Tuesday, June 26, 2007

Dakyah bahawa Kerajaan Malaysia iktiraf Salman Rushdie

Dipetik: Artikel asal daripada: http://www.isuhot.com

Terdapat satu artikel di halaman Harakahdaily yang bertajuk "Kerajaan Malaysia iktiraf Salman Rushdie?" Inilah satu lagi dakyah pembangkang yang kehabisan isu yang boleh membantu rakyat tetapi sengaja mengapi-apikan orang Melayu yang beragama Islam supaya membenci kerajaan.
KOMENKU:Tak pelik sebab mereka ni suka fitnah dan buruk sangka.

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim:
“Antara tanda-tanda dekatnya kiamat ialah diangkatkan ilmu dan teguhnya kejahilan”

Makin berilmu makin teguh kejahilan mereka, kenapa suka memfitnah? Tidakkah mereka takut dengan Hari Akhirat kelak? Sengaja memfitnah. Saya percaya sebagai hamba Allah yang mengucap dua kalimah syahadat, pastinya mereka membenci dengan sikap Salman Rushdie.Oleh itu penulis Harakahdaily usahlah suka memfitnah.

Dosa orang yang memfitnah itu seperti cat hitam yang melekat pada hatinya. Jika hati seseorang sudah diselaputi oleh benda hitam ini maka mudah untuk membersihkannya semula.

Manakala hati yang terhindar dari dosa fitnah ini sentiasa dalam keadaan bersih, jika tidak melakukan dosa yang lain, dan akan mudah pula mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.
Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Salman Rushdie. Tetapi adakah kita harus mengikut negara Iran yang mengeluarkan fatwa agar Salman harus dibunuh kerana mencemarkan nama baik Islam, barulah kita dianggap sebagai benar-benar Islam oleh segelintir umat Islam sendiri yang sesetengah daripada mereka begitu fanatik dan bukannya mengikut ajaran Islam sebenarnya.Bahkan keterangan Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen yang mengatakan bahawa kehadiran Hishamuddin ke majlis meraikan ulang tahun hari jadi Ratu Elizabeth II sebagai BN mengiktiraf tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan British adalah keterlaluan dan tidak masuk akal. Oleh itu, mungkin Dato' Hishamuddin boleh menyaman PAS di atas kenyataan yang menjatuhkan maruah beliau itu?
KOMENKU:
Tapi kalau pemimpin mereka berpeluang berjumpa Ratu Elizabeth II pastinya mereka canang sampai tak cukup ruang dalam akhbar Harakah. Setakat duta-duta asing hadir ke muktamar PAS pun heboh satu Malaysia. Tapi UMNO, delegasi dari parti-parti pemerintah negara dunia datang pun masih cool saja.


PAS senantiasa mencari-cari peluang untuk memperlekehkan apa sahaja tindakan pemimpin UMNO dan BN kerana mereka ialah pembangkang. Dan itulah yang mereka lakukan.... Membangkang sepanjang masa tanpa memperdulikan nasib rakyat mereka sendiri di negeri Kelantan. Bolehkah sesiapa menyenaraikan apakah yang telah dilakukan untuk menaikkan taraf hidup rakyat Kelantan?
KOMENKU:Tak reti memerintah, nak senaraikan apa? Adik beradik TIMAH NGOK NGEK!!

Penulis merasakan mereka tidak melakukan apa-apa perkara berfaedah yang boleh menjanakan pendapatan ke negeri Kelantan. Sekiranya ada, kenapa lebih dari 1 juta rakyat Kelantan berhijrah ke Lembah Klang semata-mata mencari sesuap nasi? Inikah Islam yang diwar-warkan oleh PAS? Biar rakyat sendiri merempat di negeri orang seterusnya melakukan jenayah seperti yang dilakukan oleh Hanafi ke atas Noor Suzaily? Datang ke negeri orang dan memberi masalah kepada orang lain.

Ini bukanlah hijrah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Hijrah yang dimaksudkan ialah dari segi minda dan untuk mengembangkan syiar Islam. Bukan semata-mata berceramah dan bersyarah di segenap pelusuk negara di samping mengutip derma untuk parti yang diberikan jolokan Islam tetapi perangai dan tingkah-laku pemimpinnya langsung tidak ada ciri-ciri Islam sebenarnya.

Pernahkah Nabi Muhammad s.a.w. memaki-hamun orang lain? Pernahkah Nabi Muhammad s.a.w. mengeluarkan ayat bahawa Tuhan mencarut? Ini semua bukan kerja orang yang ingin mengembangkan syiar Islam tetapi orang yang berkepentingan politik untuk diri sendiri sahaja. Adakah menunjukkan kemaluan kepada perempuan yang bukan muhrim itu kelakuan orang Islam?

KOMENKU:Mana ada fatwa mengarut macam tu, PAS je pandai buat fatwa palsu.

Rasulullah pernah bersabda : “ Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah”.

Dan ;

“Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya”.

Jadi kalangan yang suka mereka-reka fatwa palsu kena berhati-hati, bertaubat lebih baik baginya.Bagaimana pula dengan fitnah dan dakyah yang ditaburkan untuk memecah-belahkan kesatuan umat Islam di Malaysia? Ini bukan kerja orang Islam tetapi orang yang menjadi tali barut Barat dan Yahudi untuk memecah-belahkan orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini.

Bagaimana dengan kadar jenayah seksual di negeri Kelantan yang meningkat dari hari ke hari? Bagaimana dengan kejadian ragut yang melanda orang Kelantan? Ini semua gara-gara takde kerja tetapi mereka harus hidup. Jadi jenayah dilakukan sebagai satu jalan mudah mendapatkan wang. Pemimpin PAS ni makan gaji buta, bukan berfikir nak menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya menambah lagi masalah rakyat.

Oleh itu, sebelum membuang undi fikirlah sebaik-baiknya samada ingin memilih wakil rakyat yang boleh membantu rakyat atau wakil rakyat yang menambahkan lagi masalah rakyat?

No comments: