Monday, April 23, 2007

Serangan Politik Pada Najib Mainan Siapa Sebenarnya?

Pada malam Selasa 18 April 2007, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melancarkan serangan balas terhadap pihak yang aktif memfitnahkan beliau dengan kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Utusan Malaysia, beliau menyelar sikap parti pembangkang yang gemar menggunakan strategi serangan peribadi dengan membuat tuduhan melulu termasuk mengaitkan dirinya dengan kes Altantuya.

Katanya, beliau tidak takut dikaitkan dengan kes tersebut kerana semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih mengetahui keadaan sebenar.

‘‘Jangan hendak main tipu, jangan main politik kotor. Polis tahu, Peguam Negara tahu dan Perdana Menteri pun tahu,’’ katanya.

Komen:
Banyak pihak sedang musykil, mungkinkah kini ada satu konspirasi yang terancang dan terselaras untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohd. Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Timbalan Presiden UMNO dan juga sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kelak?

Masyarakat politik tempatan juga ingin tahu, siapakah tulangbelakang kepada konspirasi tersebut? Hanya puak-puak pembangkang? Betulkah begitu? Mungkinkah ada lagi elemen lain yang di luar pakatan pembangkang yang mendalangi gerakan konspirasi berkenaan? – Ruhanie Ahmad

Diakenababe:
Sudahlah Ron takyah nak beri isyarat kepada masyarakat bahawa ada orang dalam UMNO sendiri nak jatuhkan Najib. Kami semua bersatu padu. Mungkin Nwar Ibrahim yang teringin sangat nak jadi PM tu yang buat cerita karut , macam dia tikam Tun M dari belakang satu masa dulu. Takyah la melaga-lagakan orang UMNO dengan cerita rekaan semata-mata ni. Nwar ada janji mau kasi jawatan ka, kalau dia jadi PM? Bila engkau memanjangkan cerita rekaan ni berlebih-lebih , nampak sangat hang ada agenda .

No comments: