Category: General
Web: Malaysia-today.net
Posted by: Raja Petra
Ketua PerusuhNampak gayanya negara kita Malaysia mungkin akan menjadi juara tidak lama lagi. Ini kerana anggota keselamatan telah, sedang dan akan bersedia untuk menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan mana-mana demonstrasi umum. Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.
“Komen: Habis tu! Dah korang buat demonstrasi sapa suruh. Kerajaan kita dah ada undang-undang, korang tentang dan tak ambil pusing. Bila polis cuba nak suraikan keadaan, korang lanyak anggota polis konon hero!. Kerajaan berlembut naik kepala dan pijak kepala ingat kerajaan takut untuk bertindak. Ini kira rekod terbaik dalam 50 tahun baru terjadi kes peluru hidup, kalau negara lain korang buat demonstrasi bukan 50 tahun, 1 hari jer dah tentu korang dah padam dengan hadiah C4.”
Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan. Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).
Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan. Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.
Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.
“Komen: Peserta demonstrasi nih bukannnya berfikiran waras sangat. Kalau pihak polis tak kawal dari awal-awal bukan sahaja peserta bertindak diluar kawalan, malahan masyarakat setempat juga yang jadi mangsa, alam sekitar pun turut tercemar oleh tindakkan peserta membaling objek-objek merbahaya (konon nak tunjuk dia orang sahaja yang boleh baling benda – polis baru kasi satu das dah melatah)
Sebenarnya kalau ada peluang bagi masyarakat setempat untuk kawal keadaan atau dapat lesen untuk tembak peserta-peserta demonstrasi yang tolol nih mau juga masyrakat terima. Biar dia orang tahu! Dah lah menganggu ketenteraman penduduk, kucar-kacir dan memalukan kawasan sahaja. Tak pasal-pasal kawasan perumahan di-cop sebagai kawasan tunjuk perasaan.”
Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.
“Komen: Ha! Sedar pun..apa gunanya berdemonstrasi sedangkan negara kita bukannya berada dalam keadaan genting,kucar-kacir dan berperang. Jadi pelik kenapa perlu ada demonstrasi. Semua cukup dibumi Malaysia, kerajaan dah bagi segala-galanya untuk kesenangan rakyat, tetapi disebabkan oleh sebahagian yang tamak dan tidak bersyukur atas pertolongan kerajaan yang menyebabkan perkara busuk dan masam nih terjadi. Memang kerajaan tak boleh bagi muka pada golongan ini kerana golongan inilah yang jadi perosak golongan lain. Sedarlah bahawa korang masih di Malaysia. Tempat lain korang dah lama kena pijak dan ditanam hidup-hidup.”
Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya. Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata “Paintball” untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.
“Komen: Dengan babi pun korang nak buat ‘comparison’. Sekurang-kurangnya kes babi ni dapat diselesaikan dengan aman. Tapi dengan kes demonstrasi Batu Burok pihak pembangkang lebih bertindak diluar batasan sebab tidak langsung berfikir tentang keselamatan orang lain dan masyarakat setempat. Jadi soalnya sekarang, korang kajilah betul-betul kedua-dua kes ini, kes mana yang lebih menunjukkan perangai kebabian. Korang fikirlah sendiri!”
Oleh itu kesimpulannya ialah:
1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.
2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini.
“Komen: Oleh itu kesimpulannya ialah:
Untuk parti pembangkang yang sentiasa berdemonstrasi, adalah digalakkan untuk membeli insuran nyawa dan harta benda agar nanti senang untuk para penyemarak demonstrasi mendapat pembiayaan jika terjadi apa-apa disebabkan tindakkan bodoh dan selenga korang yang terus berdemonstrasi. Janganlah lupa pada keluarga dirumah hingga nanti keluar keluhan mereka di televisyen kerana korang tak letak nama keluarga dalan caruman KWSP. Periksalah dengan majikan anda kiranya anda ada majikan. Tetapi kalau berkerja dengan pembangkang, maka pandai-pandailah nak hidup!
Sebelum keluar berdemonstrasi fikirkanlah tentang tujuan hidup anda dan renunglah keluarga anda. Adakah anda merupakan contoh didikan terbaik untuk anak dan isteri anda? Bagi yang berpendidikan dan berfikiran positif, berbaloikah ilmu pelajaran yang anda cari selama ini. Fikirkanlah semua ini jika dalam minda anda masih mempunyai nilai kemanusian, tetapi jika tidak.. sesungguhnya anda adalah tergolong dalam golongan insan yang kebodohan dan kerugian.”
Monday, September 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment