Tuesday, January 8, 2008

10 sebab mengapa PAS perlu ditolak.

Dipetik dari http://www.isuhot.com

SETELAH membuat kajian dan pemerhatian yang lama, kita setuju bhw Pas memang sebuah parti yang perlu ditolak oleh orang Islam di Malaysia dan dunia. Berikut disenaraikan 10 sebab mengapa Pas perlu ditolak.


Komen:

http://210.48.145.9/~siswater/download/100isu.pdf. Terdapat 100 sebab mengapa kita perlu tolak PAS sebagai pemerintah dan parti yang membela Islam di Malaysia.

Pertama, Pas pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca Pas mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung.

Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

Pasti anda masih ingat kata-kata Karpal Singh yang mahu langkah mayatnya dahulu sebelum tubuhkan negara Islam. Anda tahu siapa kawan kepada Karpal Singh??

Komen:

Sebenarnya PAS mempunyai pemikiran sempit yang mana semua perkara yang dinyatakan oleh mereka lebih menjurus kepada memecah belahkan rakyat. Tak hairan jika di lihat dalam parti mereka sendiri penuh kucar kacir kerana terlalu banyak yang bodoh sombong mentadbir parti tersebut. Isu kafir ini sebenarnya menunjukkan pemikiran mereka yang telah awal lagi dikafirkan oleh pemimpin parti mereka sendiri hinggakan pedoman iman dalam diri sendiri ditunggang-terbalikkan sewenang-wenangnya. Akibat kecerdikan yang melampaulah yang menyebabkan PAS sentiasa terbabas dari hukum Islam yang asal.

Kedua, Pas menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran. Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran.

Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.

Komen:

PAS suka memutar belitkan fakta untuk kepentingan diri mereka. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang benar. Ini semua taktik mereka untuk memesong minda pengikutnya. Kalau di biarkan takut nanti lambat laun ia mampu memesongkan akidah pengikutnya dan terjadilah ajaran sesat. Keangkuhan PAS jelas terpampang kerana mereka menggunakan Islam sebagai titik-tolak permulaan pemesongan minda politik rakyat Malaysia.

Ketiga, Pas hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan Pas bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang saya ketahui mereka yang menyertai Pas ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata.Jika kita lihat kepada pemimpin Pas dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan. Jika orang itu pengikut Pas, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika membabitkan kerajaan, mereka menuduh kerajaan hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.

Komen:

Oleh kerana pengikutnya ramai yang berhati busuk dan ego, maka perjalanan PAS sendiri kucar kacir. Dipenuhi manusia yang terganggu mindanya. Dipenuhi manusia yang marah akibat kemahuannya tidak dilaksana. Mereka lebih berfikir dengan mengikut perasaan dan bukannya berfikir menggunakan fikiran yang positif dan berilmu. Oleh sebab itu senang untuk kita lihat PAS dipenuhi mereka yang terganggu mindanya dan rendah ilmunya. Cuma yang boleh dipuji kepandaian mereka menggunakan jentera jembalang mereka menjalankan rancangan terkutuk menjatuhkan kerajaan.

Keempat, Pas telah menghakmilikkan Islam untuk partinya iaitu telah menyamakan Islam dengan partinya. Ini bukan rekaan. Saya sendiri pernah mengikuti ceramah Pas dan mendengar sendiri ucapan penceramahnya menyamakan Pas itu dengan Islam. Beliau telah membuat perumpamaan bahawa Islam dengan Pas ibarat kain dengan benang.

Tanpa benang (Islam), maka kain (Pas) tidak akan ada dan sebaliknya. Jadi tidak hairanlah jika pengikutnya begitu taksub, taat dan takut dengan larangan atau ucapan pemimpinnya.Mereka menganggap jika menentang Pas ibarat menentang Islam dan jika keluar daripada Pas, takut menjadi. Satu soalan yang tidak pernah dijawab oleh pemimpin Pas, adakah orang Islam lain di negara lain juga tidak Islam kerana tidak pernah kenal dan menyertai Pas?

Komen:

Dengan benang (Islam), maka kain (PAS) perosaknya. Dengan benang (Islam), kerajaan Malaysia dikenali serata dunia tetapi, tapi kain (PAS) satu dunia luar pun tak kenal walaupun dilihat sebelah mata. Maka sebenarnya jadilah kain (PAS) buat lap najis sahaja.

Kelima, Pas tidak pernah membuat kenyataan mengutuk atau menolak golongan seperti Al-Maunah, Al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan KMM. Ini membuktikan bahawa Pas menyokong sifat ekstrem, militan dan ganas. Sebaliknya Pas menuduh kerajaan menentang golongan yang cuba memperjuangkan Islam dan tidak ingin Islam berkembang. Paling sedih sekali, tuduhan kerajaan ingin menghapuskan terus agama Islam di Malaysia ini.

Komen:

PAS juga tidak pernah membuat kenyataan menghukum ajaran sesat yang banyak menular. Mereka juga tidak membuat kenyataan menolak golongan militan. Jadi di sini dapat kita putuskan PAS terdiri dari kedua-duanya. Corak perjalanan PAS telah pun dilihat memihak kepada kedua-dua faktor jadi tak hairanlah kalau PAS pun dah 2 x 5 tak boleh pakai !

Keenam, Pas mengajar para pengikutnya konsep yang salah tentang syurga dan neraka terutama kepada golongan pengikut yang taksub dan kurang pengetahuan agamanya. Pas mengatakan bahawa pangkah partinya atau sokong akan dapat masuk syurga kerana mereka telah menyokong perjuangan Islam. Semua orang Islam menyokong perjuangan Islam tetapi tidak menyokong cara perjuangan Pas yang ekstrem, riak, bangga diri, mengaku lebih bijak dan pelbagai lagi sikap buruk yang menunjukkan cara perjuangan Pas yang tidak berhemah dan berhikmah.

Pemimpin Pas tidak menjelaskan bahawa banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang muslim untuk melayakkan diri masuk syurga. Tidak cukup hanya pangkah dan sokong Pas sahaja dapat masuk syurga, tetapi amalan lain seperti sembahyang, puasa, zakat, beramal jariah dan berakhlak baik termasuk tidak buruk sangka, tidak mengata orang, tidak memfitnah, tidak takbur, riak dan angkuh.Jika ditanya kepada Hadi dan Nik Aziz, mereka sendiri pun tidak tahu sama ada dapat masuk syurga kerana mereka juga melakukan banyak dosa mulut yang boleh menyebabkan kebinasaan besar. Jangan ingat hanya tangan yang boleh melakukan kebinasaan, bahana mulut adalah lebih teruk lagi.

Komen:

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)

Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata, "Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain, kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan-Nya.” (Umdatul Qari` 22/140).

Ketujuh, Pas cuma bersandiwara dan tidak bertanggung jawab dalam melaksanakan hukum hudud di Terengganu. Pas cuba mengelirukan orang Islam dengan mengatakan bahawa mereka telah melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka tidak pernah melaksanakannya. Jika Pas melaksanakan hukum tersebut sudah tentu ada kes hudud dan qisas telah dilaksanakan sejak ia diwartakan pada bulan Ramadan 1424H. Kita harus faham makna warta dan laksana. Mewarta tidak bermaksud melaksana.

Jadi Pas hanya mewartakan sahaja hukum tersebut bagi menunaikan janjinya sahaja dan untuk modal bagi menghadapi pilihan raya 2004.Pas tidak bertanggungjawab kerana cuba melaksanakan hukum hudud bukan kerana Allah tetapi kerana tujuan politik.Ini kerana pemimpin dan pengikutnya mengatakan mereka sudah lepas daripada tanggungjawab apabila mewartakan hukum hudud dan qisas dan masalah untuk melaksanakan tidak dibuat bersungguh-sungguh. Mereka seolah-olah takut kepada Abdullah Badawi daripada Allah kerana memberi alasan kerajaan cuba menghalang pelaksanaannya.

Komen:

Ini adalah dua contoh yang dipetik daripada “Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan”, hasil karya ulama Pas mengenai hudud PAS.

Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri:

“Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:

(a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;

(b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan

(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6)

Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya,

“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh dari Allah; Allah Perkasa, lagi Bijaksana” (5:38).

Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri dengan menuruti perintah Allah yang berbunyi,

“Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

Contoh kedua ialah kesalahan meminum arak:

“(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.” (Bahagian I, perenggan 22)

Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu” (4:105).

Oleh kerana hukuman bagi peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak.

Kelapan, Pas menerapkan fahaman dan konsep yang salah dalam menuntut ilmu. Ramai kanak-kanak tadika PASTI telah diasuh dengan sikap dan sifat yang tidak elok. Mereka menipu kanak-kanak dengan mengatakan ilmu agama lebih penting daripada ilmu-ilmu dunia yang lain. Pas juga menuduh kerajaan mengajar ilmu sekular. Pas sedar bahawa kerana tanpa ilmu dunialah umat Islam ditindas dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh orang kafir.

Allah mengajar kita supaya mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka tidak faham bahawa ilmu sains, teknologi dan ekonomi juga adalah ilmu kurniaan Allah. Mana bisa manusia boleh pandai sendirian tanpa kurniaan Allah.Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajar kita supaya berdoa tanpa berusaha. Jika mahu berusaha dengan baik, tentulah kita memerlukan ilmu dan kemahiran yang relevan.

Kesembilan, Pas menanam sikap kepada pengikutnya supaya tidak perlu bersyukur kepada kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka. Pas memberikan fahaman bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan dan mana-mana kerajaan pun termasuk kerajaan kafir akan membantu rakyatnya kerana sudah menjadi tanggungjawab.Tetapi Islam mengajar dan menggalakkan umatnya bersyukur dengan nikmat yang diterima sama ada daripada kerajaan ataupun pihak lain kerana segala nikmat itu datang daripada Allah.

Apakah para pemimpin Pas dan para pengikutnya tidak faham atau tidak mahu faham bahawa Allah mengurniakan rahmat melalui makhluk-Nya termasuk manusia, hujan, bumi, air dan segalanya. Maha Suci Allah!Nabi Muhammad S.A.W mengajar umatnya bahawa bermulanya agama dengan mengenali Allah, tetapi para pemimpin Pas seolah-olah tidak kenal Allah.

Kesepuluh, Pas sebenarnya telah meletakkan kesucian Islam di tempat yang hina dan rendah pada pandangan orang kafir kerana menggunakan perkataan Islam pada nama partinya. Ini memberi fahaman yang salah kepada orang kafir kerana setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh pengikut Pas akan dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.Perbuatan mencaci, memaki hamun, memberi gelaran buruk, memfitnah, berbohong dan sebagainya akan dianggap sebagai tidak menyalahi dan menjadi satu amalan yang biasa oleh orang Islam. Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya begitu.

Pada zaman Rasulullah, dakwah Islam tidak semestinya melalui percakapan tetapi perbuatan dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh umat Islam pada waktu itu dapat menarik lebih ramai orang kafir memeluk Islam berbanding dakwah secara lisan. Tetapi ini tidak berlaku disebabkan pemimpin dan pengikut Pas yang mengaku Islam tetapi sikap dan akhlak mereka lebih teruk daripada orang kafir sendiri. Ini menyebabkan orang kafir memandangkan rendah kepada ajaran Islam dan seterusnya gagal menarik mereka memeluk Islam.


3 comments:

gaban said...

Sebenarnya kalau nak list kan bukan 10 je, byk lagi kepincangan yg dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti itu... dah sampai terbelah lidah pun tetap lagi dgn tabiat lamanya mencaci dan menfitnah kerajaan BN, tak reti2 nak insaf

Sedih sebenarnya melihat org2 kg yg hanya ikut je apa kata pemimpin pas ni, tgk pemimpin pas tu pakai serban atau kupiah, otomatik caya segala percakapan dan perbuatan... mcm salah sorg pemimpin pas tu yg berkhalwat dgn bini org, tp sbb pkai kupiah, org2 dia pun caya dia x bersalah...

mail said...

PAS SANGAT TERROR DALAM BAB MAKI HAMUN DAN MEMECAHKAN KAUM DAN BANGSA MELAYU..LEBIH MENDASYATKAN AGAMA ISLAM SENDIRI..
KALAU TAK CAYA CUBELAH TENGOK PEMIMPIN PAS YANG MANA MOLEK DAN HALUS BENAR PERCAKAPANNYA..ADE X KORANG JUMPE.. DAH SAH SATU PUN TAKDE..BAB MENENTANG KERAJAAN DIORANGLAH PALING TERROR..SUSAH KALAU ADA PEMMPIN YANG BERHALUAN KIRI DATANG MEMBUAT SPEKULASI TERTENTU MEMBURUKKAN KERAJAAN..ELOKLAH BERHATI-HATI JIKA TERSEREMPAK DENGAN ORANG SEPERTI INI..NANTI KITA SEMUA BANGSA MELAYU HANCUR DAN PORAK PERANDA JADINYER DISEBABKAN PERTIKAIAN DALAM MEREBUT KUASA.

spongegoat said...

Satu lagi penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah penyelewengan duit derma. Mempergunakan Islam dan atas alasan ikhlas kerana Allah Ta'ala padahal masuk poket masing2.

cth: berdasarkan pengalaman seorg bekas aktivis pas yang melihat dgn mata kepalanya sendiri bagaimana org yg menjaga amanah duit derma pengikut2 pas masa pilihan raya kecil grik (lama dulu) guna duit tu utk bayar hutang peribadinya. bile ditanya kenapa ambik duit tu, blh dijwbnya duit tu utk pas, dia ahli pas, maka tak salah kalau pakai!

pemimpin pas juga perlu menerangkan kepada penyokongnya apa dah jadi dgn 'Darul Mal'nya yang tak tahu ke mana perginya skrg segala simpanan...