Tuesday, April 17, 2007

Skandal Najib: pemimpin Umno tidak bermaruah kata Anwar

TASEK GELUGOR: Pendedahan skandal komisyen pembelian senjata berjumlah ratusan juta ringgit dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantunya Sharibuu, membabitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bukannya bersifat serangan peribadi kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KomenKU:
Cakap saja, mana bukti? Ada tilam ka?


“Kita bukannya fitnah, ini bukannya serangan peribadi, bukan kita bangkitkan perkara ini untuk meluahkan perasaan marah kita.

“Tetapi perkara ini penting. Saya hendak tanya adakah kita rakyat Malaysia, merasa bangga dan mempunyai maruah apabila semua pemimpin dunia tahu, pemimpin kita terlibat (skandal) dan belum menjawab secara keseluruhan mengenai rasuah?”

“Saya hendak tanya kawan-kawan dalam Umno, Ketua-ketua Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian yang bercakap di kampung-kampung dan di cawangan,” ujarnya.

Sambil mengaitkan afidavit Abdul Razak Baginda, ketua ‘think tank’ Najib dan pembabitan pegawai peribadinya dari Unit Tindakan Khas (UTK), dalam kes pembunuhan Altantunya Sharibuu, Anwar berkata sepatutnya pihak polis memanggil Najib untuk disoalsiasat.

KomenKU:
Nak pancing orang UMNO le tu!!! Pegawai peribadi tak semestinya Boss terlibat. Kalau orang jahat takkan tak pandai planning kut, maknanya DS Najib tak terlibat!! Hal peribadi orang kanan tak semestinya kita terlibat, nama pun peribadi. Kalau Azmin Kaya Raya takkan le Boss dia selebet sampai kena jual rumah di Damansara, pandainya bersandiwara. Canang- sana sini kena jual rumah sebab takde duit, kesiannya orang yang termakan kata-kata Nwar, KENA TIPU LAGI!!!.
“Takkan sampai hendak tanyapun tak boleh.”


Menurut Anwar, permintaan Parlimen Mongolia kepada kerajaan Malaysia yang mahukan kes Altantunya disiasat secara adil, membuktikan kerajaan negara itu tidak yakin dengan siasatan yang dijalankan oleh Malaysia.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 10 ribu orang sempena majlis makan malam di Padang Menora dekat sini, semalam.

KomenKU:
Banyak le dosa dia atas dakwaan MEMFITNAH!!


Turut berucap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi Keadilan Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohd Hashim.

KomenKU:
Aik!!! Mat Sabu tak panggil Nwar Al Juburi lagi? Demi kuasa akan ku tutup sebelah mata ku rapat-rapat macam Moshe Dayan (Israel) . Apa boleh buat kan Mat Sabu , demi BA, demi mengejar kuasa, tipu pun tipu la.


Anwar terus mengulangi dakwaannya, Najib dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak, sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis dengan komisyen berjumlah RM520 juta.

Anwar juga turut mendedahkan pembabitan Najib dalam pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Dato’ Seri Adib Adam sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta.

KomenKU:
Siapa pun dia boleh sebut, janji orang terngangga terdengar fitnah dia.


Tegasnya, ketidakmampuan Najib menjawab persoalan skandal membabitkan dirinya, tidak melayakkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

“Malu dan tidak ada maruah penyokong-penyokong Umno mempertahankan pemimpin yang ada kaitan dengan jenayah dan rasuah ratusan juta,” ujarnya.

KomenKU:
Bukan takde maruah punya hal tapi sebab FITNAH dia tak makan dek orang UMNO! Lu sapa?

3 comments:

Unknown said...

Maaf nak bertanya, mengapa komen saudara yang saya ikuti macam tak ber'isi', sekurang-kurangnya kalau nak mematahkan 'fitnah' ataupun 'tuduhan' saudara juga kena bagi bukti bukan sekadar membalas menggunakan ayat-ayat 'skeptikal' atau sindiran yang lebih banyak menggunakan emosi. Sekurang-kurangnya juga boleh lah kami diluar sini membuat perbandingan mana yang betul mana yang silap. Yang mana nak percaya yang mana perlu di tolak dsbg. -Wallahu'alam.

Ridzuan said...

Betul tu putat

Angst No More said...

Politik Politik Politik ...
Malaysia dah parah ...
Masaalah besar datang menimpa ... masaalah lama timbul semua ...
Good luck orang umno ... time to open your eyes your mind ... leave the people alone. Umno done enough !!!

Energy crisis and financial crisis is coming !!! stop the bickering ...

Learn more about world problem here