Tuesday, April 24, 2007

PKR reka isu raih sokongan pengundi

KUALA SELANGOR 23 April – Calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban, 38, berkata, pelbagai isu yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kempen mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok bukan luahan masyarakat setempat.

Sebaliknya kata beliau, parti pembangkang sengaja berbuat demikian semata-mata untuk meraih sokongan dan simpati daripada masyarakat Ijok.

Menurut Parthiban, masyarakat Ijok tidak pernah membangkitkan isu masjid atau kuil dengan mengaitkan perkara itu dengan calon yang bertanding disebabkan calon BN adalah daripada keturunan India manakala calon PKR adalah Melayu.

“Walaupun saya berketurunan India tetapi saya memahami keperluan orang Melayu di sini.

“Adalah tidak wajar untuk mereka (PKR) mencetuskan sentimen tersebut yang boleh menyebabkan kekeliruan di antara ka- um.

“Saya berharap masyarakat di sini tidak terpengaruh dengan dakyah murahan ini dan saya berjanji akan berkhidmat kepada masyarakat setempat tanpa mengira keturunan dan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas taktik pembangkang yang sering menggunakan sentimen perkauman dan agama ketika berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Ijok.

Terdahulu Parthiban mengadakan lawatan rumah ke rumah bagi memahami keperluan masyarakat se- tempat.

Dalam perkembangan lain, Partiban ketika ditanya mengenai kempen beliau yang masuk hari kelima hari ini berkata, penerimaan masyarakat terhadap dirinya semakin meningkat.

Katanya, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat ijok menerima baik formula BN yang sentiasa prihatin terhadap kepentingan rakyat negara ini.

Menurut Parthiban, beliau mula berkempen pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam.

“Walaupun saya berkempen lebih daripada 10 jam ia langsung tidak memenatkan kerana saya benar-benar ikhlas membantu masyarakat di sini,” katanya. -UTUSAN MALAYSIA

*** APA LAGI YG MAMPU DILAKUKAN SELAIN DARIPADA MENCIPTA ISU SENDIRI...

No comments: