Tuesday, April 17, 2007

"Kalau PAS menang, orang India akan dihantar balik"

BAGAN DATOH, 11 April (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, yang juga Yang DiPertua Kawasan Bagan Datoh, Misbahul Munir Masduki, mendedahkan taktik `jahat’ MIC dengan melemparkan fitnah PAS sewaktu beliau menjadi calon DUN Rungkap dahulu.
Menurut beliau, ramai daripada masyarakat India di kawasan itu mahu memberikan undi kepada PAS tetapi MIC telah melempar tuduhan jika Pas menang, kaum India akan dihantar balik ke India.
“Tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh MIC sungguh jahat,” ujarnya.

Diakenababe:
Memang pun tadi tulisan Zaili Muhammad membuktikan sikap perkaumana dalam PAS, memperlekehkan UMNO kerana menyokong calon MCA. BN ada semangat setiakawan . Bukan macam BA, hipokrit. Tidur sebantal, mimpi lain-lain.


Beliau berkata demikian sewaktu berucap di majlis Pelancaran Kelab Penyokong PAS Kaum India, di Simpang Empat, Bagan Datoh baru-baru ini.
Pelancaran Kelab Penyokong Kaum India Peringkat Negeri Perak dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu . Turut hadir Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasinal PAS Pusat, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa; Setiausaha PAS Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin; Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak, Haji Zainuddin Yusuf dan Bekas ADUN Pasir Panjang (wakil MIC), K. Munisamy dan N Gobalan Krishnan.
“Masyarakat India di estet ketika itu tidak mengundi saya, pada hal kebanyakan pengundi-pengundi di situ adalah murid-murid saya ketika itu saya mengajar di situ selama sepuluh tahun,”jelasnya.

Diakenababe:
Nampak sangat tak ikhlas. Lagipun awak dibayar gaji bila mengajar bukan free!!


“Tetapi saya tidak salahkan mereka,,” katanya lagi.
Ketua Penerangan PAS Perak itu, menjelaskan mereka itu bukan tidak mahu mengundi calon PAS tetapi telah diugut oleh pihak Barisan Nasional supaya jangan mengundi beliau.

Diakenababe:
Dah kalah macam-macam alasan pulak. Orang lain disalahkan!


“Apabila saya jumpa mereka, mereka beritahu MIC sudah ugut penduduk-penduduk kaum India di situ,” tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa bangga dengan kehadiran ramai orang India pada malam tersebut bagi meraikan pelancaran Kelab Penyokong PAS kaum India.
“Kalau ramai ini orang India yang memberi undi pada saya dahulu, jadi Yang Berhormatlah saya,” gurau beliau. - mks.

Diakenababe:
Terkilan le tu tak jadi YB, jauh api dari panggang la kalau bercita-cita nak menang.

No comments: