Wednesday, September 26, 2007

Ustaz Hadi lawat keluarga Nurin - PAS mahu K'jaan bertanggungjawab

http://www.harakahdaily.net

Salmiyah Harun Sep 24, 07 2:24:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku kepada kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, kerana ia berpunca daripada kelemahan undang-undang negara.
"Apa yang terjadi kepada Nurin adalah berpunca daripada kelemahan undang-undang British yang kita amalkan sekarang bukannya undang-undang Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga Nurin di rumahnya di Wangsa Maju, Seksyen 1 pagi tadi.
Ustaz Hadi yang meluangkan masa kira-kira 15 minit bersama ibu bapa kanak-kanak malang itu Jazimin Abd Jalil dan Norazian Bistaman menegaskan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada dalam negara ini.
Malah katanya, kegagalan pihak polis membendung gejala jenayah seksual termasuklah pembunuhan kejam ke atas Nurin dianggap mengabaikan amanah rakyat.
Beliau juga kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz yang cuba mendakwa ibu bapa Nurin sekiranya kematian kanak-kanak itu berpunca daripada kecuaian mereka.
"Sebenarnya pihak berkuasa gagal menangani masalah jenayah dalam negara ini kalau di negara lain Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan seperti ini sudah lama letak jawatan," katanya yang turut disaksikan oleh kaum keluarga Nurin.
Tegasnya, dalam hal seperti ini bukan pihak keluarga mangsa disalahkan tetapi penjenayah terbabit yang sepatutnya sudah ditangkap seawal kes ini dilaporkan.
"Apa yang mengecewakan polis bukan sahaja tidak boleh menjejaki jenayah terbabit tetapi jenayah semakin bertambah,"katanya.
Ketika mengunjungi keluarga Nurin, Ustaz Hadi turut merakamkan ucapan takziah serta melahirkan rasa kesedihan yang menimpa keluarga terbabit, beliau turut dilihat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada ibu bapa Nurin Jazlin.
Beliau turut menyampaikan buah tangan dan sumbangan kepada ibu bapa Nurin Jazlin serta memberi nasihat kepadanya supaya bersabar dan tabah menghadapi dugaan berat daripada Allah SWT.
Justeru, Ustaz Hadi juga akan membantu dan membela keluarga Jazimin jika sekiranya ada pendakwaan terhadapnya selepas ini.
Hadir sama AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Mohd Nor Mohammad. - mks.


“Komen:
PAS datang bukannya nak tolong sangat tapi cuma nak cari publisiti, Kononnya bila datang awal dan buat muka-muka dalam gambar untuk ditunjukkan pada semua maka bolehlah nak hentam kerajaan. Ini bukannya tolong ikhlas. Dalam dunia ni kalau senang kita nak bahagikan orang, kaum PAS ni tergolong dalam golongan orang "BODOH SOMBONG", bodoh yang susah nak di ajar.

Golongan yang hanya mengambil kesempatan melalui kelemahan orang lain. PAS Pandai je nak cakap polis tak bagus buat kerja, Korang nih memang tak sedar yang selama ini polis dah banyak bantu rakyat dalam menjaga keamanan negara. Berbalik kepada kes ini, kita sebagai ibu bapa kenalah beri perhatian pada anak kita terutamanya perempuan.

Kena tahu mana anak tu pergi, dengan siapa dia keluar dan sebagainya. Bukannya biarkan macam tu jer. Bila dah jadi kes macam ni mulalah nak cari salah orang lain. Diri sendiri yang cuai tapi kenapa nak salahkan orang. Pesan orang tua-tua tentang macam mana nak jaga anak kenalah sentiasa di ingat.

Ni lagi satu’ malaun besar’, hoi! PAS kalau dah banyak sangat duit nak mengapi-apikan orang lebih baiklah bangunkan kehidupan rakyat yang di bawah pemerintahan korang. Daif dan miskin dengan keadaan rumah yang rendah tak terancang sampaikan rumah setinggan di Kuala Lumpur lebih baik dari rumah rakyat korang. Gunakanlah duit yang ada untuk bantu dia orang bukannya membazir tak kena tempat.”

2 comments:

WaZiRai said...

Semua orang memperkatakan pasal kes Nurin. Everywhere, sambil berbuka puasa sambil lepak-lepak disurau tunggu terawih, dalam email, dan tentunya di blog. Aku pada mulanya malas nak tulis cerita ini, kerana tiada apa nak diperkatakan. Tragis, sedih, pilu geram, marah… semua ada. Aku percaya semua orang juga ada perasaan sebegitu. Malah, Pak Lah pun melahirkan rasa sedih campur marah. Pak Lah yang cool pun kata dia marah, memang binatang orang itu.

Nampak tak?, aku pun menyamakan penjenayah itu dengan makhluk Allah yang tidak boleh befikir, binatang. Ramai orang menggunakan perumpamaan sebegitu, binatang punya pembunuh…! Disini, aku ingin meminta maaf bagi pihak manusia kepada semua jenis binatang didunia. Betul-betul minta maaf. Kami manusia terlalu keji dengan menyamakan penjenayah itu sebagai binatang. Aku rasa binatang paling bodoh pun tidak akan melakukan perkara-perkara terkutuk tersebut. So, definitely that psycho not deserve to be call as animal. Again, kucing, anjing, beruk, tikus…. Aku minta maaf, kadang-kadang manusia hilang pertimbangan dan hilang idea untuk express perasaan kami.

spongegoat said...

memang nampak sangat kebodohan hadi awang, yg suka2 hati dia je salahkan kerajaan, agaknya kalau perkara yang sama berlaku pada dia, dia akan salahkan kerajaan.

masa Allah bg dia jwtn MB terengganu dulu, apa yg dia buat, selain bermusuhan dengan budak kecik tadika yang dihalaunye...

kan main dulu cakap sebelum subuh nak laksanakan hudud, alih2 bila dah jd MN blh lak kata hudud tu 0.00001 peratus je dr Islam, barua punye org tua! nyesal dulu sokong dia... nasib baik skrg ni dah x sokong dia...

lepas tu sengaja wat salah draf hudud, spy ada alasan canang kt ceramah pd org kg bile kerajaan tolak draf hudud dia... memang bodoh la hadi awang.........