Wednesday, April 4, 2007

Masanya telah tiba untuk hentikan keangkuhan Umno!

Tanggal 21 Mac ini genap tiga tahun PM Abdullah Ahmad Badawi menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-11, melepasi prestasi semua perdana menteri sebelumnya. Pembangkang yang serba daif dari segi keupayaan penerangan media, didera dalam pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara.
Diakenababe:
Dah kalah, nyawa-nyawa ikan yang tinggal, kata kena dera pulak! Hari masa menang banyak dalam PRU ke 10, tak kena dera ke?


Kini, bahang pilihan raya kembali terasa. Isyarat dan petanda tampak amat ketara.
Sesetengah pihak meramalkan PRU ke-12 diadakan seawal Mei ini dan selewat-lewatnya Mac 2008. 'Spin media' arus perdana terus-terusan memaparkan prestasi luar biasa ekonomi negara mengisyaratkan kemungkinan itu.Walaupun disanggah ramai termasuk penganalisis dan pakar ekonomi, Abdullah dan Umno tidak peduli. Terasa seolah-olah Malaysia yang didiami Abdullah dan Umno, lain daripada yang diduduki rakyat. Seakan-akan ada dua negara Malaysia.
Diakenababe:
Engkau pun dah nak mati kebulur ke?


Tiga kekangan besar menghambat Abdullah tidak terus bertakhta sehingga Mac 2009. Tarikh April 2008 adalah 'deadline' PRU ke-12 buat dirinya atas tiga sebab.Pertama Anwar Ibrahim akan layak bertanding selepasnya, kedua keizinan penangguhan pemilihan Umno tidak boleh melepasi tarikh itu dan ketiga kes Altantuya bakal membawa padah kalau melepasi 'tarikh keramat' itu.
Diakenababe:
Apahal dengan kes Altantuya?


Apa kena mengena dengan UMNO? Itu hal peribadi Razak Baginda.Perangi rasuah dan Islam Hadhari slogan kosong
Diakenababe:
Sekurang-kurangnya Islam Hadhari tu tak mengkafirkan sesama Islam.


Umum masih ingat Abdullah memasuki PRU ke-11 lalu sebagai 'orang baru' yang mahu dirinya diberi peluang. Ramai bersimpati. Umum masih ingat beliau menjadikan dua teras utama tawaran dan strategi kempennya - 'memerangi rasuah' dan 'Islam Hadhari'.Ramai juga mahukan perubahan selepas 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, lalu memberi laluan mudah kepada Abdullah. Ingatan awam masih segar dengan gambar beliau mengimamkan sembahyang dan berdoa yang terpapar di seluruh negara. Kedua-dua strategi 'mengena' dan 'labanya' besar.Kini Abdullah kaget mencari formula kemenangan. Dia sudah tidak lagi punya moral dan wibawa mengitar semula strategi dan resipi lamanya.
Diakenababe:
Mengkafirkan orang Islam yang lain apa hukumnya?


Sebabnya? Abdullah lupa daratan dan mengkesampingkan rakyat yang memberi 'mandat besar' kepadanya untuk membawa 'perubahan' dengan 'Islam Hadhari'nya serta melaksanakan janji dan tuntutan memerangi rasuah sebaik sahaja beliau berkuasa.Seawal minggu pertama, Abdullah memungkiri janjinya! Pemilihan jemaah Kabinetnya mencetuskan kontroversi.Gegak gempita di Parlimen kerana Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan pilihannya.Membesarkan saiz dan menambah ahli Kabinet adalah haknya, akan tetapi pemilihan semula mereka yang jelas punya rekod yang cemar dengan dakwaan rasuah, amat dikesali. Kedegilannya menyerlahkan keangkuhan 'Imam Hadhari' itu pada awalnya menunjukkan pesona manusia tawaduk berpekerti tinggi.Secara mendadak, Abdullah tidak lagi mempedulikan permintaan rakyat.Katanya 'dia yang berkuasa dan bertanggungjawab sebagai PM negara ini'! Itu betul, tapi rakyat juga punya tanggungjawab menegur yang salah. Kalau beliau benar-benar mahu memerangi rasuah, maka pilih mereka yang jelas tidak tercemar dan masih punya kredibiliti.Awal-awal lagi Abdullah telah tersasar. Kini dia jauh tergelincir. Ilmu 'Islam Hadhari' tidak membantunya membuat pemilihan, apatah lagi membantunya mengurus-tadbir negara.Tiga tahun yang tidak berintegritiSetelah lebih tiga tahun menerajui kepimpinan negara, beliau tidak langsung punya rekod kejayaan! Sebutkan? Senaraikan? RMK-9? Belum apa-apa! Kalau tak ada dia pun tetap akan ada RMK9.Tak kira siapa pun PM-nya? Bagi menempah nama buat dirinya, dia gelarkan PMK9 - 'Misi Nasional'. Kalau ditanya kepada rakyat, tak ramai yang tahu, pegawai kerajaan pun tak sedar akan misi ini. Sebaliknya, kalau senarai kegagalan yang dipinta, cukup panjang.Secara lebih khusus, dalam agenda 'memerangi rasuah', apa kejayaan Abdullah? Dalam Debat Perdana mutakhir ini yang memfokus integriti nasional, hampir semua panelis Umno/BN yang berhujah pada setiap minggu menggunakan sandaran bahawa kesungguhan PM memerangi rasuah adalah jelas dengan pelancaran Pelan Integrasi Nasional (PIN).Dapatkah rakyat diyakinkan dengan lawak jenaka ini, sebab PIN yang dilancarkan pada April 2004, hanya baru-baru ini mendapat perhatian kerajaan Abdullah? Itu pun dalam gelanggang Debat Perdana, hasil 'spin media' Johan Jaafar!Awal-awal lagi Abdullah bergelut dengan pelbagai angkara rasuah sama ada dalam parti dipimpinnya atau kerajaan diterajuinya.Penyalahgunaan kuasa lebih besar lagi jumlah pelakunya termasuk sehingga kini menantunya yang diperhatikan PAC dalam urusan ECM-Libra dan penjualaan aset strategik negara kepada negara jiran terdekat.Dirinya sendiri juga tidak lepas-bebas daripada kelakuan itu ketika pemberian RM600 juta kepada 191 bahagian Umno ketika perhimpunan Agung Umno lalu. Perbelanjaan RM300 semasa Piala Monsun masih tidak puas dipertikaikan dari segi pemberian kontrak yang bersifat 'direct negotiation'.Pembayaran RM540 juta kepada pihak ketiga dalam pembelian dua kapal selam dan RM370 juta dalam pembelian 18 jet pejuang merimaskan dirinya ketika terus dibangkitkan pelbagai pihak media alternatif khasnya golongan 'bloggers'.
Diakenababe:
Masyukkkkkkkkkk


Rasuah memang sinonim dengan Umno
Diakenababe:
Penulis upahan pulak bagaimana?


Rasuah adalah sinonim dengan kerajaan Umno/BN. Sarat dan membarah. Bermula dengan Isa Samad, Menteri Wilayah merangkap Naib Presiden Umno dan belasan pimpinan Umno daripada semua peringkat yang terpaksa dipecat kerana 'politik wang', tidak termasuk seorang menteri dari Sabah yang masih dibicarakan atas tuduhan rasuah, senarai lengkapnya adalah terlalu panjang. Sedikit waktu dulu Umno diaibkan dengan penjelasan dangkal dan lucu, yang dibuat ahli Parlimen Jasin dan dua Adun, seorang dari Klang dan seorang dari Kelantan tentang dakwaan penyelewengan kuasa.Berdasarkan secebis contoh daripada segala perilaku buruk pimpinan Umno ini, penulis merumuskan bahawa sah Abdullah terkena badi memungkiri janji memerangi rasuah!Bukankah Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ar-rashi wal murtashi filan-nar" (kedua-dua pemberi dan penerima rasuah adalah di dalam neraka). Seolah-olah menurunkan 'bala' akibat dosa seluruh perbuatan ini, Allah SWT terus mendedahkan keaiban Umno dan ketidakpedulian kerajaan Abdullah mendera rakyat.Paling terkini kes Ketua Pengarah BPR. Penulis kesempatan berjumpa bekas Pengarah BPR Sabah yang membuat laporan kepada KPN dan Peguam Negara mengenai salah laku Ketua Pengarah tersebut. Surat iu juga dikatakan dihantar kepada Abdullah.Katanya bukan sekali laporan dibuat tetapi tiga kali. Apa integriti yang ada pada Abdullah hari ini? Paling membingungkan kalau sudah jelas peribadi tersebut sudah ada rekod seperti itu, mengapa Abdullah lantik lagi dia pada 2005. Kalau Mahathir yang lantik semula pada 2001, mungkin kita faham sebabnya. Akan tetapi Abdullah lantik juga, maka sukar untuk ditakwil kecuali beliau memang 'tertidur', 'tidak cerdik' atau ada niat yang kurang murni. Allah sahaja Yang Lebih Mengetahui!
Diakenababe:
Jangan percaya la orang ni, 2x 5 jugak agaknya. Sibuk nak lapor kat Pak Lah buat apa? Polis ada. Pak lah bz dengan tugas lebih besar!!


Apabila ditanya tentang kes tersebut, spontan jawab beliau, "Saya pandang serius kes ini". Orang kampung kita pun boleh jawab macam itu. Mungkin lebih cerdik.Namun kalau sungguh serius kenapa sampai jadi macam ini setelah 10 tahun, peram sampai jadi pekasam. Padanlah BPR, macam pondan siam yang langsung tak bertaring! Manakan boleh bertindak kalau orang nombor satunya pun punya 'tengkorak'.
Diakenababe:
Hai tahu macam mana rupa pondan siam nampak? Pernah….


Sepatutnya peribadi Ketua Pengarah BPR, institusi integriti paling unggul dan berwibawa mesti dipimpin seorang tokoh daripada golongan perundangan atau tokoh akademik, bukan bekas pegawai polis (tanpa prejudis).Hari-hari mendatang ini akan lebih menyerlahkan 'badi' yang menyerang PM ini. Kes seorang timbalan menteri yang dituduh menerima rasuah RM5.5 juta bagi ganjaran melepaskan tiga penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat mula diheret ke pengetahuan BPR.Beliau mendakwa tak takut untuk disiasat. Tanpa prejudis, semua nama-nama pimpinan Umno yang disebut bermula dengan balas jawab tajam bahawa mereka tak takut, bahkan ada yang hendak menyerang peniup wisel atau 'whistleblower' ini dengan pelbagai ancaman seperti Khairi terhadap Husam Musa, akhirnya umum tertawa ketika dia terpaksa menjual sahamnya dalam ECM-Libra. Begitulah perilaku pimpinan Umno.
Diakenababe:
PAS di Kelantan ok sangat ke? Tanya Takiyuddin brapa banyak projek balak di kelantan yang dia dapat? Berapa sewa gerai tapak pasar malam yang dikenakan kepada peniaga kecil , kais pagi makan pagi, kais petang makan malam?


Masanya telah tiba untuk membuat perubahan supaya Umno tidak kekal dalam keangkuhan dan menanggung dosa memungkiri janji kepada rakyat! - mr

Diakenababe:Hidup UMNO! Undi UMNO!!

4 comments:

pok_badok said...

Korang dengki sebenarnya dgn keunggulan UMNO yg trus memeimpin negara ni sejak kian lama. Sbb tu la mcm2 fitnah yg korang lemparkn. Kena dera la konon...

Klu nk sentuh soal rasuah, kt mn2 pn ade pe. Dlm PAS pn ade kn.. Tp ditutupi dgn imej Islam. 'Suci dan ikhlas' p'juangkn matlamat korang. Bknkh dgn kes Isa Samad tu nmpk telusnya Pak Lah memerangi rasuah, x kira siapa pn. Yg b'slh ttp b'slh. Bkn senang beb nk heret/dakwa org pasal rasuah ni, kena cukup bukti. Prlu diteliti, dikaji dan dihujahkn dakwaan t'sebut. Bkn bleh main2 atau sesuke ati jer...

Mmg slama ni UMNO trus berusaha tingkatkn kualiti kepimpinannya agar sts relevan dan trus mlangkah berani m'harung cabaran demi rakyat dan negara yg t'cinta!

si_merahhati said...

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Tapi sebagai manusia yang sedar akan kekurangan diri, kita haruslah sentiasa memperbaiki diri. Baik pemimpin mahupun yang dipimpin. Apabila kita sentiasa belajar daripada kesilapan di situlah letaknya harga diri manusia yang sentiasa mahukan perubahan positif dalam hidupnya.

Pemimpin haruslah sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyatnya. Rakyat pula bertanggungjawab untuk terus menyokong pemimpin selagi ianya belum melanggar garis panduan hidup. Kedua-duanya perlu bergabung bukan sebaliknya...

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Riwayat Muslim

ashrafhaikalafendi said...

kembalilah kepada perjuangan UMNO
"Untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara."
Tak kiralah siapa itu Melayu, kembalilah ke landasan yang betul termasuklah orang UMNO sendiri yang telah tergelincir dari landasannya...

Berita dari gunung said...

Dance done well, is both entertaining and alluring. If UMNO is the stage, then the dance at present is losing grace.

But the crowd pays to see the show. The show must go on. Will it last till autumn, before winter bites it numb!