Tuesday, April 24, 2007

Mengenali Khalid Ibrahim - Calon Terbaik PKR di Ijok

Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

LEBIH LANJUT SILA LAYARI http://www.pilihanrayakini.blogspot.com/

No comments: