Wednesday, April 11, 2007

Machap: Umno 'dikeldaikan' MCA

Hampir seminggu tempoh berkempen kita boleh melihat bagaimana ghairah dan rakusnya Umno berkempen bagi memenangkan calon MCA iaitu Lai Meng Chong, yang menentang calon dari DAP, Liau Chen Kuang.

Diakenababe:
Itulah maknanya setiakawan, bukan macam engkorang asyik kena tipu dengan DAP.


Umno dan seluruh parti komponennya telah mengerahkan jentera kerajaan membantu kempen Barisan Nasional (BN) seperti Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan, Tenaga Nasional dan RTM.
Di seluruh DUN Machap amat sukar untuk melihat bendera MCA, lebih–lebih lagi di kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Melayu seperti di Felda Bukit Bulat, Felda Menggong dan Melaka Pindah, ini yang pelik bin ajaib kerana hampir seluruh kawasan pilihan raya ini dipenuhi bendera Umno, Puteri Umno, Putera Umno dan BN.

Diakenababe:
Bodoh punya analisis, kawasan Melayu letak le bendera UMNO. Tak pandai berpolitik jangan jadi penulis politik.


Umno terdiri daripada pemuda, puteri dan wanitanya sibuk berhempas-pulas merayu undi dari rumah ke rumah, ada yang meninggalkan suami, isteri dan anak di sepanjang tempoh berkempen ini namun hampir tidak kelihatan langsung kelibat ahli MCA bersama-sama membantu kempen pilihan raya.

Diakenababe:
Pas memang tak keluar berkempen sebab yang jadi calonnya orang DAP, Barisan Alternatif apa macam tu, tak setiakawan dan tak boleh dibuat kawan. Selalu pentingkan diri.


Pelajar perempuan IPTA dilihat bergerak mengikut arahan dari Puteri Umno dan pelajar lelaki diselia oleh Pemuda Umno dan bertugas untuk Putera Umno serta dipantau oleh KPT yang terdiri dari para Timbalan Naib Cancelor (TNC) serta pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPTA.
TNC yang terdiri daripada kalangan professor dan pemegang ijazah kedoktoran ini rela diri mereka dicucuk hidung dan dikeldaikan oleh Umno sehinggakan rela menerima arahan JKKK yang hanya berkelulusan setakat darjah enam sahaja.

Diakenababe:
Kelulusan yang tinggi tak bermakna orang tu hebat, mungkin JKKK yang belajar setakat darjah enam , tapi imannya lebih tinggi daripada para Professor . Pengalaman JKKK lebih banyak daripada Professor, mungkin.


Dalam situasi lain pula, program kerajaan negeri pun banyak yang kelam–kabut kerana dilakukan di saat akhir sehinggakan ada pegawai kerajaan negeri melarang kakitangan bawahannya menunaikan solat kerana ingin menunggu ketibaan Dato’ Seri Mohd Ali Rustam yang tak kunjung tiba.
Sungguh mengaibkan kerajaan Islam Hadhari tidak membenarkan solat hanya untuk menunggu ketibaan Ketua Menteri.
Begitulah antara gendang dan tari parti komponen pemerintah di Machap. Ini belum lagi musim pilihan raya umum. Kita tidak akan dapat menjangkakan apa lagi yang berlaku dalam negara yang digelar Islam Hadhari ini jika pilihan raya umum diumumkan oleh Perdana Menteri kelak. - mks.

Diakenababe:
Untuk mengelakkan perkara sedemikian kononnya akan berlaku, maka apakata BARISAN ALTERNATIF jangan bertanding pada pilihanraya umum akan datang! Lagipun SPR tak telus! BOIKOT je!

2 comments:

spongegoat said...

yang nyatanya... pas dan dap dikeldaikan oleh keadilan (lebih tepat lg si anwar ibrahim tu). Memanjang membontoti dia, Dsai suruh boikot bt talam, pas ikut, tp kt ijok awal2 lg keadilan nak bertanding... bodo piang la pas ni...masih lagi nak ber'kawan' dgn si munafik tu...

Berita dari gunung said...

Pada pandangan saya pas, dap dan keadilan mempunyai ideologi yang berbeza. Mereka menumpang lori hantu untuk berlumba dengan lori Barisan Nasional.

Sebab yang mereka ada hanyalah kereta kecil sahaja. Lori hantu itu adalah alternatif yang ada pada mereka buat masa ini.

Bahayanya cuma satu saja, Anwar sejak dulu mahu dirinya dilihat HEBAT. Disitu kelemahan lori hantu.