Tuesday, June 26, 2007

Parti Keadilan Rakyat :Lepas satu...satu

Apa sudah jadi dengan persefahaman antara parti-parti pembangkang mengenai soal lompat melompat parti?. Ini yang menjadi tandatanya bila melihat trend bekas pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk PAS.

KOMENKU:Trend ada makna tu……

Persefahaman tidak membenarkan mereka saling menerima ahli kalangan parti pembangkang lain itu wujud semasa era Allahyarham bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.
Sebelum ini timbul kisah misteri bekas orang kuat PKR Saifuddin Nasution yang kini berkhidmat dengan sebuah yayasan kerajaan negeri Kelantan rupanya sudah lama jadi ahli PAS.
KOMENKU:Dia segan nak masuk UMNO semula jadi terpaksa pergi kepada PAS, Sian dia korbankan kerja politik demi seorang individu yang hanya pandai berpura-pura.

Terbaru bekas Bendahari PKR yang tidak jadi bertanding jawatan Presiden PKR baru-baru ini,Abdul Rahman Osman mengumumkan keputusannya untuk menyertai PAS.
Selain mereka terdapat sebilangan pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan yang sudah ‘tukar bendera’.

KOMENKU:Jangan pandang remeh, ini mungkin agenda DSAI menguasai PAS dari dalam PAS, dia tahu hanya PAS ada bakat menguasai kerajaan sesebuah negeri, misalnya Kelantan.

Keadilan jauh api dari panggang la.Dalam senyap dia akan menghuru –harakan PAS. Kini
semenjak Kamaruddin Jaafar ada kuasa di dalam PAS, PAS dah berpecah, golongan yang dikatakan ULAMAK kian terancam. PAS sudah ada politik wang. Banyak wang ditaburkan Husam sewaktu mesyuarat pemilihan ke MUKTAMAR . Husam dapat banyak duit balak.
Perhatian kini bertumpu pula kepada bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor yang mengesahkan kepada sebuah laman web,KL Pos.com pada hari Ahad beliau sebenarnya sudah keluar dari PKR sejak 4 April lalu.

Menurut Ezam, beliau kini tidak menganggotai mana-mana parti politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada NGO yang diasaskan beliau Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

"Perjuangan tulen untuk rakyat tidak harus disempitkan hanya dalam wadah satu parti sahaja," katanya yang baru tiba dari Thailand itu.

KOMENKU:Takde wadah perjuangan ke budak ni atau merajuk abis? Sia-sia je engkorang di pihak pembangkang.

Ezam merupakan Ketua Pemuda pertama parti yang dilancarkan di sebuah hotel terkemuka pada 4 April 1999 itu.

Ketika ditanya mengapa membuat keputusan meninggalkan PKR, laman itu memetik Ezam sebagai berkata , "Saya tidak mahu terlibat dalam petty politiking dan juga narrow inner circle poltics in PKR ."

Kenyataan itu menamatkan teka teki mengenai status Ezam dalam PKR. Ezam sebelum ini salah satu tiang seri PKR bersama Niab Presiden Azmin Ali.

Namun hubungan kedua mereka dikatakan dari dingin terus menjadi retak.
Soalnya apakah beliau hendak terus kekal sebagai orang tidak berparti atau sedang mengintai untuk masuk PAS atau mungkin parti lamanya iaitu UMNO.

Ada desas desus mengatakan beliau akan menemui Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat ini.

KOMENKU:Jangan jadi tali barut DSAI dalam UMNO dah le….atau DSAI pun hantar orang mengintai tempat dalam UMNO?

Dalam hal ini Ezam tidak menafi atau mengesahkannya.Katanya beliau akan membuat satu kenyataan Selasa.

Sumber PKR memberitahu antara sebab yang membuatkan semakin ramai hilang keyakinan pada parti itu ialah drama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak jadi bertanding jawatan Presiden pada kongres parti itu di Seremban pada 26 Mei lalu.

Selain itu ada yang mempersoalkan isu grooming pemimpin Melayu dan India dalam parti.

KOMENKU: Timah ngok ngek!! Keadilan tu parti pelbagai kaum!

Faktor lain ialah parti itu dikatakan semakin menonjol sebagai parti ‘kawan-kawan dan adik beradik’.

Tindakan rakan karib Anwar,Datuk Nalakaruppan yang meninggalkan parti sudah mencacatkan kepercayaan kaum India.

Sumber itu berkata apa yang membimbangkan mereka sekarang ialah persoalan siapa kelak yang bakal tinggal dalam parti itu.

KOMENKU:Tak lama lagi berkubur le tu!!!

Ini kerana melihat seorang demi seorang bekas penyokong kuat dan teman rapat Anwar mengasingkan diri.

“Mana pergi teman-teman rapat Anwar yang bersama Keadilan di peringkat awal.Panjang senarainya kalau nak sebut satu per satu ,” katanya.

Sumber itu menjangka dari masa ke semasa sekarang semakin ramai yang akan keluar parti.
“Penghijrahan’ ahli-ahli PKR ke PAS dikatakan dengan sendirinya mencetuskan krisis kredibiliti pada parti itu.

Ikut ceritanya persoalan ini bukan sahaja bermain di benak pemikiran ahli-ahli PKR tetapi ahli-ahli PAS sendiri.

“Jangan cakap soal persefahaman yang sepatutnya ada dalam soal lompat melompat ahli…hakikatnya di sini dimana maruah PKR melihat seorang demi seorang pemimpin dan ahlinya masuk PAS.

KOMENKU:Selama ni Keadilan mana ada maruah….parti menempel….

“Apakah ia hendak ditutup dengan alasan mereka masuk parti sahabat…siapa yang boleh terima alasan sebegitu.Siapa yang nak tinggalkan sesebuah parti kalau ia mantap dan kukuh.Lojiknya orang hanya berebut terjun dari kapal yang nak karam,”kata sumber itu.
Menurut sumber itu istilah sebuah kapal yang nak karam mungkin terlalu ekstrim buat masa ini tetapi gelora yang melanda PKR sudah terserlah.- 25/6/2007

KOMENKU:Silap gaya DSAI pun masuk PAS dan rampas kedudukan daripada Nik Aziz atau Hadi Awang. Orang kuat dia dah ada kedudukan dalam PAS. Mungkin rangkaian di peringkat negeri-negeri pun dah ada. Bersiaplah PAS dengan tipu daya DSAI. UMNO dah terkena dulu.

No comments: