Category: General
Posted by: Raja Petra
Oleh Haniza Talha
Berita positif dari segi penambahan ahli, penyertaan tokoh profesional dan korporat, penyeberangan ribuan ahli Umno dan MCA ke keADILan tidak dihebah dalam media milik kerajaan begitu juga dalam media alternatif. Dan yang banyak dihidangkan oleh media milik Umno-BN adalah fitnah dan serangan terhadap pemimpin dan parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berita banyak menyentuh individu yang sudah lama tidak muncul dalam platfom parti tersebut.
KOMENKU:Berita positif kerajaan di siarkan dalam SIASAH atau Harakah tak? Sendiri mau ingatla.
Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat kini sedang mempertahankan imej parti berikutan keluarnya bekas ketua Pemudanya Ezam Mohd Nor dan dakwaannya yang mencabar kewibawaan parti. Pemimpin-pemimpin PKR seperti Setiausaha Agung Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Penerangan Tian Chua tidak mahu memberi komen tetapi Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan yang keras berkaitannya dan memanggil Ezam "seorang pengkhianat."
KOMENKU:Pasti engkorang ada kelemahan yang nyata, Ezam pun dah fed –up.
"Dia seperti salah satu watak dalam cerita klasik Cina Romance of the Three Kingdoms – sangat berani dan nekad tetapi akhirnya dia mengkhianati tanahair. "Ezam telah bertindak seperti seorang pengkhianat kepada parti dan perjuangan parti," kata Shamsul.
KOMENKU:Suka hati dia la, negara ni Demokrasi!!
Ezam, yang telah mengumumkan pada Isnin bahawa dia sudah keluar parti, merupakan pemimpin tertinggi kedua yang keluar PKR sejak kongres parti tersebut bulan lalu. Bekas timbalan presiden Abdul Rahman Othman telah keluar untuk bersama dengan PAS awal bulan ini.
KOMENKU:Keadilan sedang menuju kehancuran, parti tu bukannya ada falsafah perjuangan, sebaliknya perjuangan individu.
Setelah keluar, Ezam telah mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kononnya mengamalkan politik diktator dan kuasa dan pengaruh naib presiden Azmin Ali berbahaya untuk parti. Ezam juga tidak gembira dengan pengaruh Azmin terhadap Anwar dalam beberapa isu politik. Shamsul menuduh Ezam berkelakuan seperti alat yang digunakan oleh parti pemerintah.
KOMENKU:Parti Keadilan yang pincang, dikaitkan dengan kerajaan pulak. Terimalah hakikat yang kamu memang lemah!!!
"Dia sebelum ini komited terhadap perjuangan parti tetapi kini saya agak dia adalah sebahagian daripada agenda untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar dan PKR dengan pilihan raya umum yang sudah begitu hampir. Motifnya jelas dan kena pada masanya," katanya. Sementara itu, naib ketua Aangkatan Muda Keadilan Khairul Anuar berkata bahawa jika Ezam ikhlas mengenai mengubah parti, dia sepatutnya berdepan dengan Azmin dari dalam parti daripada keluar parti dan menyerang kepimpinan parti dari luar.
KOMENKU:Hahaha…..Azmin yang kapla batu…Anwar pulak bahlol!!!
"Salah baginya mengatakan bahawa Anwar seorang diktator kerana PKR amat demokratik. Inilah yang akan berlaku apabila seseorang memasuki parti kerana mereka percaya kepada personaliti daripada perjuangan yang lebih besar," kata Khairul. Awal daripada isu tersebut, Anwar dalam blognya mengajak pimpinan di pelbagai peringkat agar berlapang dada, bersedia tingkatkan muafakat dan tidak cepat menghukum, bebal dan mudah menyisihkan kelompok yang dikira tidak sehaluan. Dan yang lebih mengkhuatirkan beliau ialah apabila perbedaan yang diwar-warkan sebagai prinsip sebenaranya tidak lebih dari cemburu, saingan peribadi atau taksub kepada kelompok.
KOMENKU:OOOOOOoooooada kelompok? Patutlah Ezam tak mengemarinya!!!
Parti akan sentiasa berserabut dengan kerenah peribadi, singgung menyinggung serta tafsiran masing-masing, jika dibiarkan kelakuan sedemikian berterusan, jelas Anwar.
KOMENKU:TAK LAMA LAGI TUTUP KEDAI LA TU!!!
Thursday, June 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment