Posted on Monday, June 04 @ 03:12:34 CDT by reformis
Saya juga risau sama dengan Cikgu Wahab. Kita pukul gendang seluruh negara bahawa PAS akan kumpulkan lebih 100,000 di Putrajaya tetapi bila tiba masa angkanya sepuluh peratus pun tak sampai. Oleh Belimbing BuluhSepanjang saya ikuti muktamar tahunan PAS baru-baru ini saya rasa cukup kecewa.
Saya tak nak ulas masalah pertandingan jawatan2 dalam PAS, itu hak perwakilan, merekalah yang menentukan bagaimana PAS mahu dibawa.Saya kecewa kerana perbahasan yang nampak tak terarah walaupun semua tahu ini adalah muktamar terakhir sebelum PRU12.
Mungkin ramai teruja dengan pertandingan Timb Presiden dan Naib Presiden hingga tumpuan kepada perbahasan tidak dapat diberikan dengan baik.Begitu juga dengan jawapan yang diberikan oleh barisan kepimpinan PAS, termasuk presiden dan timbalan presiden. Semua bagai tak bermaya sedangkan ini perjumpaan terbesar dengan penggerak parti dari seluruh negara.
Sayang mak tuan kerana majlis yang begitu hebat tidak digunakan sebaik mungkin.Saya agak tertarik dengan perisytiharan demonstrasi 100,000 orang di Putrajaya, malah Husam Musa berkata dia yakin dapat kumpulkan setengah juta rakyat bersama pembangkang untuk tuntut praya adil dan bersih.
Saya cenderung dengan pandangan orang lama, Cikgu Wahab Abdul Rahman dari Kedah, yang berucap semasa penggulungan yang merasa khuatir dan bimbang kita tak dapat seramai itu kerana jiwa dan semngat anak-anak muda kita makin longgar dengan perjuangan.Saya juga risau sama dengan Cikgu Wahab.
Kita pukul gendang seluruh negara bahawa PAS akan kumpulkan lebih 100,000 di Putrajaya tetapi bila tiba masa angkanya sepuluh peratus pun tak sampai. Jadi, kita tak ada pilihan melainkan kerja bersungguh-sungguh kumpul tenaga seramai itu. dan semua pimpinan PAS dari atas hingga ke bawah hendaklah bersatu hati bersama-sama menuntut pilihan raya adil ini.
Wednesday, June 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment