Sejak sebelum maghrib lagi penulis menggerakkan langkah menelurusi beberapa tempat tumpuan warga
Yang datang dengan kereta sejak sebelum maghrib sibuk mencari parkir untuk memudahkan kereta diletak, sementara yang datang dengan LRT masing-masing berpusu-pusu untuk membeli tiket di kaunter-kaunter LRT.
Menjelang maghrib, suasana di hadapan Dataran Merdeka semakin meriah, lampu-lampu jalan tersergam indah menyinari batang tubuh warga
Pemuda PAS edar risalah ingatkan mereka yang alpa
Di satu sudut di Jalan Masjid
Kelibat Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kelihatan. Nah cukup segak beliau mengenakan pakaiannya.
Penulis menghampiri beliau untuk menyapanya. Dengan nada mesra, Ustaz Riduan membalas dan bertanya khabar. Satu sahaja matlamat anak muda yang dipimpin Ustaz Riduan berkumpul depan Masjid
Risalah bewarna hijau antara lain mengandungi nasihat dan pedoman Islam dan kemerdekaan selain pandangan Islam tentang penghayatan kemerdekaan.
Anak-anak muda pimpinan Ustaz Riduan siap siaga untuk menjalankan misi dakwah mereka tatkala anak muda yang lain sibuk memgang bahu teman wanita masing-masing (mungkin inilah erti merdeka bagi golongan ini).
Ustaz Riduan yang sempat bercakap lanjut dengan penulis antara lain menyatakan pada malam ini mereka mahu menjalankan misi dakwah dan pencegahan maksiat di beberapa lokasi sekitar
Antaranya, Taman Tasik Titiwangsa, Dataran Merdeka, Bangsar, Jalan Sultan Ismail dan KLCC.
Azam yang ditanamkan kumpulan Pemuda PAS ini cukup membuatkan denyut jantung penulis semakin tegap bergerak kerana kagum dengan kesungguhan mereka membelah kesengsaraan malam kebebasan ini untuk mengajak rakyat kembali kepada penghayatan nilai kemerdekaan menurut Islam.
Satu persatu orang yang lalu-lalang di depan mereka di LRT Masjid Jamek disapa dan diberi risalah.
Lebih teruk lagi ada juga yang menunjukkan aksi marah bila risalah diserahkan. Beberapa orang ahli MIC yang lalu di kawasan itu hanya memerhati dengan mata terbeliak tindak-tanduk Pemuda PAS mengedar risalah kepada orang ramai.
Jam menunjukkan 7.15 minit malam, Ustaz Riduan mengarahkan anak buahnya untuk berhenti sementara bagi menunaikan solat berjemaah di masjid.
Nah indahnya Islam itu, mereka yang menghayatinya pasti dapat merasakan setiap yang dilakukan itu Allah juga yang membalasnya, dengan tidak lupakan perkara wajib, umat Islam juga dituntut untuk mencegah kemungkaran menyeru kepada kebenaran.
Inilah yang dilakukan oleh kumpulan anak muda PAS ini.
Azan bergema, mereka bersenda
Tepat jam 7.18 minit malam, azan Maghrib bergema dari corong pembesar suara Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid India, namun Warga kota yang lain sibuk mundar mandir ke jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka untuk menyaksikan 'count down' di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Kelibat Puteri UMNO menjelma, aksi garang dipamerkan kepada sang putera semata-mata untuk bersenda. Azan semakin lantang berbunyi, tepuk menepuk menjadi penghias dan pembuka kata anak muda berbaju putih berkain merah jambu dengan teman-teman pemudanya.
Malangnya tak siapa menjangka ramai di kalangan mereka mungkin sekali terlupa seruan Allah memanggil mereka ketika azan bergema.
Yang berpakaian kemas, seksi, seksa dan pakaian melambangkan berjiwa merdeka menghiasi sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka. Penulis sempat bertegur sapa dengan beberapa orang yang katanya datang untuk menyambut malam 31 Ogos.
Rata-rata yang ditemui penulis selepas solat Mahgrib memaksudkan merdeka itu 'bebas' boleh buat apa sahaja dan boleh lakukan apa sahaja termasuk "bebas maksima" pada malam 31 Ogos.
"Alah bang malam ini polis tak kacau punya, kami boleh buat apa sahaja," kata seorang pemuda berambut ala 'mohican'.
Secara keseluruhannya jawapan yang diterima dari kalangan mereka yang berpusu-pusu ke Dataran Merdeka bagi menyambut malam 31 Ogos ini satu, "sambutan ini setahun sekali, tapi kali ini lebih meriah sebab 50 tahun merdeka, jadi apa salahnya sambut dengan cara begini'.
Komen:
Inilah gadis pilihan masa kini
Di satu tempat yang lain iaitu di Bukit Bintang sejurus selepas Isyak suasana semakin hangat dengan kelibat seksi gadis Melayu beraksi di sekitar Bintang Walk.
Tidak kurang dari kalangan Cina dan
Namun anak gadis Melayu ini ada yang gayanya seperti 'seekor kucing laparkan ikan' tidak kurang yang 'malu-malu tapi mahu'.
Sementara kumpulan anak-anak muda lelaki pula berpakaian ala barat, rambut bewarna kuning, hijau dan perang memulakan aksi-aksi mereka, ada yang membawa tin minuman terlarang.
Malam bebaslah katakan, yang terlarang pun boleh jadi tidak terlarang, inilah yang mungkin sekali dimaksudkan golongan ini.
Dari
Komen:
Melalui pengisian, kesedaran pada agama, bangsa dan negara, UMNO bertindak untuk menyedarkan golongan muda-mudi ini. Melalui teater, dialog kesedaran, forum dan sebagainya UMNO menyuntik kesedaran supaya golongan ini tidak terus hanyut di dalam kebebasan, kemewahan dan keseronokan yang menular di dalam masayarakat tika ini.
UMNO melihat permasalahan ini dan membantu menyedarkan mereka. UMNO mengajak golongan muda untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti mana yang telah diperkenalkan oleh pemuda dan puteri UMNO umunya.
UMNO tidak memandang mereka seperti sampah masyarakat tetapi mendidik mereka kearah jalan yang lurus. UMNO tidak mengutuk dan menfitnah dengan menggunakan alasan permasalahan golongan muda-mudi ini seperti mana yang ditulis di dalam rencana ini.
Tegur menegur, mesra hingga terbawa
Di suatu sudut di Bintang Walk, ada beberapa remaja Perempuan yang dalam lingkungan belasan tahun (mungkin sekali masih bersekolah) seronok berbual manja dengan beberapa jantan mungkin sekali mat rempit kerana kelihatan mereka memegang topi keledar bersama.
Tegur menegur, sapa menyapa yang akhirnya menjadi titik pertemuan dua mata untuk bersetuju bonceng membonceng antara satu sama lain bagi merayakan malam kebebasan.
Sedar atau tidak mungkin sekali maruah empunya diri mungkin terbebas malam ini setelah mat rempit jadi penghibur hati merayakan malam penuh kebebasan.
Nah, gamatnya
Suasana makin gawat.Denyut nafas remaja muda makin pantas, tangan-tangan si jantan mula merayau mencari sasaran nafsu mereka meskipun dalam bersesak berkumpul melaungkan 'Merdeka'.
Sementara yang di gadis teruja walaupun merah padam mata menahan seronok dipegang sedemikian rupa oleh teman-teman lekakinya.
Apa nak dihiraukan, malam merdekalah katakan.Kali ini sambutannya cukup meriah kerana 50 tahun usia negara.
Beberapa minit lagi sahaja jam akan menunjukkan 12.00 malam, keghairahan anak-anak muda terpancar dari raut wajah mereka untuk sama-sama bebaskan malam 31 Ogos dengan sebebas-bebasnya.
Komen:
Sepatutnya kita bersama-sama membantu apabila keadaan seperti ini terjadi dan bukannya menuding jari mencari kesilapan UMNO sahaja. Sememangnya golongan muda sekarang dilihat terlalu bebas tetapi kita sebagai masyarakat yang “Lebih Lama Makan Garam” ini perlu membantu menyedarkan mereka. Ini tidak masyarakat yang “Makan Garam” ini lebih suka duduk diam dan menuding jari mencari kesilapan orang lain. Apakah ini cara yang betul? Jadi berhentilah mencemuh dan menuding jari sebaliknya membantu mendidik mereka kejalan yang betul.
Detik yang dinanti tiba!Ramai yang menjerit suka, yang mengira 'count down' seperti anak sekolah mengira, dari yang besarhingga nombor kecil semuanya di kira untuk menyatakan saat-saat terakhir menjelang usia 50 tahun.
Kiraan bermula hingga ke 59 saat semuanya diperhatikan dengan penuh minat.Yang memegang erat 'makwe' hingga sesak nafas dibuatnya.Yang sendiri leka memerhatikan gelagat yang lain.
Jauh di sudut hati penulis, kesal anak muda jadi sebegini kerana semata-mata mahu merayakan malam kemerdekaan.
Berjalan pula penulis ke taman Tasik Titiwangsa, nah di
Wah yang berpelukan bagai suami isteri tak terkira, yang berkucupan hingga lupa dunia, yang bercumbuan tak nampak yang melintas di mata dan yang asyik bermadu
Bila disapa mereka hanya tersipu, tak kurang yang menjerkah penulis katanya bukan urusan penulis jika mereka sekali pun mahu ke neraka.
Dan bukan hak penulis untuk tentukan Syurga. Namun sekadar ingat mengingati semasa manusia.Penulis meneruskan langkah ke beberapa lokasi lain dan jam menunjukkan 3.00 pagi.
Aksi berbasikal, rempit dan 'seluar kecil'
Sekumpulan anak remaja (mungkin lingkungan 12 hingga 14 tahun) mengayun basikal dengan aksi-aksi berani di selang seli laungan merdeka. Kayuhan mereka tak serupa Rosman Alwi atau M.Kumaresan, tetapi aksinya tak tercabar dek 'jagoan' basikal negara.
Sambil membuat aksi, mereka tak tersangka bahaya yang datang mungkin dari arah belakang mereka. Seorang tertiarap kerana bertembung sesama sendiri dari arah belakang tatkala yang seorang lagi terlebih 'willie' basikal mereka. Aksi ala mat rempit bermula.
Beberap minit kemudian, kelihatan kelibat anak-anak muda dengan motor 'kapcai' nya beraksi sambil yang memboncengnya ghairah hingga tidak tersedar 'seluar kecil' mereka di perhati mat-mat kereta.
Hangatnya malam merdeka.Mata penulis semakin tidak mampu untuk dibuka.Jam hampir 4.00 pagi dan penulis mahu beredar dari memerhati malam durjana. Pulang ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan menulis merencana segala yang terlihat di pandangan mata.
Teringat juga di minda apa khabarnya rakan penulis yang turut membuat liputan pada malam itu. Mana tidaknya beliau si anak dara yang ditemani rakannya juga yang belum berpunya. Menaiki motorsikal semata bertujuan melapor yang benar belaka. Intan dan rakannya mungkin sudah pulang ke rumahnya, dan harap mereka selamat hendaknya itu sahaja.
Pening kepala tak terhingga memikirkan betapa hebatnya malam merdeka yang dirayakan dengan perayaan ala Umno/Barisan Nasional malam tadi. Ucapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula lansung tidak membakar semangat, dengan beberapa kali laungan merdeka yang
Malam ini penulis akan ke Stadium Merdeka, di
Kemerdekaan disambut oleh semua rakyat
1 comment:
Lihatlah bagaimana PAS menggunakan cara halus untuk memutar belitkan fikiran rakyat. Mungkin ini merupakan satu taktik untuk memancaing undi. Fitnah dan tomahan tak berasas ini memang merupakan mainan PAS sejak dari dulu lagi, jadi rakyat Malaysia yang bijak sekalian....janganlah mudah terpedaya...
Post a Comment