Tuesday, April 24, 2007

Tidak timbul lagi soal boikot, lawan tetap lawan di Ijok!

Isu boikot tidak berbangkit dan malah ianya tidak mencerminkan kehendak akar-umbi di waktu dan ketika ini. Malanglah sekiranya kita meilih untuk menongkah arus dan membelakangkan kehendak akar umbi yang merupakan sumber kekuatan parti kita.

KOMENKU:
Nampak sangat pemimpin parti engkorang tak panjang akal, selalu buat tindakan yang salah, bila dah putuskan dan laksanakan baru Tanya pandangan rakyat. Kesian dapat pemimpin yang low class. Oleh itu wahai rakyat Malaysia, fikirkanlah kalau perkara kecil begitu pun dah buat keputusan yang salah , apatah lagi dasar negara. Tengoklah apa jadi di Kelantan tak maju-maju sampai sekarang, sampai KL ni penuh dengan warong Tom Yam. Baguslah rakyat Kelantan pandai cari jalan nak hidup, semangat keusahawanan tu perlu diteruskan. Berhentilah menyokong PAS. Sebuah kerajaan yang gagal!!!


BERIKUTAN kenyataan Ketua PKR Selangor Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim yang PKR akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Ijok, kerja-kerja peringkat akar-umbi di kedua-dua peringkat PAS dan PKR telah pun dimulakan. Suasana di Ijok yang melibatkan para petugas PAS dan PKR sibuk setiap malam kebelakangan ini.

Pimpinan PAS dan PKR Kuala Selangor sudah pun menjalankan kerja-kerj bagi bersedia menerima ribuan para petugas, penyokong dan pimpinan kedua-dua belah parti untuk turun membantu jentera BA bagi memenangkan calon PKR dalam pertembungan yang dijangka sengit sesengit pertembungan di DUN Lunas satu ketika dahulu.

Tidak dapat dinafikan semangat perjuangan kedua-dua belah pihak begitu membara dan tinggi dan masing-masing sudah pun mencurahkan keringat dan wang ringgit bagi kerja-kerja awal sementara menunggu Hari Penamaan Calon yang telah diputuskan Khamis ini.

KOMENKU:
Woi…awal-awal sudah kasi duit ka ?


Rata-rata kebanyakan pihak yakin yang PKR akan mencalonkan Pengerusi Negeri mereka Tan Sri Khalid untuk merampas kerusi BN (MIC) ini. Dan keyakinan itu telah makin menghangatkan malam-malam di Ijok memandangkan Tan Sri adalah anak tempatan Kuala Selangor yang dikenali dan disenangi semua pihak di sana.

KOMENKU:
Kalau menang pun tapi tanpa sokongan kerajaan yang memerintah , apa sangat yang mampu dibuat? Pengalaman dan pengaruh pun tak kemana? Sapa nak beri sokongan kewangan? Dah le tu mengaku benda yang tak pernah dibuatnya. Tan Sri Desa Pachi punya kerja , dia pulak mengaku dia buat.
Calon wakil rakyat penipu dari PKR mengatakan bahawa beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa balik syarikat perladangan negara, Kumpulan Guthrie Bhd dari London, tapi sebenarnya yang bertanggungjawab dan berjasa ialah Tan Sri Desa Pachi , Allahyarham Tun Dr Ismail dan Allayarham Tun Abdul Razak.
Mana nak letak muka , “lembu punya susu, sapi dapat nama”. Orang macam ni tak layak jadi pemimpin.


Bagaimana dengan isu boikot?

Setakat ini jentera di peringkat akar-umbi melalui kenyataan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS dan PKR Selangor telah memutuskan akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini. Saban malam pihak jentera telah difahamkan bahawa boikot di Batu Talam itu adalah tindakan khusus dan mesejnya telahpun disampaikan. Tidak ada keputusan untuk terus-menerus memboikot setiap pilihanraya kecil sehingga ke pilihanraya umum.

KOMENKU:
Di Batu Talam bukannya boikot tapi tahu akan kalah. Maka berlakonlah kononnya MEMBOIKOT. Padahal tak mahu habis duit, masa dan tenaga sebab yajkin 100% akan kalah di tangan BN. Maka badut picisan dari parti DAP pun masuklah jadi calon , saja nak pecahkan undi kaum Cina.


Tindakan BA memboikot Batu Talam adalah untuk membuktikan betapa seriusnya kita dalam tuntutan kita terhadap SPR namun ianya bukanlah satu-satu tindakan kita yang muktamad. Itulah pemahaman jentera di peringkat akar-umbi, itulah pemahaman kedua-dua belah parti di peringkat BA Negeri.

KOMENKU:
Pemahaman kemende? Berlakon je!! Kenapa SPR Kelantan tak dipertikai sebab PAS memerintah? HIPOKRIT!!!


Oleh itu di peringkat ini isu boikot tidak berbangkit dan malah ianya tidak mencerminkan kehendak akar-umbi di waktu dan ketika ini. Malanglah sekiranya kita memilih untuk menongkah arus dan membelakangkan kehendak akar umbi yang merupakan sumber kekuatan parti kita.

Lawan tetap lawan, lawan sampai menang di Ijok!

KOMENKU:
Jelas, pemimpin Pembangkang suka cakap putar belit….dia ingat rakyat bodoh ka? Tak boleh fikir , pro and con atas tindakan engkorang! Lawan tetap lawan konon, bila agak-agak nak kalah tu tak bertanding jugak. Memalukan penyokong di peringkat akar umbi je.

1 comment:

John Myung (Pemain Bass Dream Theater) said...

Ni bukan stakat talam due muka, tapi dah talam 666 muka.....bagerooo