Monday, June 25, 2007

B. A. SUKA JILAT LUDAH SENDIRI

June 21st, 2007 at 10:05 am (Uncategorized)
Dipetik daripada http://kuntakinte.wordpress.com

Barisan Alternatif (B.A.), kian buntu dalam usaha untuk menarik minat golongan muda untuk menyertai mereka. Hinggakan mereka sanggup menjilat ludah sendiri…

Dari petikan Harakah Daily yang berbunyi `Untuk mengatasi masalah yang melanda Negara, semua parti alternatif wajar mencari jalan bagaimana mencernakan pemikiran remaja Negara agar menerima Barisan Alternatif (B.A.) dalam pilihan raya umum akan datang sebelum terlambat’, jelas memperlihatkan kegelisahan barisan kepempinan pakatan parti pembangkang itu dalam usaha menarik keyakinan golongan muda untuk bersama mereka.

Kenyataan ini juga secara tidak langsung, menujukkan BA yang dahulunya menghina sebarang bentuk program hiburan kini menjilat semula ludah mereka. Ini jelas apabila mereka sendiri telah menganjurkan berbagai program dengan tujuan untuk mendekati mendekati rakyat terutamanya golongan muda seperti, mengadakan hiburan dan sebagainya.

Itulah sebenarnya perangai orang yang suka jilat ludah sendiri, kalau orang yang buat dikatakan tak baik, haram… tapi kalau mereka yang buat… ‘

Penulis bukan nak mengata, tapi nak bagitahu sebenarnya mereka lupa perkara yang mereka pernah katakan kepada UMNO suatu ketika dahulu. Kononnya, pendekatan yang diambil oleh ADUN dari UMNO di mana-mana pun tak akan membantu ke arah pembentukan jati diri muslim kerana di bawah konsep ‘Malaysia Boleh’ dan ‘Islam Hadari’ perkara sosial yang menyebabkan kejatuhan akhlak nampaknya bukan perkara penting pada mereka.”

Inilah sikap BA yang sentiasa nak cari silap orang, yang mereka nampak hanya kesalahan BN dan UMNO khasnya. BN atau penyokong BN buat semua salah, haram, merosakkan akhlak. Pada hal kalau dilihat distesyen televisyen misalnnya, banyak program agama serta program yang membentuk rohani insan yang telah di buat, contohnya Akademi Al-Quran yang dilaksanakan oleh TV9 tidak pula di puji…

Dah memang tabii dan sifat semula jadi manusia terutamanya daripada golongan BA yang sentiasa peka dengan keburukkan orang, sebab itu hati mereka tertutup untuk melihat perkara-perkara baik yang telah dilaksanakan. Kalau pun mereka nampak, masih lagi tetap memandang serong keikhlasan yang orang lain lakukan.

Ketua Penerangan KeADILan Bahagian Permatang Pauh, Hazzrie Abu Bakar mengulas tentang Konsert Hiburan Islam yang akan di adakan di Penanti “Untuk menyelamatkan kemelut yang melanda remaja masa kini, kami menjemput Mel untuk bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran kembali. Mudah-mudahan melalui hiburan ada yang terbuka hati kembali ke pangkal jalan,”

No comments: