Kononnya mentadbir kawasan jajahan dengan berlandaskan ajaran Islam. Mempunyai ketua yang berkobar-kobar menggunakan ajaran Islam dalam perjalanan politik mereka. Tapi sebenarnya mereka sendiri ‘lalok’ tidak sedar yang rakyat di bawah pentadbiran parti pembangkang terutama PAS telah semakin hari semakin korup. Masalah dalam tanah jajahan yang semakin merebak ‘di bawah hidung sendiri’ tidak diendahkan dan di ambil perhatian. PAS sibuk dengan agenda mereka untuk memutar belitkan fikiran rakyat di luar tanah jajahan mereka bagaikan ’Lembu di luar cukup makan tapi kaum keluarga di rumah ‘mampus’ kelaparan’.
Masalah ajaran sesat semakin menular dalam masyarakat kita. Di Terengganu kes terbaru dilaporkan mengenai ajaran Tok Pa yang menggunakan kaedah ‘Ratib Gegar’ untuk memikat gologan-golongan berada dan VIP. Nampak sangat yang PAS – ‘tak buat kerja’ kerana perkara yang memalukan seperti ini terjadi di dalam kawasan PAS sendiri. ‘Bagai membuka pekung dikaki’ – busuknya, berulat mengotorkan negara.
Kini kita dapat saksikan bagaimana PAS sendiri lebih teruk dalam mentadbir kerajaannya sendiri. PAS hanya mampu ‘ omong-omong’ kosong kononya mampu membangun dan mentadbir negara. Cukuplah PAS, cukuplah dengan agenda ‘merepek’ dalam usaha menjatuhkan kerajaan, kerana rakyat dapat menilai sendiri samada PAS mampu untuk mentadbir negara atau lebih menjurus kepada menghancurkannya.
Lihat petikan berita dari Harian Metro 19 September 2007 mengenai isu Tok Pa ini:
KUALA TERENGGANU: Lelaki misteri dikenali ‘Tok Pa’ di sebuah penempatan terpencil di daerah ini dikatakan gemar melakukan ‘ratib bergegar’ yang didakwa mampu menarik minat orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk.
Malah, kaedah ratib pelik dilakukan lelaki itu yang dikatakan mengikut ajaran tarekat Naqsyabandiah yang diharamkan konon bagi mendapat aura ratib supaya lebih bertenaga.Lelaki yang gemar berpakaian jubah hitam itu dikatakan mengamalkan beberapa ajaran daripada beberapa kitab misteri dari Indonesia yang dikatkan dengan amalan tarekat diamalkannya.
Selain itu, lelaki berusia 50-an itu juga dikatakan sering mengasingkan diri dengan hidup bersama empat isteri dan pengikutnya kerana menganggap masyarakat sekarang tidak betul.
Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata lelaki itu juga tidak mendirikan solat Jumaat dengan alasan rumahnya jauh dari masjid.
Bagaimanapun, menurutnya, lelaki terbabit tidak mengatakan solat Jumaat tidak baik tetapi kononnya mendapati terdapat perkara yang menyalahi hokum dalam ibadah itu.
“Lelaki terbabit juga menganggap barangan yang dijual di pasaran tidak elok, justeru lebih gemar menternak dan menanam sayuran sendiri,”katanya.
Harian Metro 13 September lalu melaporkan seorang ketua ajaran pelik di sebuah kampong terpencil di daerah ini dikatakan meminta pengikutnya hanya melihat bulu roma meremang bagi menentukan waktu berbuka puasa.
Malah, lelaki yang mempunyai empat isteri itu dikatakan turut menggunakan ilmu hitam bagi membolehkan pengikutnya mematuhi permintaan dan arahannya.
Wednesday, September 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment