Terdapat beberapa orang lagi pensyarah IPTA yang ghairah dengan pembangkang hingga lupa merosakkan taraf keilmuan dalam dirinya dan sanggup menyalurkan fakta palsu, salah tentang Hadi Awang dalam buku dan penerbitan mereka.
Pada suatu masa lalu penulis pernah terbaca tulisan pensyarah yang kononnya membuat kajian tentang perjuangan pembangkang di negara ini tetapi menyalurkan fakta salah tentang salasilah Presiden Pas itu, dimana penulis itu menyebut Tok Guru Abdul Hadi Awang, manakala ayahnya Haji Awang Mohamad, sedangkan ayahnya Haji Awang Abdul Rahman.
Ramai golongan profesional termasuk pensyarah di IPTA yang taksub kepada adudumba pembangkang tanpa mengenali secara mendalam watak-watak dan sahsiah kepimpinan telah menjatuh martabatnya sebagai ilmuan kepada membekalkan fakta bohong dan salah kepada masyarakat.
Dalam konteks ceramah Dr. Shafei Abu Bakar ini membuat dakwaan yang tidak mengikut sahih kerana pada tarikh kemerdekaan dilaungkan 1957 oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj, usia Hadi Awang tidak sampai 19 tahun, dia berada dibangku Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Rusila serta berbaris bersama murid-murid lain untuk melaungkan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos.
Bagaimana Dr. Shafei Abu Bakar menyatakan Hadi Awang termasuk dalam barisan pejuang kemerdekaan dan fakta sejarah negara mana yang di gunakan oleh beliau untuk berceramah di Kampung Padang Midin pada malam 4 September 2007 lalu.
Ini menunjukkan PAS dalam ketandusan isu untuk pilihan raya dan
Dr. Shafei dianggap oleh beberapa penduduk Kampung Padang Midin sengaja bercakap bohong serta tidak berpijak kepada fakta dan realiti sejarah negara ini bagi mencemarkan statusnya sebagai bekas pensyarah IPTA dan seorang yang berilmu serta mempunyai tahap intelektual yang tinggi.
Gaya Dr. Shafei bercakap lebih mencemburi kejayaan besar pembangunan negara ini hasil sumber petroleum dan Perbadanan Petroleum Nasional (Petronas) dipesalahkan semahu-mahunya kerana membiayai pelbagai pembangunan mega, termasuk pembinaan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya oleh kerajaan BN.
Apakah wajar sifat anti pembangunan terpancar keluar dari mulut seorang berpendidikan tinggi bertaraf profesional hanya semata-mata bagi menegak benang basah fahaman politik dipagangnya, sedangkan dia sendiri merasai menikmati kejayaan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Dr. Shafei patut insaf dengan kejayaan BN dan tidak seharusnya memalsukan fakta sejarah kemerdekaan negara dan sejarah kejayaan BN melaksanakan tanggongjawabnya membangunan negara ini hingga ketahap ini dalam tempuh 50 tahun sahaja.
Penceramah PAS yang lain, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi juga turut mengeluarkan pendapat yang tidak selari dengan apa yang dinikmati oleh rakyat negeri ini dan negara sekarang ini.
Beliau hanya tahu menyalahkan sesetengah pemimpin BN dengan pelbagai nista dan sedikit pun tidak menyalahkan kerajaan Pas yang memerintah Terengganu 4 tahun 2 bulan yang penuh dengan kejumudan, pemalsuan janji dalam manifesto 1999, pengkhianatan keatas khazanah perhutanan negeri dan gagal melaksanakan dasar Islam yang dilaungkan oleh PAS sejak tahun 1951.
Selepas lebih tiga tahun PAS tewas kepada BN dan kerajaan Terengganu bertukar tangan dari Pas kepada BN, rakyat Terengganu masih lagi merasai kesan pahit yang dilalui zaman pemerintahan Pas dan mereka secara jelas menyatakan, tidak mahu PAS kembali berkuasa di negeri ini.
1 comment:
Sejarah harus dilihat sebagai warna yg memberikan panduan dan azimat kepada bangsa yang ingin maju. Jangan meninggalkan sejarah begitu saja, tolehlah ia kerana banyak yang perlu dipelajari. Dan seharusnya sejarah juga tidak diputarbelitkan isinya, agar ia terus kemas dengan rakaman peristiwa yang benar.
Post a Comment