Friday, June 8, 2007

Perkahwinan Dan Masa Depan Negara

Akhirnya penulisan beberapa blog akan memperkatakan bahawa Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri dalam Kerajaan Tiga Beranak yang memerintah Malaysia akan berkahwin dengan orang gajinya telah menjadi kenyataan. Pengumuman Jabatan Perdana Menteri itu sebenarnya terpaksa dilakukan dalam keadaan semua rakyat mempertikaikan Imam Besar Islam Hadhari itu seperti bersekedudukan dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya, kerana semua orang sudah mengetahui akan peranan bakal pengantin itu dalam masa beberapa bulan ini.

KomenKu:
Sedap mulut tuduh orang bersekedudukan!! Pencacai Tuan bangka yang kurang ajar!!! Mungkin engkau yang pernah buat macam tu , sebab tu engkau rasa orang lain pun lemah imannya macam engkau!

Cerita dari mulut ke mulut ialah kisah seorang Pegawai Kanan Kerajaan yang cuba menghubungi Perdana Menteri di Seri Perdana untuk memaklumkan satu perkara membabitkan urusan rasmi. Apabila dihubungi, pihak Seri Perdana telah menyambung ke bilik tidurnya, tetapi panggilan itu disambut seorang perempuan yang mengatakan bahawa Perdana Menteri sedang berehat dan tidak mahu diganggu. Oleh kerana tidak puas hati Pegawai itu meminta penjelasan kepada staf di Seri Perdana sekali lagi kenapa tidak disambung kepada Perdana Menteri sendiri dan staf memaklumkan memang talian itu sudah disambungkan ke bilik tidur Perdana Menteri. Maka pegawai itu bertanya sendiri siapa kah perempuan di bilik tidur “boss” nya dan adakah semudah itu seorang perempuan yang bukan muhrim boleh duduk dalam bilik tidur seorang Imam dan mana pergi pengawal keselamatan, tetapi dalam masa dia menyoal, dia juga menjawab semula mungkin itu memang dalam pengetahuan dan kebenaran Perdana Menteri.

KomenKu:
Nama pun cerita dari mulut ke mulut bukannya fakta….bodoh nya siapa yang percayakan fitnah engkau ni.

Tiada siapa yang tidak siuman untuk tidak mengucapkan Selamat Pengantin Tua kepada dua mempelai itu. Tetapi dalam masa empat tahun dulu, rakyat melihat cinta Abdullah Hj Ahmad kepada Endon Mahmood boleh di ibaratkan macam Shah Jehan yang membina Taj Mahal sebagai tanda kasih kepada isterinya, dari juak-juak UMNO macam Brigedier Jeneral (B) di Ibu Pejabat UMNO, sanggup mencadangkan nama Endon Mahmood pada satu Dewan di Ibu Pejabat UMNO, yang semua orang tahu bahawa Endon Mahmood tidak mempunyai apa - apa jasa pun kepada UMNO. Di tambah pula tanpa sebab Kementerian Kesihatan terpaksa mengeluarkan bajet jutaan membuat Hospital Kanser Payu Dara di Putera Jaya dan bakal dinamakan Hospital Cancer Endon Mahmood.

Komenku:
Yang engkau asyik dengki sangat dengan arwah Kak Endon apahal, mana engkau tahu dia tak buat jasa? Engkau apa jasanya? MEMFITNAH . Aku dengar cerita engkau berkeliaran di bangunan PWTC semasa mesyuarat MT lalu, nak cari sponsor ke? Takde orang heran dengan salakan engkau sekarang ni, dulu bolehlah nak pau sana sini. Tapi sekarang takde peluangla.

Latar belakang engkau pun bukan baik sangat , jangan menuduh yang bukan-bukan. Berani sangat ke Pegawai kanan nak telefon Pak Lah di rumah, biasanya kalau hal penting pegawai kanan akan rujuk dengan Pak Menteri dulu. Pak Menteri le yang akan berhubung dengan Pak Lah. Nak kelentong pun tengok tempat le….ini internet ….
(Riwayat Muslim)


“Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat”.

Nampaknya pengumuman kahwin Abdullah Hj Ahmad jika ambil dari segi apa yang diceritakan orang, sebenarnya, Endon Mahmood sudah sihat bila Abdullah Hj Ahmad sudah ditunjuk menjadi Perdana Menteri. Malangnya penyakit kanser nya datang semula bila mengetahui bahawa suami yang difikirkan takut dengan dia, sehingga kawan-kawan dalam UMNO memang tahu bahawa Abdullah Hj Ahmad di anggap takut bini kerana kalau tidak tak kan dia ikut sama meminta tetamu meninggalkan rumah bila Endon Mahmood sudah menjerit sedar bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah bermain mata dengan adik iparnya. Itulah yang dikatakan punca kansernya menyerang semula.

Dan khabarnya bila di Amerika semasa berubat, maka berlaku pertengkaran kedua mereka suami isteri dan berkatalah Endon Mahmood bahawa kalau dia nak kahwin dengan Jeanne tunggu dulu dia mati dan rumputnya dikuburkan sudah tinggi. Agak inilah yang dikatakan oleh orang-orang yang rapat dengan Abdullah Hj Ahmad bahawa perkahwinan ini wasiat Endon Mahmood dan kemungkinan rumput di kuburnya sudah panjang. Wallah alam bisab.

KomenKu:
Sudahlah Zahrin, hentikan fitnah durjana engkau terhadap arwah Kak Endon. Berdosa, engkau tahu tak susah nanti di akhirat. Kalau benda yang tak pasti jangan menjaja cerita. Engkau memfitnah orang yang sudah meninggal dunia, macamana nak mohon maaf nanti?

(Riwayat at-Tirmidzi)
”Janganlah kamu mengutuk orang yang sudah meninggal dunia nanti kamu akan menyakiti orang yang masih hidup dengannya”.


Bila Abdullah Hj Ahmad berkahwin dengan Jean Denker yang sudah pasti dia bukan Melayu dan Abdullah Hj Ahmad terpaksa menunjukkan jiwa Melayu sehingga setiap kali Perhimpunan Agung UMNO dia terjerit-jerit "Hidup Melayu" akhirnya ini menjadi lambang Imam Besar Islam Hadhari ini. Jika di Turki, seorang calon Presiden tidak dibenarkan bertanding kerana punya isteri yang bertudung "skaf" bukan yang berbentuk telekung atau nampak muka sahaja, boleh diterima kerana memang Turki negara sekular. Tetapi di Malaysia yang ditadbirkan oleh Kerajaan Tiga Beranak dan Perdana Menteri bertaraf Imam Besar mazhab Islam Hadhari memang waktu Endon Mahmood hidup dia tidak pernah bertudung kepala dan dengan gambar yang di edarkan Jeanne Danker juga dalam keadaan yang sama. Kesimpulannya soal nafsu akan menewaskan "hidup melayu" kerana ahli-ahli UMNO yang memikirkan semangat itu akan juga menjurus untuk berkahwin dengan memilih dahulu orang Melayu, bukan tak ada orang Melayu yang hebat.

KomenKu:
Anak bini sendiri pun tak pakai tudung , nak mengata orang. Anak bini orang lain pun cerminkan diri dan keluarga sendiri dulu.Kalau dia kahwin dengan bukan Melayu pun apa salahnya? Sudah jodoh yang ditentukan Allah terima sajalah. Kalau sekadar Melayu, tapi perangai macam engkau hentikanlah. Melayu pun bukan semuanya bagus!!

Maka bila seru kepada anak-anak muda perempuan untuk memakai tudung, maka ada yang menjawab bahawa pastikan dulu Imam Besar Islam Hadhari yang bernama Abdullah Hj Ahmad itu isterinya memakai tudung, dan jika kami di bawah umur 25 tahun masih manis lagi tidak bertudung tetapi kalau umur sudah 50 tahun ke atas, tak sedar-sedar lagi. Sebelum mengajar manusia dengan ajaran Islam Hadhari eloklah imam itu mengajar isteri dan anak termasuk menantu dahulu, itu kata seorang pelajar IPT yang dirayukan supaya memakai tudung.

KomenKu:
Iman bukan terletak kepada tudung tapi hati. Memang menutup aurat tu tuntutan agama, tapi iman ditentukan Allah, ada yang bertudung tapi berhati busuk buat apa? Lihat saja Tun Siti Hasmah, walaupun tidak bertudung, amal dan akhlaknya mulia. Hatinya bersih, maka kesihatan dan cahaya iman terpancar diwajahnya yang sedang dimamah usia.Iman bukan ditentukan oleh faktor tudung saja tapi “hati”. Usahlah kita menghina dan mengumpat orang hanya kerana “tudung” kerana satu hari nanti kita akan malu kerana perbuatan kita , mungkin Allah akan membayar”cash” atas sikap kita selama ini. Kalau tidak ada benda yang berfaedah usahlah bercakap atau membuatnya. Kita bertanggungjawab diatas setiap perbuatan kita di akhirat kelak.

Malaysia akan terus bertambah malang di bawah pentadbiran Imam besar ini, satelah segala usaha dilakukan untuk memperkayakan anak, menantu, adik dan ipar-duai serta sedang bercadang untuk menjual sebahagian tanah di Johor atas nama pembangunan WPI kepada negara asing khasnya Singapura. Maka jika dia masih diangkat menjadi Presiden UMNO maka dengan sendiri nya sebuah papan tanda satu cawangan di Jalan Raja Abdullah, Kg Baharu, Bahagian Titiwangsa yang menulis "UMNO Benteng Melayu" sudah tidak relevan lagi.

Komenku;
Bukan UMNO yang tidak relevan tapi Zahrin Gila yang tidak relevan lagi!!!Macam hantu raya takde tuan.

(Riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim”


Mekanisme demokrasi di Malaysia samalah seperti di Indonesia sebelum reformasi dulu ia itu menganut sistem demokrasi perwakilan (representative democracy) dan tidak menganut sistem pemilihan langsung seorang Perdana Menteri. Maka terpilihnya seseorang menjadi Perdana Menteri merupakan keputusan elit politik yang berkuasa seperti UMNO dan seseorang yang menjadi Presiden UMNO dan kemudian bergabung dalam satu pakatan kerajaan campuran dengan satu nama dan lambang Barisan Nasional, maka sudah pasti dia menjadi Perdana Menteri di waktu berlakunya pilihan raya, bertambah pula dengan Perlembagaan 1957 yang memberi kuasa prerogatif kepadanya untuk membubarkan Dewan Rakyat. Ini sudah pasti sebagai seorang yang berkuasa akan memastikan "yesman" supaya ada tempat menjadi calon dan segala tindakan rasuahnya boleh dipertahankan oleh Perdana Menteri seperti mana berlaku kepada Musa Aman di Sabah. Ini adalah kerana Musa Aman adalah penyokong kuatnya dan berkuasa untuk mengawal Ketua-Ketua UMNO Bahagian tidak satu pun penyiasatan dilakukan kepadanya.

KomenKu:
Mana engkau tahu tiada tindakan atau siasatan dibuat?

Telah tiba masanya, parti-parti pembangkang merubah cara bertindak mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional, kecuali DAP yang di dominan dengan orang-orang Cina, lantas mereka memang tidak berminat menubuhkan kerajaan sebaliknya bersedia menjadi alat ugutan MCA kepada UMNO dalam beberapa isu kepentingan Cina, dan semua perjuangan DAP berjaya melalui MCA dan terakhirnya ialah dengan UMNO hampir 22 orang dalam kabinet bolah di kalah oleh empat Menteri MCA yang meminta penggunaan Bahasa Melayu hendaklah dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Perkara ini boleh berlaku kerana UMNO tidak seperti dulu, di mana parti MCA, MIC dan lain-lain parti dalam Barisan Nasional bergantung dengan UMNO tetapi hari ini UMNO-lah yang bergantung dengan mereka dan pergantungan itu adalah kerana Abdullah Hj Ahmad mahu menjadi Perdana Menteri dan bukan berjuang untuk "Hidup Melayu"

Cara bertindak parti pembangkang bukan menyerang Suruhanjaya Pilihan raya-SPR tetapi membuat reformasi Perlembagaan ia itu supaya jawatan Perdana Menteri di masukan sebagai pilihan secara langsung dari rakyat (pengundi) dan sesiapa pun boleh menamakan diri untuk bertanding dalam mana-mana kawasan pilihan raya serta mengisytiharkan diri untuk Jawatan Perdana Menteri. Setiap pengundi diberi dua kertas undi, satu untuk menghantar wakilnya menduduki kerusi dewan rakyat dan kedua untuk jawatan Perdana Menteri, jika dia mendapat undi popular yang mencukupi dan boleh dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang Di Pertuan Agong maka perkataan "mendapat kepercayaan ahli dewan" akan bertukar dengan "mendapat sokongan undi rakyat" kerana perlembagaan memperuntukkan pelantikan Perdana Menteri didahulukan bagi menubuhkan kerajaan selepas PRU.

Soal teknikalnya sama-samalah kita fikirkan kerana negara sudah banyak pakar pemikir undang-undang. Inilah reformasi yang patut dibuat oleh Parti Keadilan Nasional atau PAS sendiri dari membuat tindakan menambah musuh menyerang SPR

Jika tidak mahu pun perubahan mekanisme, untuk tempoh 50 tahun akan datang beginilah nasib rakyat Malaysia terutama orang Melayu kerana diletakan lembu pun dia akan berkata "mana titah patik junjung" dan berterusan Abdullah Hj Ahmad memupuk kekayaan nya. Alangkah malang juga nasib ahli UMNO mendapat Presiden parti yang “taste “ nya hanya sekadar orang gaji. Dan bertambahlah pula sekarang dia sudah macam “buy one you can get 2 free” atau beli satu dapat dua percuma.

KomenKu:
Kenapa nak hina orang gaji? Mereka pun hamba Allah juga. Tapi aku pernah terbaca di laman web suatu waktu dulu, seorang lelaki telah membawa seorang perempuan pengemis ke rumahnya di Keramat, dimandikan dan diberi makanan. Selepas tu ………(faham sendiri). Setelah selesai dia dihantar kembali ke kaki lima Chow Kit.Siapa dia? Mungkin engkau kenal orang itu zahrin, sebab banyak cerita orang dalam poket engkau, sampai cerita bilik tidur orang pun engkau tahu.

Sang Kelembai: Makna perkahwinan ini, mana-mana isteri Menteri itu kena sedarlah bahawa jangan sombong sangat dengan orang gaji termasuk dari INA macam dua tiga kerat isteri Menteri UMNO, kalau dia mati dulu dikhuatiri Menteri duda tu akan kahwin dengan orang gaji dan segala gelaran Datin berpindah kepadanya, siapa tahu walau pun umur dah sampai 70 tahun. Jadi beramai-ramailah kita dengar suara Rosmah Mansor yang akan menyebut Jeanne Danker yang pernah menyambut dia, dengan memanggil Jean Danker sebagai Yang Amat Berbahagia Datin Seri dan sama-sama bertaruh teh tarik.. agak-agak MB/KM mana yang akan mula memberi pingat Datuk atau Datuk Seri kepada Jean Danker, Sang Kelembai ambil Ali Rustam@Ali Ketam dari Melaka.

KomenKu:
Ai dengki nampak , kalau Jeanne Danker dapat gelaran pun, apa engkau peduli. Sekurang-kurangnya dia dapat jadi isteri Perdana Menteri tapi engkau? Pernah dapat pingat? Engkau patut dapat anugerah juga tau ….Anugerah Si Pencacai Tua.

2 comments:

gaban said...

apa nak heran, memang begitu tabiat si zahrin, dari dulu lagi asyik nak cari kesalahan orang je... dia sorg je yg bagus! mcm bagus!

dia sendiri bercanda dgn 'puteri idamannya'....

simerah_hati said...

Melakukan sesuatu perkara yang baik adalah baik dan begitulah sebaliknya. Bukan mudah membuat baik, kerana pandangan kasar mata manusia akan sentiasa mencurigainya.

Perkahwinan itu jika dibina atas dasar kebaikan seperti yang dituntut oleh agama tidak patut disalahertikan. Biar apa yang hendak diumpatkan, hanya orang itu sahaja yang mengetahuinya. Semoga Allah memberikan petunjuk dan terlimpahlah kasih sayang antara manusia melalui ikatan yang suci...