Friday, June 1, 2007

PAS Siri 2 - Perjuangan Yang Tidak Konsisten

Dipetik dari http://www.umno-online.com/

JIKA kita bertanya kepada pemimpin PAS apakah pemikiran politik PAS yang mendokong perjuangannya untuk menegakkan negara Islam, mereka tidak dapat menjelaskannya. Ini ialah kerana mereka tidak mempunyai pemikiran politik yang dapat menjelaskan bagaimana sebuah negara Islam itu hendak dibina.

Pada tahun-tahun 50 dan 60-an, PAS mendokong nasionalisma Malayu dan Islam. Nasionalise Malayu Pas dilihat sebagai ekstrim. PAS menentang UMNO, kerana menganggap nasionalisme Melayu UMNO tidak sempurna. UMNO tidak cukup Melayu kerana itulah PAS menentang UMNO. UMNO dianggap tidak cukup Melayu kerana menerima kemerdekaan yang terpaksa berkongsi kuasa dengan kaum lain dan menerima dasar kerakyatan Jus-soli.

Justeru itu kemerdekaan negara dianggap separuh masak. Perjuangan Pas untuk mendapatkan monopoli kuasa di tangan orang-orang melayu dilihat sebagai ekstrim. Namun itulah pemikiran politik PAS dengan kemelayuannya yang begitu tebal dan ekstrim. PAS bukan sahaja menganggap UMNO tidak sempurna kemelayuannya ,kerana bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain.

Bahkan dengan berdasarkan hujah-hujah agama, PAS memperkukuhkan kemelayuannya itu dengan fatwa agama bahawa bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan orang-orang bukan Islam adalah haram dan membawa kepada kekufuran. UMNO bagi PAS bukan sahaja kurang Melayu, tetapi juga tidak sempurna Islam kerana bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam dan berkongsi kuasa dengan mereka di dalam pemerintahan negara. PAS menyebarkan fatwa yang mengharamkan kerjasama dengan orang-orang bukan Islam dalam pemerintahan negara.

PAS mengajak umat Islam supaya berfikiran politik sebagaimana fatawa yang disebarkannya. Apabila buku "Mutiara Yang Indah” karangan Syeikh Abdul Kadir Mandili yang mengamndungi fatawa-fatwa seumpama itu, diharamkan kerajaan PAS menentangnya, tanpa melihat bahawa fatwa itu dibuat oleh seorang ulama yang langsung tidak memahami keadaan di Malaysia dan tidak pernah mempunyai pengalaman politik sepanjang hidupnya. Beliau memberikan fatwa berdasarkan kepada gambaran yang dikemukakan oleh orang-orang

PAS yang mengunjungi beliau di Mekah. Beliau tidak pernah diberikan keterangan mengenai masyarakat Mlayaisa yang berbilang kaum dan akibat buruk yang menimpa orang-orang Islam, jika penjajah terus berkuasa di negara ini. Beliau tidak pernah diberikan penjelasan bagaimana kemerdekaan antara penduduk berbagai kaum di negara ini tidak dijalin.

PAS, ternyata memperalatkan Syeikh Abdul Kadir Mandili untuk kepentingan politiknya. Politik PAS mengkafirkan orang UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam dan membangkitkan sentimen kemelayuan yang melampau, berjaya mempengaruhi sebahagian besar orang-orang Melayu yang menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Akibatnya, dalam pilihan raya 1969, beberapa buah negeri terlepas ke tangan pembangkang bukan Melayu. Pulau Pinang jatuh ke tangan Parti Gerakan , Selangor dan Perak, hampir terlepas ke tangan parti-parti bukan Melayu. Akibat seterusnya, berlaku peristiwa 13 Mei 1969 setelah pembangkang bukan Melayu menunjukkan belang mereka sebenar yang begitu anti Melayu.

PAS menyertai Barisan Nasional selepas berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Penyertaan PAS di dalam BN, ternyata bercanggah dengan pemikiran politiknya selama ini, yang melarang bekerjasama dengan bukan Islam dan tidak menerima konsep perkongsian kuasa. Berdasarkan kepada pemikiran politik PAS sebelum 13 Mei , PAS turut menjadi kurang Melayu dan tidak sempurna Islamnya.

Sepanjang berada di dalam BN, PAS dengan imejnya sebagai Parti Melayu yang mendokong nasionalisme Melayu dan Islam, sudah tidak relevan lagi. Ia menjadi lebih tidak relevan lagi apabila Dasar ekonomi Baru dilancarkan. Dasar yang turut disokong oleh PAS sebagai anggota BN ini, merealisasikan agenda perjuangan Melayu dalam pembangunan negara untuk menegakkan agama, bangsa dan negara.

PAS turut terlibat di dalam perlaksanaan dasar ini sebagai warga Barisan nasional. Bahkan, jika diteliti, beberapa saranan PAS di parlimen mengenai kepentingan orang-orang Melayu, turut diambil kira dalam merangka Dasar Ekonomi Baru ini. Sewajarnyalah PAS memberilkan sokongan kepada dasar itu, walaupun tidak lagi menjadi warga Barisan Nasional, kerana PAS memperjuangkan kepentingan Melayu.

Apabila PAS disingkirkan daripada Barisan Nasional pada tahun 1977 perjuangan nasionalisme Melayu yang didokong oleh PAS, tidak bermakna lagi kerana agenda perjuangan Melayu itu diisi sepenuhnya oleh UMNO. Pada ketika ini, PAS berada di tahap paling lemah, di dalam sejarahnya.

Walaupun begitu, demi kepentingan orang-orang Melayu, PAS sepatutnya meneruskan sokongan dan dokongan kepadaDasar Ekonomi Baru yang bertujuan memebela kepentingan Melayu, kerana dasar ini dapat memenuhi aspirasi perjuangan PAS selama ini dengan ideology nasionalisme Melayunya yang berteraskan Islam. Tetapi PAS tidak meneruskan sokongan dan dokongannya terhadap DEB, setelah tersingkir daripada Barisan Nasional dan setelah kepimpinan PAS diambil alih oleh kononnya, kepimpinan ulama. PAS menyingkir Tan Sri Dato’ Asri daripada kepimpinannya dan diambil alih oleh sekumpulan pemimpin muda yang mengelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama.

Di era kepimpinan ulama ini, PAS mengugurkan perjuangan kebangsaan Melayu dan membina imejnya sebagai wadah perjuangan Islam tulen. Perjuangan kebangsaan Melayu yang dilabelkan sebagai asabiyyah yang dilarang oleh Islam. Politik akidah ciptaan PAS ini hanya berjaya melahirkan fatwa-fatwa politik yang menimbulkan perpecahan dan penyelewengan akidah dan hukum.

Pemerintahan UMNO dianggap kafir. Perlembagaan dan undang-undang negara dianggap jahiliyyah. Justeru itu difatwakan pula bahawa mati kerana menentang kerajaan yang ada, adalah mati syahid, sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan pelbagai fatwa yang membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan Islam, dan kaum kerabat di dalam masyarakat Islam.

Fatwa mengenai solat di belakang imam UMNO pula, menimbulkan permasalahan dua imam dan lain-lain. Dalam pilihan raya 1999 dan selepasnya, PAS, Parti Keadilan Nasional, PRM dan DAP menubuhkan Barisan Alternatif (BA) untuk menentang Barisan Nasional. Sebagai warga BA, Pas sekali lagi menukar pemikiran politiknya dengan memakai topeng yang baru. Kali ini , pendiriannya tidak sahaja menerima konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan oleh UMNO dan Barisan nasional, bahkan memihak kepada bukan Melayu yang menolak hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

Jika konsep perkongsian kuasa yang diamalkan dalam BN, adalah berteraskan formula yang menerima hakikat bahawa orang-orang Melayu dan Bumiputera lain, perlu dipelihara hak-haka mereka sebagai pribumi dan kerana itu semua pihak mengiktiraf hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera lain, tetapi Pas mengambil pendirian menolak hak istimewa ini dengan alas an hak seumpama itu tidak ada di dalam Islam.

Akhbar 'Harakah' keluaran 1-15 September, 2000 menyiarkan kenyataan Nik Abdul Azizi yang menyebut perkara ini: Haji Hadi, di dalam ucapannya di ipoh , Perak pula menganggap hak istimewa orang-orang Melayu itu zalim, kerana dari segi perlaksanaannya beliau menuduh ia hanya dinikmati oleh orang-orang UMNO sahaja. Beliau berlandaskan kenyataannya itu kepada pemberian subsidi baja di kampung-kampung yang lebih mengutamakan orang-orang UMNO dan orang-orang PAS diketepikan.

Beliau tidak langsung menyebut, orang-orang Melayu yang belajar di universiti menerima biasiswa atau bantuan pendidikan tanpa mengira fahaman politik. Begitu juga beliau tidak langsung menyebut bahawa orang-orang PAS diterima bekerja di sector awam dan swasta mengikut kelayakan tanpa diskriminasi. Pada pemimpin Pas tidak memahami hak-hak istimewa orang-orang Melayu yang menjadi formula kepada persetujuan untuk mencapai kemerdekaan.

Kekeliruan Nik Aziz dan Fadhil Nor begitu jellas sekali apabila hak istimewa orang-orang Melayu itu disempitkan kepada pertolongan dan bantuan kepada orang-orang miskin. Pada hal, perkara yang melibatkan orang-orang miskin itu telah dinyatakan dengan jelas dalam dasar Ekonomi Baru di mana antara matlamatnya ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ini bermakna orang-rang miskin dari pelbagai kaum akan diusahakan supaya bebas daripada penyakit kemunduran ini.

Nik Aziz membuat kesilapan besar apabila ia membuat kenyataan bahawa di dalam Islam tidak ada erkara yang melibatkan bantuan kepada orang-orang miskin. Beliau tentulah sedar bahawa orang-orang Islam dari kaum Muhajirin yang berterusan Quraisy mempunyai kedudukan yang istimewa kerana peranan mereka dalam perjuangan Islam dan pengaruh mereka yang boleh membawa kestabilan dan kekuatan politik negara.

Di negara kita, orang-orang Melayu mempunyai ciri-ciri yang seumpama itu yang boleh mengekalkan pertimbangan kuasa, berdasarkan kedudukan mereka sebagai pribumi dan peranan mereka dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan negara. Hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu adalah jaminan bagi mewujudkan pertimbangan tersebut dan untuk mengekalkan kekuatan mereka supaya tidak ditenggelamkan oleh kemajuan bangsa-bangsa lain yang mempunyai kedudukan kuat dibidang ekonomi dan pendidikan.

Apabila kerajaan Persekutuan, menukar kaedah pemberian royalti minyak atau wang ihsan kepada rakyat Terengganu, menerusi JPP dan tidak lagi diberikan menerusi negeri, PAS didapati menggunakan isu itu berdasarkan hujah-hujah perlembagaan Persekutuan dan konsep federalisasi sebagai alas an bagi menentang kaaedah baru itu.

Mengapakah Pas menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk menyokong pendiriannya, sedangkan perlembagaan itulah yang dikafirkan oleh PAS dan mengkafirkan orang yang dikafirkan oleh PAS dan mengkafirkan orang yang memepertahankannya? Jika PAS berprinsip, tentulah perkara yang ditolak, dicemuh dan ditentangnya itu, tidak dijadikan sandaran untuk menolong dan membantu kesnya.

Bahkan, wajarkah PAS memeutarbelitkan isu perubahan keadaah itu dengan menyatakan bahawa hak rakyat Terengganu dirampas dengan kaedah baru itu, pada hal, kaedah baru itu dirangka untuk menyampaikan wang tersebut kepada rakyat Terengganu secara langsung tanpa melalui orang tengah iaitu kerajaan Pas terengganu.

Soal mengapa kaedah baru itu dipekenalkan sebaik sahaja PAS menang di terengganu, bukanlah suatu isu, kerana PAS dan dolak –dalik perjuangannya tidak boleh dipercayai. Sepanjang masa mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO. Setiap masa menanamkan kebencian dan permusuhan kepada kerajaan pusat yang dipimpin UMNO.

Hanya apabila ingin mendapatkan wang, barulah berpura-pura hendak berbaik. Bolehkah perangai yang dahsyat ini dipercayai? Demikianlah perjuangan PAS yang tidak mempunyai pemikiran dan pendirian politik yang kosisten. Sesekali ia menjadi parti Melayu yang ekstrim, kemudian bertukar menjadi parti yang liberal sehingga berubah pendiriannya yang menolak kerjasama dengan kaum lain, kepada bekerjasama serta menerima dasar-dasar yang ditentangnya.

Setelah itu menggugurkan perjuangan Kebangsaan Melayunya dan mendokong pula perjuangan Islam yang kononnya adalah perjuangaan Islam tulin. Setelah menyertai Barisan Alternatif, PAS keihatannya anti Melayu dan menolak hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

Kita lihat apakah yang dilakukan oleh PAS setelah lagi sekali menukarkan fikrah politiknya. Setelah menolak Nasionalisme Melayu yang menjadi pemikiran politiknya di tahun-tahun 50 an dan 60 an , dan setelah mengisytiharkan dirinya sebagai wadah perjuangan Islam tulen, PAS menumpukan kegiatannya ke arah pembinaan aqidah.

PAS tidak banyak membicarakan tentang persoalan ekonomi, social, pendidikan dan sebagai perundangan Islam, dibuat secara cetek dan umum. Ini ialah kerana keupayaan intelektual dan pengetahuan Islam di kalangan para pemimpin PAS amat terbatas dan mereka tidak mampu membincangkan isu-isu secara mendalam.

Bahkan isu-isu Islam yang mereka berbicara secara lantang menyentuh hanya isu-isu popular yang mana hukumnya telah diketahui oleh kebanyakkan orang, seperti judi, arak dan lain-lain. Isu-isu ini lebih bertujuan mempromosikan dirinya sebagai Islam dan bukan iltizam PAS bagi menentang gajala kerosakan sosial itu.

No comments: