Kebetulan AMLG dipelawa ke Ijok oleh seorang rakan yang begitu teruja untuk melihat hari penamaan calon. Disebabkan beliau berjanji untuk memandu pergi dan balik, maka terpaksalah ikut.
Terkejut benar melihat perangai penyokong PKR (dulunya Keadilan). Kali terakhir AMLG berhadapan dengan mereka ialah pada tahun 2000 di Lunas. Nyata tiada perbezaan dalam sikap dan perangai kumpulan ini.
Adegan membaling botol air jelas sekali dimulakan oleh penyokong PKR. Azmin jangan menafikannya. Ia bermula apabila penyokong yang mengikuti perarakan Khalid Ibrahim mula mengutuk dan mencerca penyokong UMNO terutama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan laungan Altantuya dan Gadis Mongolian.
Ini menyebabkan penyokong BN membalas cercaan tersebut dengan panggilan yang juga kurang enak terhadap Anwar Ibrahim termasuk gelaran popular beliau al-Juburi. Seorang penyokong PKR yang hilang sabar mula membaling botol.
Ini menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan bermulalah insiden berbalas balingan termasuk satu tongkol kayu nyaris mengenai Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.Justeru Azmin Ali janganlah menipu dengan mengatakan penyokong BN bertindak macam samseng.Mengapa hanya setiap kali ada calon Keadilan (sekarang PKR) maka akan wujud keganasan? Di Lunas juga demikian.
Di Teluk Kemang juga demikian. Bukankah semua ini warisan Ezam, Saifuddin dan Azmin sendiri? Siapakah yang menendang pintu persidangan di sebuah hotel ketika DS Anwar masih di dalam UMNO? Di Lunas, siapakah yang mengepung jentera BN di Naga Lilit, menahan Bas penyokong BN di tengah jalan dan mengadakan sekatan jalan raya sendiri?Taktik Keadilan ini sudah berzaman. Mencipta suasana huru hara dan mengambil kesempatan membuat dakwaan bahawa penyokong lawan yang memulakannya.
Sebetulnya…
· (Utusan Malaysia, 30/11/2000) 12 bas bawa penyokong Barisan Nasional di tahanKULIM 29 Nov. - Para penyokong Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bertindak nekad menahan 12 buah bas sewa khas yang membawa kira-kira 340 penyokong Barisan Nasional (BN) di sekitar kawasan Lunas pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, berpuluh-puluh kenderaan penyokong pakatan pembangkang itu mengekori bas-bas tersebut yang datang untuk memberi sokongan kepada calon BN sejak ia memasuki Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) menghala ke Lunas. Bas-bas tersebut kemudiannya ditahan dan para penumpang telah ditakut-takutkan oleh para penyokong pembangkang dengan membaling batu ke arah bas dan menghentak cermin bas dengan menggunakan topi keledar.
Bagaimanapun sejurus kemudian, sepasukan polis tiba untuk membawa bas-bas tersebut ke Balai Polis Lunas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Polis juga terpaksa menutup pintu pagar utama balai bagi menghalang para penyokong pembangkang dan BN daripada membanjiri kawasan balai itu. Suasana di luar balai polis tersebut penuh sesak dengan penyokong kedua-dua parti bertanding menyebabkan jalan raya di sekitar kawasan itu mengalami kesesakan.
Sementara itu, polis memberi jaminan akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap penyokong-penyokong pakatan pembangkang termasuk Keadilan kerana menghalang dan merosakkan bas yang dinaiki oleh penyokong-penyokong BN.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Polis (ACP) Abdul Jalal Mohd. Yunus berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang terbukti mengganggu ketenteraman awam. Beliau mengesahkan, dalam kejadian sejak kira-kira pukul 9 pagi ini, sebanyak 12 buah bas yang membawa 344 orang penumpang ditahan oleh para penyokong pakatan pembangkang.'
'Kami telah menerima laporan polis bahawa penyokong-penyokong Keadilan telah memecahkan cermin tingkap tiga daripada 12 bas tersebut dengan menggunakan topi keledar dan membaling batu ke arah bas.
''Kesemua 12 bas tersebut telah ditahan di sekitar kawasan Lunas oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang yang kemudian menakut-nakutkan para penyokong berkenaan yang datang dari seluruh negara,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Dan sebetulnya lagi…
Begitulah juga yang terjadi pada pilihan raya kecil Pendang dan Anak Bukit. Puak-puak ni memang bertindak gaya samseng, menghalang bas-bas yang membawa penyokong BN dari memasuki kawasan tu pada malam sebelum hari mengundi hingga terpaksa berkumpul di Stadium Alor Star. Sudah menjadi kebiasaan pada hari pengundian para penyokong BN dari pelusuk negara akan datang bantu jentera-jentera BN. Itu tandanya penyokong BN sepakat, tolong menolong.
Wednesday, April 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment