Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dari terus ‘ menyerang ’ Datuk Seri Najib Tun Razak. “Dedahlah”…katanya kepada Agendadaily ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri hendak membongkar rahsianya jika meneruskan tindak tanduknya menyerang hal-hal peribadinya.
KOMENKU:
Kes Altantuya yang baru timbul ni je dapat dijadikan isu nak menyerang DS Najib, sebelum ni takde pun. Maknanya fitnah je, kalau betul DS Najib jahat dan kaki pompuan dah lama ada cerita yang dapat dibongkar!!!
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditemui selepas menyampaikan ceramah kempen pilihanraya kecil Ijok di Jaya Setia dekat Batang Berjuntai Jumaat malam.
Sebelum itu dalam ceramahnya kepada masyarakat Cina di pekan Ijok Anwar berkata beliau lebih suka Najib menyamannya. “Mau saman…boleh saman anytime. Saya suka dia saman sebab saya boleh pergi mahkamah,boleh cakap lagi…lagi buka”,katanya.
KOMENKU:
Ada ke benda yang nak dicakap lagi tu Nwar? Sudahlah tak payah nak fitnah DS Najib la.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menggangap dakwaan-dakwaan terhadap Najib serangan peribadi.
“Saya mau cakap saya tak attack peribadi...mereka attack saya peribadi…ingat dia telanjangkan saya,dia angkat tilam…naik tilam…turun tilam,”katanya.
KOMENKU:
Ooooh kira dendam le…bukan untuk negara….Nalla tak buat bisnes(….) lagi ke?
Menurut Anwar beliau akan buka lebih banyak lagi masa pilihanraya umum nanti. “Sekarang Ijok kita kerja kuat…saya bagi sikit dulu,”ujarnya.- 20/4/2007
KOMENKU:
Kenapa nak tunggu pilihanraya? Buka la sekarang. Oh ya mana enam kotak dokumen rahsia Ezam? Dah dua kali Pilihanray (1999 dan 2004) masih senyap je. Ada ke tak de ni? Nak masuk pilihanraya ke 11 dah ni, Ezam pun dah merjuk sampai letak jawatan. Saifuddin Nasution penyokong kuat engkau pun dah lari…..memang engkau tak de prinsip, sebab Saifudin orang yang berprinsip. Aku lebih yakin dengan Saifuddin daripada engkau Nwar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment