Wednesday, September 12, 2007

Insiden Batu Buruk: Polis Diarah Bertindak Ganas???

Post by: Anuar Ibrahim
Site: http://www.anwaribrahimblog.com

Di kebelakangan ini sambutan ceramah KeADILan, PAS dan DAP kian hangat mendapat sambutan. Maka pimpinan umno kian gelabah dan mempersulitkan kelulusan permit ceramah.

Komen: Mampukah parti pembangkang memenangi pilihan raya! Sama-samalah kita saksikan kehebatan mereka kerana kalau setakat menang sambutan dan sorakkan dalam parti, mana-mana parti pun boleh buat. Dah terbukti sebelum ini pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya. Pilihan raya di Ijok menjadi saksi bagaimana mereka cuma mampu menang sorak tapi kalah juga. Jadi sekarang siapa yang tengah gelabah!

Program malam nanti di Jalan Ipoh, dalam kawasan Parlimen Batu masih belum mendapat kelulusan. Kita akan meneruskan acara dengan aman insya-Allah.

Di Kuantan beberapa hari dulu, pihak polis meluluskan permit. Hanya sebaik saya mulakan pidato pada jam 11.30 malam (selepas menyampaikan ceramah di kemaman), saya diminta menamatkan ceramah. Walau bagaimanapun ceramah diteruskan sehingga jam 12 malam. Hanya terdapat insiden yang sedikit mendebarkan tatkala saya diserbu khalayak selesai ceramah. Mudah-mudahan selamat insya-Allah.

Komen: Eh! Yer ke mendebarkan? Ke dah gelabah? Tu le dah terang-terang ceramah tersebut memang ada maksud tersirat. Tapi apa nak hairan dah memang tak makan saman, pihak berkuasa dah minta berhenti pun tetap degil tak mahu ambil peduli. Macam mana rakyat nak terima kalau diri sendiri kepala batu.

Yang dikesalkan ialah peristiwa di Batu Burok, Kuala Terengganu. Program anjuran Bersih tidak diberikan permit. Halangan di Terengganu atas arahan Menteri Besar, Idris Jusoh kian menjadi-jadi. Ceramah saya juga dihalang awal tahun ini. Semalam Dato’ Mustafa Ali dan Tan Sri Khalid melaporkan kepada saya dan Ustaz Hadi Awang, kami berdua bersama di Bagan Serai semalam, mengenai keganasan polis FRU di sana.

Jenayah dan rasuah meningkat, sambutan ceramah KeADILan dan PAS kian hebat, maka tekanan pun tambah ganas.

Komen: Memanglah kian hebat jika sepanjang ceramah mencemuh, mencaci, menfitnah dan memutar belitkan kerajaan. Benda-benda macam ni memang dah jadi hobi korang dari awal lagi. Habis telinga dan mata rakyat korang viruskan dengan bisikan syaitan serta perkara-perkara serta perkataan yang dibenci Tuhan. Jadi kalau sambutan ceramah korang hebat, jumlah dosa korang pun tak kurang hebatnya. Kalau boleh jadi pemimpin dengan guna cara kotor macam ni, tak tahulah apa akan jadi pada kerajaan pimpinan korang. ‘Confirm !’ HAMPEH!

Jenayah dibiar, ceramah dikepung!

Komen: Salah tu..“Jenayah Ditangani penceramah korang di – ‘Tempelengkan’ – elok Jailkan terus lagi bagus!

No comments: