Dipetik dari http://www.harakahdaily.net
Komen untuk tulisan si goblok- Subky Abdul Latif
Berkata Dato' Seri Najib Tun Razak dalam kempen BN-nya beberapa hari di Kelantan baru-baru ini: Kelantan akan dijadikan pusat tamadun Islam terbilang kiranya Barisan Nasional dapat memerintah Kelantan lepas pilihan raya umum akan datang.
Ia satu kenyataan dan janji pilihan raya yang menarik sesuai dengan kemahuan umat Islam seluruhnya khususnya rakyat Kelantan. Itulah antara tujuan rakyat negeri itu memilih kerajaan PAS sejak tahun 1959 dan setelah digerhanakan selama 11 tahun, maka mereka mengangkat semula kerajaan PAS pada tahun 1990 hingga sekarang.
Langkah memartabatkan tamadun Islam itu berjalan terus tetapi belumlah menjadi pusat tamadun Islam yang terbilang seperti yang disebutkan oleh Dato' Najib itu.
Jika kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu dibuat dengan niat kerana Allah, maka ia satu yang berpahala. Tetapi kalau ia dibuat sekadar untuk menumbangkan kerajaan PAS yang bersungguh untuk mendaluatkan Islam, maka niatnya adalah bersifat duniawi. Sesuatu yang berniat duniawi tidak berpahala.
Komen:
Siapa sahaja yang celik agama dan mindanya mempunyai matlamat menumbangkan PAS yang kian lama rakus merosakkan kerajaan Islam. PAS seringkali menuduh siapa saja yang tidak yakin dengan perjalanan pimpinan mereka menentang Allah dan menentang Al-Quran. Jika dilihat di Kelantan yang mempunyai nama timang-timangan Serambi Mekah tiada satu pun pembangunan yang menjurus ke-arah memartabatkan tamadun Islam. PAS sedar akan kekurang ini dan apabila kerajaan BN dilihat bertindak memartabatkan tamadun Islam di Kelantan, maka PAS bertindak untuk menyekat pembangunan ini dengan membuat pelbagai tomahan untuk menghentikannya.
Buktikan sedikit pada dunia Islam bahawa kerajaan PAS di Kelantan lebih banyak melaksanakan nilai-nilai Islam untuk memajukan rakyat dan menjadikan Kelantan sebagai contoh kepada negara-negara Islam lain di dunia. Mungkin mereka boleh memulakannya dengan membina sebuah masjid yang lengkap, bukannya masjid daif yang dibuat dari blok tanah liat dan tak cukup pasir serta paku. Pastikan juga cukup tikar sejadah untuk rakyat bersolat dan bukannya berlandaskan tanah bekas “air kumbahan” yang mengalir dari masyarakat kampung yang daif.
Memerintah negeri atau kampung tidak boleh berpaut pada ceramah neraka semata-mata yang sering dicampur-aduk dengan fitnah dan pandangan-pandangan dangkal mengenai pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negeri. Orang ingin melihat ulama yang kononnya ketua yang dikatakan bijak memerintah negeri menurut ajaran Islam tetapi pokoknya memerintah secara sambil lewa dengan bantuan ahli yang rendah mindanya tapi cuma tinggi kopiah, serban dan panjang jangut kambingnya sahaja.
Ini semua helah PAS untuk tidak bertanggungjawab dan menunaikan kewajipan mereka untuk membahagiakan rakyat. Rakyat Kelantan juga inginkan pembangunan dan menikmati kemajuan dan berbagai kemudahan seperti saudara-saudara mereka di negeri-negeri lain. Rakyat Kelantan sudah penat dan berpindah keluar dari Kelantan kerana Kelantan tidak menjaminkan apa-apa kemajuan ekonomi dan sosial selagi PAS memegang tampuk pemerintahan hinggakan ramai orang Kelantan yang berhijrah keluar dari Kelantan dan membuka gerai dan restoran TomYam yang berjaya di serata negeri.
Rakyat Kelantan sendiri telah bosan mendengar khutbah dan ceramah PAS yang tidak pernah berani mengkritik diri mereka sendiri tentang tanggungjawab mereka sebagai kalifah Allah untuk memberi rahmat dan kebahagian kepada rakyat. Sebenarnya mereka telah bosan dengan kerajaan PAS yang cakap tak serupa bikin, yang terlalu banyak bercakap tapi tidak mampu menunjukkan kepimpinan politik dan pentadbiran negeri yang baik dari kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan UMNO/BN.
Katakan Najib ikhlas, cakap dan niatnya yang baik itu sudah mendapat satu pahala, baik ia dilaksanakan atau tidak. Bila ia dibuat, maka bertambah lagi pahalanya.
Kalau niatnya untuk menumbangkan kerajaan Islam, maka belum diberi dosa. Apabila dilakukannya sesuatu bagi menumbangkan kerajaan Islam, barulah dikira dosanya.
Analogi ini dibuat kiranya kerajaan PAS itu diterima di sisi Allah sebagai kerajaan Islam. Kalau Allah menerimanya sama saja dengan kerajaan BN, maka padamlah analogi itu.
Mari kita analisa cakap Najib itu, apakah ia satu dasar atau satu propaganda?
Kiranya ia satu dasar, menegakkan negara ini sebagai satu pusat tamadun Islam yang terbilang, maka tidaklah perlu BN menunggu Kelantan jatuh kepadanya. BN boleh bantu kerajaan kerajaan PAS melaksanakannya. Seperti yang dijanjikannya, membantu membina masjid di Kelantan dengan perbelanjaan Kerajaan Pusat.
Tidak menunggu Kelantan jatuh kepada BN, Kerajaan Pusat lakukan apa yang patut dan jangan halang apa yang kerajaan Kelantan mahu laksanakan. Jangan sekat usahanya melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (II) dan lain-lain.
Tetapi tak mengapalah sikap BN itu kerana ia enggan menerima kerajaan PAS itu berdasar Islam, hingga hudud yang Islam itu dikatakanya sekadar hudud PAS saja, bukan hudud yang dituntut oleh Islam.
Komen:
Untuk mengabui mata rakyat Kelantan khasnya dan orang Melayu amnya kerajaan PAS meluluskan hukum hudud yang ditokok-tambah oleh mereka sendiri dan bukannya hukum hudud yang berlandaskan Islam dan Al-Quran sepenuhnya. Hukum hudud yang dicipta mereka seolah-olah merupakan hudud yang paling penting untuk mendidik rakyat Kelantan mencintai Islam dan kerajaan PAS! Memang jelas disini terdapat banyak masalah kecurian di negeri Kelantan akibat kedaifan rakyat hinggakan mereka terpaksa melaksanakan hukum hudud. Bagaimanakah kita mampu menerima hukum hudud PAS ini jika ianya tidak langsung berteraskan ajaran Islam Allah dan Al-Quran tetapi lebih kepada ciptaan PAS sendiri.
Kiranya Umno dan BN Najib ini bukan lanjutan Umno Tunku, Tun Razak dan Dr. Mahathir yang bebas dari kecenderungan Islam; sebaliknya Umnonya menyambung dasar Islam yang cuba diterapkan Anwar Ibrahim, maka hasrat menjadikan pusat tamadun Islam terbilang adalah satu permulaan yang baik.
Ini bererti menegakkan pusat tamadun Islam itu adalah dasar yang penting. Ia perlu dilaksanakan sebagai pelancaran koridor wilayah ekonomi selatan, utara dan pantai timur itu.
Kerana Kelantan di bawah pentadbiran PAS, maka BN Najib tidak dapat laksanakan justeru itu ada dasar dan programnya sendiri. Kalau yang Najib kata itu adalah perjuangannya, maka tidaklah perlu dia menunggu Kelantan jatuh kepadanya.
Tidak semestinya pusat tamadun Islam terbilang itu ditegakkan di Kelantan. Ia boleh ditegakkan di mana-mana di
Komen:
Bodoh! Kelantan dipilih kerana dikatakan Serambi Mekah dan merupakan tempat PAS yang kononnya menjadi pusat tamadun Islam. Jadi inilah negeri yang paling sesuai. Lagipun bagus bila lihat orang luar lebih berjaya dari tuan rumah sendiri. Supaya tuan rumah PAS sedar yang mereka merupakan satu parti yang tidak mempunyai kepentingan pada rakyat dan perlu pupus daripada terus meranapkan minda rakyat Kelantan.
Kita ingin lihat bagaimana melatahnya PAS bila kuasa luar masuk menjajah kawasannya hingga mereka terpaksa merempat dalam tanah jajahan mereka sendiri. Mungkin kita boleh saksikan nanti ada golongan PAS yang sangup bunuh diri kerana malu tanah jajahan mereka yang satu ini akhirnya terlepas dari tangan mereka sendiri semudah menampar nyamuk dalam kelambu.
Bukankah umat Islam Kedah itu sama hebat cita-citanya dan pegangannya dengan umat Islam Kelantan. Sejak sebelum Umno berkuasa, Kedah adalah antara negeri yang banyak sekolah pondok. Jika Kelantan ramai tok guru, Kedah pun ramai tok guru. Kalau Universiti Azhar di Mesir penuh dengan budak-budak Kelantan, maka budah Kedah pun bersepah-sepah di Mesir,
Apa salahnya Najib jadikan Kedah sebagai pusat tamadun Islam terbilang seperti yang dijanjikan di Kelantan itu? Bukankah Kedah diperintah oleh Umno dan BN sejak negara ini mengenal pilihan raya demokrasi. Buatlah di Kedah pusat yang dijanjikan di Kelantan itu.
Kedah dan lain-lain negeri sudah ada dalam tangannya. Buat apa saja yang hendak dibuat. Tidak perlu tunggu Kelantan kerana belum tentu Kelantan boleh ditawan atau tidak.
Kalau Kelantan tidak dapat ditawan, maka sampai bila rancangan itu hendak ditangguh?
Pusat tamadun Islam itu tidak semestinya di Kelantan saja. Ia boleh ditegakkan di mana-mana.
Komen:
Perengan di atas jelas menunjukkan PAS Kelantan semakin takut dengan tindakan kerajaan mengambil alih tampuk pimpinan Kelantan. Jika di baca perenggan-perenggan di atas memang tak dinafikan lagi betapa takut dan gementar mereka menantikan tanah jajahan mereka dirampas UMNO/BN tidak lama lagi.
5 comments:
CADANGAN YANG BAIK UNTUK MEMBINA PUSAT TAMADUN ISLAM TERBILANG ADALAH SUATU PENGIKTIRAFAN KEPADA NEGERI KELANTAN SEBAGAI SEBUAH NEGERI YANG MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP ISLAM DALAM KEHIDUPAN..
APA YANG HENDAK DIKISAHKAN KALAU HASRAT KERAJAAN UNTUK MEMBINA PUSAT ISLAM TERSEBUT DI KELANTAN LAGIPUN KELANTAN PERLU ADA PUSAT-PUSAT TAMADUN ISLAMA YANG SEBEGITU UNTUK PERKEMBANGAN ISLAM YANG LEBIH UNGGUL DAN TIDAK MUSTAHIL UMMAT ISLAM AKAN LEBIH BERDAYA SAING DAN LEBIH INTELEKTUAL..
SEKURANGPKURANGNYA PUSAT ISLAM ITU BAKAL MENJADI PUSAT PENGUMPULAN DAN PUSAT RUJUKAN UNTUK BANYAK PIHAK YANG SENTIASA BERMINAT UNTUK MENDALAMI ILMU-ILMU ISLAM..
SECARA TIDAK LANGSUNG INI AKAN MENJADIKAN KELANTAN SBG PUSAT TUMPUAN BG PELANCONG TIMUR TGH DAN NEGARA-2 ISLAM YANG LAIN..
JANGAN KITA PERTIKAIKAN KENAPA KERAJAAN TIDAK MEMBINNA P.T.I DI KEDAH ATAU DI NEGERI-NEGERI LAIN..KELANTAN ADALAH NEGERI YANG PATUT BERSYUKUR.. HASRAT MURNI MEMBINA P.T.I INI KIRA MOLEK DAN BERTEPATAN LAH DGN STATUS RAKYAT KELANTAN YANG MEJORITINYA BERUGAMA ISLAM..
KALAU DIBINA PUSAT DISKO NANTI KERAJAAN PAS TAK SUKA RAKYAT PUN TAK SUKA.. HABIS BINA PUSAT ISLAM INI TAKKAN TAK BOLEH DAN PAS TAK SUKA..KALO NAK MENGHARAPKAN KERAJAAN PAS UNTUK MEMBINANYA LAMBAT LAGILAH ENTAH-ENTAH ISLAM TAK BERKEMBANG DGN BAIK LAH..NI PASAL TUAN KENA FIKIR BETUL-BETUL LAH ..BUKAN SEMUA YANG KERAJAAN BUAT ITU SLAH DAN TAK BETUL..
KALAO KITA SALAH TAFSIR PENDAPAT DAN PANDANGAN SESEORANG DAN KITA PULAK BUAT STATEMENT YANG SERONG.. SIAPA SEBENARNYA YANG SALAH DAN SILAP.. BUKANKAH BERDOSA BESAR KALAU KITA SALAH MENYAMPAIKAN FAKTA-2 YANG BENAR DR PIHAK KERAJAAN...
MEMANG SELAMA INI KERAJAAN INGIN MEMASTIKAN KELANTAN ADALAH BERADA DIBAWAH BN..INI BAGI MEMUDAHKAN PROSES PENTADBIRAN DAN
PEMERINTAHAN DIBUAT.. TIDAK PERLU UNTUK BERTENGKAR DGN PAS KALAU HENDAK BUAT SESUATU KEPUTUSAN.. SEKURANG-KURANGNYA KERAJAAN MAMPU MENJADIKAN KELANTAN SEBAGAI SEBUAH NEGERI YANG SETANDING NEGERI MAJU YANG LAIN..
DAN SEBETULNYA DALAM PROSES PILIHANRAYA KITA FAHAM DAN MAKLUM KALAH MENANG ITU ADLAH KUASA YANG ADA PADA RAKYAT.. TUGAS DATO' SERI NAJIB HANYALAH BERKEMPEN DALAM PILIHANRAYA UNTUK MEMASTIKAN KERAJAAN BN MAMPU MEMPERTINGKATKAN KUASA DAN MEMPERKUKUKAN KEDUDUKAN SEBAGAI PEMERINTAH BANGSA MELAYU DI NEGARA INI..DAN PADA MASA YANG SAMA BN BANGSA MELAYU DI KELANTAN AKAN DAPAT DISATUPADUAN DAN TIDAK TIMBUL TANGGAPAN BURUK TERHADAP RAKYAT KELANTAN BILA BERDA DI NEGRI LUAR..
KALAU BENAR PAS BERKONSEPKAN KERAJAAN ISLAM..RAKYAT SEMESTINYA TAHU UNTUK MEMILIH MANA SATU KERAJAAN YANG BETULL..DAN KALAU HANYA BOLEH BAWA ISLAM TETAPI TIDAK BOLEH HENDAK MEMARTABATKAN ISLAM SEANTERO NEGARA DAN DUNIA JADI WAJARLAH PEMERINTAHAN ITU DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN BN..
MELALUI HASRAT UNTUK MEMBINA P.T.I INI RAKYAT JUGA PERLU BIJAK MENILAI SIAPAKAH YANG LEBIH TELUS MEMARTABATKAN ISLAM DAN MEMBANGUNKAN ISLAM SECARA AMNYA..
BEZAKANLAH PAS NG BN..
SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM..TETAPI APA YANG DIBANGUNKAN PUN TAK TAHU DN SELALU TERBENGKALAI..PAS JUGA SUDAH PASTI KATANYA TAK MENOLAK ASPEK PEMBANGUNAN..TETAPI BIARLAH SEIRING DGN ISLAM.. JADI ADAKAN PUSAT TAMADUN ISLAM INI TIDAK SEIRING UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM.. SUDAHLAH PAS.. KORANG TUNGGU DAN LIHAT JELAH BAGAIMANA KERAJAAN MEAJUKAN ISLAM DAN MEMBOLEHKAN ISLAM ITU TERUS MAJU DI TANAH AIR SENDIRI TANPA ADA KACAU BILAU DAN HRU-HARA..
SEMAU AGAMA DAPAT HIDUP BHW SATU NAUNGAN PEMERINTAH ISLAM DAN SEMAU BANGSA DAPT BERSATU BWH PAYUNG KALIMAT AGONG YANG MAHA ESA..
CUMA SATULAH BAGAIMANA KITA BERUSAHA UNTUK MEMEPRTINGKATKAN DAKWAH ISLAMIAH UNTUK ORANG-ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM ITU YANG PERLU DIPERGIATKAN UNTUK MEMASTIKAN BHW AGAMA ISLAM ITU ADALAH TIKET UTAMA UNTUK KE SYURGA.. IBADAH DAN ILMU KUNCI UTAMA UNTUK KESYURGA..
JADI PEMBINAAN PUSATPUSAT TAMADUN ISLAM INI ADALAH JALAN TERBAIK UNTUK MELAHIRKAN USAHA KE ARAH ITU..DAN TIDAK MUSTAHIL SELEPAS KELANTAN BERJAYA DILONJAKKAN DGN PUSAT TAMAUN ISLAM MAKA INI AKAN DIIKUTI OELH NEGERI-2 LAIN..
Inilah bukti bahawa kerajaan tidak pernah ketepikan pembangunan di Kelantan biarpun negeri tersebut di bawah payung pembangkang PAS.
Inilah juga masanya kerajaan PAS sahut cabaran dari kerajaan pusat...
apa yang dibuat kerajaan walaupun baik namun dilihat buruk di kaca mata PAS...PEDULIKA PAS, TERUSKAN AGENDA MULIA KERAJAAN !!!
PAS umpama melukut di tepi gantang, ada tak ada pun sama saja... apa pun depa dok kata kat kerajaan, kerajaan tetap perteguhkan kedaulatan dan majukan pembangunan. Cuma PAS aje yang mundur...
aku nak jumpa atantuya disyorga BN
Post a Comment