|
Sepanjang tempoh tiga tahun dengan 2,292 mesyuarat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, hanya sekali sahaja Dr. Mahathir dijemput untuk memberikan ucapan sebagai tanda penghargaan. Dr. Mahathir berucap dalam Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara pada tahun 2006 yang lalu.
Oleh SAMSURI ROSLAN
Sejak UMNO ditubuhkan 61 tahun yang lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Presiden yang paling lama selepas Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Dr Mahathir menjadi Presiden 22 tahun, Allahyarham Tunku Abdul Rahman 20 tahun, Allahyarham Dato Onn Jaafar, Allahyarham Tun Hussien Onn dan Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussien - masing-masing lima tahun. Allahyarham Tun Hussein memangku jawatan Presiden sejak tahun 1976-78 dan menjadi Presiden 1978-81.
Daripada
“Komen: Akhirnya PAS dan parti lain selain UMNO turut mengakui kehebatan kerajaan di bawah pimpinan Tun. Lihatlah bagaimana UMNO berjasa dalam melahirkan pemimpin yang dapat memimpin negara hinggalah terkenal di mata dunia. Pemilihan Presiden yang dijalankan sememangnya menitik beratkan soal kesejahteraan dan kelancaran perubahan pentadbiran dalam memajukan lagi negara kita
Bagi sesetengah ahli dan pemimpin UMNO, jasa para pemimpin mereka terus dikenang. Pelbagai aktiviti dan program yang diatur untuk mengenang jasa bekas para pemimpin mereka terutamanya yang sudah meninggal dunia. Seperti kata pepatah Melayu: Harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama.
Bagaimanapun keadaan tidak berlaku kepada pemimpin mereka yang masih hidup terutamanya Dr Mahathir. Sebaik sahaja Dr Mahathir meletakan jawatan dan bersara dari politik UMNO, tidak sampai satu peratus dari 3.3. juta ahli UMNO yang mahu menghargai jasa pemimpin ini yang masih hidup.
Puncanya adalah tindakan Dr Mahathir yang `mempertikaikan’ beberapa dasar dan cara pentadbiran Presiden UMNO yang sedia ada, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pada pertengahan tahun 2006 yang lalu.
“Komen : Inilah yang dikatakan orang cubaan untuk memburukkan lagi keadaan dan menangguk di air yang keruh. Tun melantik Dato Seri Abdullah berdasarkan kebolehnnya untuk mentadbir negara serta meningkatkan lagi taraf ekonomi dan pembangunan negara. Sedikit sebanyak terdapat perubahan dari segi membawa negara ke peringkat tertinggi. Biarpun begitu, tujuannya tetap sama, untuk melihat negara kita
Dr Mahathir mempertikaikan beberapa isu yang menarik perhatian umum cara pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sehingga menimbulkan rasa kurang senang para pemimpin UMNO termasuk seorang tokoh muda yang bercita-cita tinggi dalam politik.
Persoalan yang dilontarkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab sepenuhnya sebaliknya jawapan lain yang mempertikaikan peribadi dan cara pentadbiran Dr Mahathir.
Berikutan persoalan demi persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir dan adakalanya terlalu `sinikal’ dan bersifat `peribadi’, bekas Presiden UMNO ini diasak dan diserang oleh hampir 3.3. ahli dan pemimpin UMNO.
Secara kasar
1. Sekarang adalah era pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan zaman Dr Mahathir sudahpun selesai.
2. Dr Mahathir sudahpun `nyanyuk’ dan masih `gila kuasa’.
3. Dr Mahathir berbelanja `boros’ semasa zamannya dahulu.
4. Dr Mahathir sengaja melantik Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan `lemah’ agar imej Dr Mahathir sebagai pemimpin negara akan berterusan.
5. Silap Dr Mahathir sendiri kerana melantik Abdullah Ahmad Badawi.
“Komen: Amboi! Sesedap rasa sahaja membuat tafsiran. Soalnya sekarang bagaimanakah caranya kiraan yang dibuat oleh penulis untuk mendapat nilai 3.3 juta ahli UMNO menentang Tun? Adakah melalui kiraan mengagak, kiraan mebuta-tuli atau kiraan berdasarkan kedengkian dalam hati yang meluap-luap? Sedarlah bahawa sebelum membuat andaian lampirkanlah sekali buktinya. Janganlah terus membuat andaian
Tanpa melihat isu `utama’ yang dibawa oleh Dr Mahathir sehingga sekarang, hampir 3.3. juta ahli dan pemimpin UMNO telah memberi pelbagai tekanan dan reaksi negatif terhadap bekas Presiden mereka sendiri.
Wanita UMNO yang berjumlah 1.3. juta, ahli UMNO 967,000, Puteri 226,000 dan Pemuda UMNO berjumlah 707,000 ahli telah terlupa jasa pemimpin mereka ini yang cukup hebat dan berharga satu ketika dahulu.
191 UMNO bahagian sudahpun mengadakan mesyuarat sejak 2004 sehingga 2007. Ini berarti UMNO bahagian sudah bermesyuarat sebanyak tiga kali dan secara keseluruhannya adalah 573 mesyuarat.
Daripada 573 mesyuarat jika diambil secara purata mesyuarat bahagian, puteri, wanita dan pemuda ia mencecah kepada 2,292 kali mesyuarat.
Sepanjang tempoh tiga tahun dengan 2,292 mesyuarat bahagian, pemuda, wanita dan puteri UMNO, hanya sekali sahaja Dr Mahathir dijemput untuk memberikan ucapan sebagai tanda penghargaan. Dr Mahathir berucap dalam Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara pada tahun 2006 yang lalu.
Malahan mana-mana bahagian yang mahu menjemput beliau akan dikenakan pelbagai halangan walaupun dinafikan oleh sesetengah pemimpin sekarang. Lebih tragis lagi dia juga tidak menang dalam G7 di bahagiannya sendiri dalam mesyuarat UMNO bahagian Kubang Pasu pada tahun 2006 yang lalu.
Menurut bekas Presiden UMNO ini, beliau sebagai bekas pemimpin nombor satu parti dan ahli UMNO tulen dikatakan telah dihalang oleh `pemimpin-pemimpin’ tertentu dalam UMNO untuk berucap dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh parti mereka.
Apa yang menarik perhatian, semasa berucap di Persidangan Pemuda UMNO bahagian Petaling Jaya Utara, Dr Mahathir cukup memahami dan adab sebagai seorang ahli UMNO tulen.
Dia tidak mengkritik secara keras sepertimana ucapannya ketika berhadapan dengan NGO atau kumpulan bukan UMNO sebaliknya memberi `kiasan’ dan menceritakan susur-galur sejarah perjuangan UMNO. Dia faham dengan disiplin ketika berucap di hadapan ahli-ahli UMNO.
Bagaimanapun sebahagian besar dari 3.3. juta ahli dan pemimpin UMNO tidak beranggapan demikian. Mereka sudah menolak dan tidak menghargai jasa Dr Mahathir. Sesetengah pemimpin mereka sudah merancang untuk menolak terus Dr Mahathir kepada pembangkang agar mudah disangkal hujah mahupun dilucutkan keanggotaannya.
Mungkin juga keadaan yang lebih radikal agar Dr Mahathir `meninggal dunia’ secepat mungkin agar jasanya dapat diraikan dengan lebih mudah dan hebat sepertimana meraikan jasa-jasa Presiden mereka yang sudah meninggal dunia.
Sehubungan ini, masyarakat Melayu yang bukan ahli UMNO, ahli dan penyokong pembangkang, masyarakat bukan Melayu di negara ini sudah begitu faham dengan sikap hampir 3.3. juta ahli UMNO terhadap pemimpin mereka yang sudah bersara dan berjasa kepada parti mahupun negara.
Begitu mudah untuk mereka menyerang dan mempertikaikan bekas Presiden UMNO ini memandangkan majoriti besar 3.3. juga ahli UMNO sendiri turut tidak menghargai atau iktiraf jasa Dr Mahathir yang masih hidup.
“Komen: Memang dasar tidak sedarkan diri. Dahulunya PAS heboh mengutuk dan mencaci UMNO dan Tun sewaktu pemerintahnya. Tetapi sekarang hendak tunjuk baik membela nasib Tun. Hentikanlah mainan politik anda wahai saudara. Sedarlah UMNO tetap melihat Tun sebagai insan yang teristimewa dan berjasa dalam membagunkan parti serta negara.”
Peribadi yang menyebut – yang tua dihormati dan yang muda disayangi hanya sinonim dengan orang-orang Melayu dan bukannya sebahagian besar 3.3. juta ahli UMNO.
Bagaimana mereka mahu mendabik dada memperjuangkan idealisme parti, rakyat dan negara sedangkan bekas pemimpin mereka yang hebat dan rajin serta digeruni oleh Barat satu ketika dahulu malahan ada ahli UMNO yang menjadi jutawan kini dianggap seperti `sampah’?
Cukuplah retorik hampir 3.3. juta ahli UMNO ini. Apakah buruk sangat sikap bekas Presiden UMNO ini sehingga tiada siapapun yang mahu menemui beliau atau menganjurkan sedikit aktiviti semasa beliau masih hidup?
“Komen: UMNO menerima niat Tun untuk bersara, UMNO tidak pernah membuang Tun malahan Tun diangkat dan dijulang sebagai Presiden yang banyak membantu memartabatkan UMNO serta negara. Politik UMNO dijulang bukan untuk tujuan propaganda, UMNO berjuang untuk menegak agama, bangsa dan negara. Tun tetap dikenang dan UMNO tetap menganjurkan aktiviti-aktiviti yang turut disertai oleh Tun. Tetapi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bukanlah untuk tujuan publisiti atau perlu dihebohkan tetapi aktiviti-aktiviti yang diajurkan dan disertai oleh Tun adalah lebih kepada aktiviti-aktivi “ Bapa dan Keluarga”. Pastinya, Tun tetap dinobatkan sebagai Presiden terulung dan jasa-jasanya tetap mekar di dalam setiap hati ahli UMNO.”
Akhirnya, hanya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohd Azli Mohd yang menghargai jasa besar bekas Presiden mereka yang masih hidup. Dia seorang ahli parti tulen dan berani. Dia sebak dan tersekat-sekat semasa berucap apabila mengingati jasa wira negara-negara membangun yang kini dianggap `nyanyuk’ dan `tikar buruk’ oleh ahli partinya sendiri.
“Komen: Bukan beliau seorang yang mengingati Tun tetapi ucapan beliau lebih menjurus kepada perasaan dan ucapan untuk kesemua ahli UMNO terhadap Tun. Semua ahli UMNO menyayangi dan mengingati Tun. Tiada ungkapan lain yang dapat diungkap selain dari menitiskan air mata tanda ingatan yang tidak terhingga terhadap Tun di atas segala jasa dan bantuan yang dibuat oleh Tun sendiri. Jika ada yang lain menggelar dirinya seorang sahaja yang mengigati Tun, sesungguhnya orang tersebut hanya ‘Syok Sendiri’. Tetapi pastinya Tun tetap megah dihati dan mata rakyat
Dia mahu menghargai bekas Presidennya yang masih hidup dan mahu memahami bahawa masih ada segelintir ahli UMNO yang sayang kepada Dr Mahathir.
Bagi satu peratus ahli UMNO yang masih menyokong dan menghargai jasa Presiden UMNO ini mendoakan Semoga ALLAH SWT terus memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Dr Mahathir Mohamad!
1 comment:
Semoga Tun cepat sembuh selepas bypass procedure tempoh hari
Post a Comment