Wednesday, April 25, 2007

Anuar VS Najib

Dia (Najib) kata saya serang peribadi (dalam kes Altantuya).Saya bukan serang peribadi, saya cuma minta dia jawab samada kenal atau tidak Altantuya? Kenapa orang kanannya (Think Tank Najib), Abdul Razak Baginda boleh terlibat?.

"Kenapa dua anggota unit tindakan khas (UTK) boleh terlibat dan kenapa boleh bahan letupan C4 yang ada tertulis Kementerian Pertahanan digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu?.Saya tidak tuduh, kenapa dia nak marah," katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh kira-kira 800 kaum Tiong Hua yang menghadiri jamuan makan malam bersama Anwar di Simpang Tiga Ijok dekat sini malam tadi. Anwar mengulangi cabarannya ke atas Najib supaya TPM itu menyaman beliau sekiranya mendapati apa yang disebutnya adalah satu penipuan.

sebetulnya…
• kalau dah meletup boleh tau lagi ka C4 tu tertulis milik Kementerian pertahanan?
• macamana bang nuar tahu ada tertulis milik kementerian pertahanan? Setahu aku barang kerajaan tertulis " Hak milik kerajaan malaysia" Bang nuarrrr PENIPUUUUU BESARRRR.
• C4 tu UTK berlambak ada. Selain tu kat selatan Thai pun ada. Orang kerja letup konkrit pun ada. UTK bukan bawah Tentera. Tak tau apa apa jangan cakapla.

No comments: