarang mahu memesongkan rakyat. Sedarlah! Tanpa kerajaan sekarang, tiadalah kebebasan. Tanpa kerajaan sekarang, tiadalah keharmonian.”
Imej pemuda membakar bendera dan divisualkan dengan tulisan 'ini bukan budaya kita' menjurus kepada isu dakwaan kononnya rusuhan didalangi pembangkang di Batu Buruk pada 8 September lalu dalam satu ceramah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
“Komen: Sudah terang lagi bersuluh! Inilah dia PAS dan pembangkang. Kenapa perlu takut kalau tak buat? Jadi sekarang kenapa tak senang duduk bila melihat visual yang ditayangkan. Jadi sekarang terbuktilah bahawa memang pembangkang bertanggungjawab dengan sengaja membakar jalur gemilang. Ini bukan lagi dakwaan tetapi fakta. Fakta yang kukuh dengan menunjukkan pihak pembangkang bertindak diluar kawalan sambil membakar bendera keagungan negara kita. Tunggulah balasan dunia dari pihak polis dan kerajaan. BARU KORANG SEDAR!”
Sedangkan imej awal kejadian baling batu dan himpunan umat Islam di jalan-jalan raya adalah imej dari rakaman perjuangan rakyat Palestin menentang rejim
Selain itu terdapat juga imej dalam klip video tersebut mengenai perjuangan rakyat
Klip video yang berniat jahat ini sekaligus menghina perjuangan rakyat kedua-dua negara tersebut yang umum mengetahui bahawa rakyat negara tersebut terpaksa berbuat demikian kerana tekanan yang dihadapi, katanya
Komen: Rakyat
Sedikit sedutan daripada perasaan rakyat
“ Kejatuhan bekas Presiden Indonesia, Suharto, membawa kepada era kebebasan politik dan membuka sinar harapan masa depan yang lebih baik. Namun begitu, hampir sedekad kemudian, ramai di kalangan 235 juta rakyat republik ini menyuarakan nostalgia terhadap kestabilan ekonomi yang wujud semasa rejim autoritarian Suharto yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS).
“Kehidupan sekarang lebih perit berbanding dahulu,” kata seorang petani, Boan yang menyara tiga anaknya dengan memerah keringat di ladang milik peladang kaya. Kata Boan, dia terpaksa bertungkus-lumus untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan dan bahan bakar yang dahulunya dibekalkan dengan subsidi. Jalan di kampungnya yang musnah dalam banjir enam bulan lalu masih belum diturap semula walaupun pihak berkuasa sudah berjanji berkali-kali. “Kerajaan sekarang tidak mempedulikan kami,” kata Boan yang duduk di luar rumahnya yang berlantaikan tanah di Bekasi, dekat
Walaupun sesetengah orang yang diwawancara masih menentang Suharto disebabkan pencabulan hak asasi manusia semasa rejimnya, hampir kesemua mereka menyifatkan kedudukan kewangan mereka 10 tahun lalu lebih baik daripada sekarang. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, ketua negara keempat sejak kejatuhan Suharto, belum dapat menunaikan janjinya untuk mengurangkan kemiskinan sejak pemilihannya tiga tahun lalu. Sekitar separuh daripada penduduk masih menyara kehidupan dengan kurang daripada 18,700 rupiah (RM6.8) sehari dan sukar untuk meyakinkan mereka supaya menerima demokrasi jika ia gagal membawa kemakmuran. ”
Dengan menggunakan klip video ini secara menggabungkan tiga kejadian berasingan dan merujuk kepada niat politik bagi memburuk-burukkkan pembangkang, RTM dilihat bertindak melampau, katanya.
Berhubung klip imej lelaki membakar bendera jalur gemilang dalam kes rusuhan di Batu Buruk, Kamarudin berkata gambaran secara keseluruhannya ialah bermotifkan politik.
RTM dan Kementerian Penerangan sedikit pun tidak menayangkan tindakan ganas polis terhadap orang awam dan klip video tembakan menggunakan peluru hidup yang dilepaskan anggota polis ke atas orang awam, katanya.
Selain itu RTM juga tidak pernah menyiarkan kejadian polis mengganas dan memukul peserta dalam perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak di Menara Berkembar Petronas (KLCC), katanya.
“Komen: Tak ada gunanya kerajaan nak buat benda-benda atau tuduhan yang tak berasas macam ni. Cuma pembangkang je yang suka reka-reka cerita, jadi sekarang bila rakyat dah nampak mulalah gelabah. RTM merupakan badan yang dipercayai rakyat untuk memaparkan isu-isu terkini yang berlaku di dalam dan luar negara. Tiada apa yang diragukan rakyat kerana berita yang dipaparkan atau dikeluarkan adalah berita yang berasas. Cuma bila berita yang korang keluarkan langsung tak betul nih yang korang dengki dan iri hati hingga sanggup mengeluarkan kata-kata fitnah. Biasalah korangkan memang kaki fitnah, ular sawa dan pembelit.
Dalam Warta 1:30 tadi pihak polis dah dapat mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat di dalam rusuhan Batu Burok,semua mereka akan ditangkap. Tunggu sahaja berita dari pihak polis nanti. Jadi sekarang siapa yang memutar belitkan cerita. Jangan lupa yang salah seorang boneka mainan korang baru je menyerah diri. Kalau tak buat kenapa nak serah diri kat polis? Biasalah orang dah takut dan kecut perut memang hampas!. Rakyat perlukan bukti kukuh untuk menerima sesuatu berita bukannya berita kosong tak laku. Sekarang rakyat Malaysia lebih pandai menilai yang mana permata dan yang mana kayu, botol, Molotov, batu yang dilemparkan, Cuma sekarang ni korang jer yang betul-betul WENG.. bahalul, tak der akal!”
Keganasan polis dan FRU ketika itu telah pun disiasat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu 'public inquiry' mereka dan mendapati ia adalah satu pencabulan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa.
Sehubungan itu Setiausaha Agung PAS itu yang juga anggota Parlimen Tumpat mengecam tindakan tidak profesional yang dilakukan RTM di bawah kementerian yang diterjui Dato' Zainudin Maiden (Zam).
Tindakan itu katanya hanya bermotif politik untuk mengaburi mata rakyat tatkala kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadapi krisis pentadbiran yang buruk.
Melalui pemantauan yang dibuat Harakahdaily, klip video tersebut kerap ditayangkan di RTM1 dan RTM2 hampir setiap hari pada waktu-waktu tertentu yang mungkin sekali mendapat perhatian penonton.
No comments:
Post a Comment