Oleh Puteri Aliya Ali
Merujuk pada artikel yang disiarkan oleh BBC bertarikh 2 September 2004, penulis begitu hairan dengan media barat ini? Di dalam berita lain, diwar-warkan Islamophobia tetapi di dalam berita itu, ianya seperti membela pula Anwar. Malahan, berita yang bertajuk Profile:Anwar Ibrahim seolah-olah memuja pula bekas timbalan perdana menteri ini. Berita itu juga mengatakan bahawa jeritan "Reformasi" di atas jalan-jalan di Kuala Lumpur itu membuatkan banyak media barat melabelkan Anwar sebagai 'renaissance man' membawa perubahan ke atas regim yang korup.
KOMENKU:ANWAR yang membawa “kegelapan” kepada kerajaan Malaysia.
Ini menunjukkan betapa media barat cuba mengapi-apikan lagi atau menghasut rakyat supaya merusuh. Apa semuanya ini? Ini sudah membuktikan bahawa mereka langsung tidak telus malahan membela seorang yang telah didakwa atas tuduhan rasuah dan salah laku seks luar tabii.
KOMENKU:Barat ni memang batu api, nasib baik la tak berapa kerat je rakyat Malaysia yang suka berdemonstrasi di jalanan. Yang lain tu relax je tunggu keputusan mahkamah.
Rata-rata barat memperjuangkan hak-hak golongan lesbian dan juga gay. Jadi tidak hairanlah jika mereka berat-sebelah dan sanggup menyebelahi orang yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salah laku seks luar tabii. Ini kerana mereka memang 'free-thinker'.
KOMENKU:Mereka tu masyarakat jahiliyah!!Kufur nikmat!
Kata-kata Anwar sebagai "I've always been identified with moderate and progressive Islam and condemned extremism in all form", sebagaimana yang diberitahu kepada BBC adalah sesuatu yang amat menggelikan hati. Ini dia seorang yang mengamalkan seks luar tabii tapi bercakap tentang Islam dan kononnya dia membenci semua ekstremis Islam. Tetapi dia sebenarnya bermuka-muka apabila bekerjasama dengan PAS yang pernah melabelkan dia sebagai al-juburi pada satu masa dulu.
KOMENKU:Lidah bercabang mengalahkan ular, perangai pun “ULAR”. Tali barut asing!!PAS tu Hipokrit, demi nak tumpang pengaruh Anwar untuk merebut kuasa, maka dilupakan saja tabiat buruk Anwar walaupun sebelum ni Mat Sabu yang cukup kuat mengutuk dia dengan panggilan Al-Juburi.
Penulis juga tidak sama-sekali terpedaya dengan lakonannya yang duduk di kerusi roda dan memakai topeng leher itu. Lakonannya itu boleh melayakkan dia memenangi anugerah Grammy. Kenapa beriya-iya inginkan perubatan di luar negeri sedangkan pakar perubatan di Malaysia tidak kurang hebatnya? Ini jelas sekali menunjukkan dia mendewakan barat dan memandang rendah kepada keupayaan anak bangsa sendiri. Langsung tidak bersikap nasionalis.
KOMENKU:Tak malu punya Anwar, malula sikit kat jururawat yang berada di sekeliling engkau. Pegawai Penjara Sg Buluh pernah beritahu, Anwar siap main sepak takraw lagi, tapi bila keluar depan publik siap duduk atas wheel chair, slip disc konon! Jantan hipokrit!
Wednesday, June 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment