Dipetik dari http://www.harakahdaily.net
PAS sangsi Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan negara sekiranya BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terus mendapat mandat mentadbir negara.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa meminta supaya BA diberi peluang memimpin negara, sekaligus menyelesaikan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kerajaan BN.
Menurutnya lagi, lebih lama masa diberikan untuk kepimpinan lemah seperti Abdullah, negara akan kehilangan arah tuju yang lebih jauh.
"Saya rasa rasa kepimpinan lemah kalau diberi seribu tahun juga tidak akan selesai masalah, malah masyarakat akan terus menjadi mangsa," katanya ketika diminta mengulas oleh wartawan berhubung permintaan Abdullah untuk mendapat mandat baru dalam pilihan raya umum nanti.
Perdana Menteri antara lain menyatakan bahawa beliau memerlukan masa untuk menunaikan program pembangunan yang dijanjikannya.
Menurut Abdullah, program pembangunan BN yang sedang dirancang memerlukan masa yang panjang (antara 20 hingga 30 tahun) sebelum dapat dinikmati rakyat.
Komen:
Parti PAS semakin tertekan dengan kerajaan BN yang mula menaruh harapan untuk mendapatkan mandat besar dari rakyat pada pilihanraya akan datang. Kerungsingan PAS mula jelas apabila pelbagai bentuk tomahan dilemparkan untuk memburukkan lagi Kerajaan yang mula memberi perhatian memulihkan keadaan di negeri Kelantan khasnya yang setelah hampir 18 tahun ditadbir oleh pembangkang tanpa sebarang pembangunan yang membanggakan.
Kegigihan Kerajaan membangunkan Kelantan adalah dilihat sebagai satu usaha untuk menegakkan keadilan kepada rakyat Kelantan. Tindakan Kerajaan memasukkan Kelantan sebagai salah satu negeri yang akan menerima arus pembangunan dan mewujudkan pelbagai sektor ekonomi, sedikit sebanyak menjanjikan rakyat Kelantan mampu hidup dengan lebih selesa serta dapat menambahkan lagi pendapatan mereka melalui pelbagai usaha serta dasar Kerajaan yang telah pun dirangka khas demi memastikan tiada lagi kedaifan dan kemunduran di dalam Kelantan selepas penyingkirkan PAS kelak.
Kenyataan Husam Musa yang suka bercakap besar dengan mengatakan merekalah yang lebih kuat dan sesuai untuk mentadbir negara adalah jauh terpesong kerana kekuatan kerajaan sehingga ke hari ini belum mampu ditumbangkan oleh mana-mana parti termasuk PAS sendiri. Jelas siapa lebih kuat dan siapa lebih lemah, BA atau BN?
Jika dikaji, tidak ada projek Kerajaan yang terbengkalai sehingga memakan masa lebih 20-30 tahun, tidak seperti projek- projek yang dijalankan oleh PAS, semuanya projek hancur dan tiada kesudahannya. Buktinya PAS membangunkan Kelantan seperti “kura-kura”. Terdapat banyak projek yang dijalankan PAS yang akhirnya terbengkalai dan lenyap begitu saja disebabkan kegoblokan mereka memantau projek-projek tersebut dan juga disebabkan berleluasanya penyelewengan kewangan dalam projek tersebut. PAS juga daif akalnya dalam memikirkan cara untuk menjana ekonomi baru pada negeri dan rakyat Kelantan. Tidak ada pembangunan yang membantu rakyat Kelantan walaupun sebuah masjid.
Selama ini, rakyat Kelantan sudah lama menderita di bawah pimpinan pembangkang kerana tidak banyak perubahan mampu dilakukan untuk membasmi kemiskinan dan menaikkan taraf hidup masyarakat Kelantan. Malah lebih jelas lagi apabila majoriti golongan belia Kelantan terpaksa berpindah ke bandar semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan untuk membantu menaikkan taraf hidup mereka.
Adalah tidak wajar sama sekali rakyat memilih PAS jika usaha PAS dilihat sekadar memegang pemerintahan negeri Kelantan tetapi mereka tiada usaha dan mempunyai idea bernas untuk membentuk masyarakat yang lebih dinamik dan professional dalam negeri.
PAS perlu sedar dan insaf dengan kemunduran serta kedaifan dalam pimpinan mereka Jika mandat tidak diberikan kepada kerajaan BN, maka rakayt Kelantan akan lebih menderita kerana PAS hanya taksub pada kuasa memerintah tetapi bodoh dalam menjana pembangunan negeri.
Hingga ke-hari ini, kerajaan sudah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan pelbagai pemasalahan yang timbul diseluruh negara. Ini merupakan satu tanggungjawab besar pemimpin yang harus dipuji kerana sentiasa kekal memegang amanah dari rakyat.
Setiap isu yang timbul mendapat perhatian dari kerajaan dan kerajaan sendiri tidak pernah mengambil mudah permasalahan yang timbul demi menjaga kepentingan rakyat. Ambil contoh berita kehilangan adik Sharlinie, kerajaan tampil dengan pelbagai usaha untuk membantu dan memperhebatkan usaha mencari mangsa.
Husam mengingatkan untuk pilihan raya umum yang dijadualkan dalam masa terdekat ini perlu di wujudkan perimbangan kuasa antara pemerintah dan pembangkang dan bukannya mandat besar kepada pemerintah sekali lagi.
"Masalah paling besar selePAS pilihan raya umum 2004 ialah kerana terlebih kuasa atau 'over power' di mana BN ada kerusi 90 peratus di parlimen dan di beberapa negeri sifar pembangkang ," katanya.
Ini katanya menyebabkan BN merasa selesa dan tidak perlu bersungguh-sungguh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat dan negara.
"Kita kena kena imbang kuasa, baru keluar peluh ya, kalau tidak berpeluh banyak lemak dan machinery tidak berjalan," ujarnya lagi.
Komen:
Mana ada dalam dunia ni dua orang pemimpin yang berkongsi kuasa. Satu pembangkang dan satu kerajaan untuk memerintah sesebuah negara. Jika PAS nak seimbang kuasa, kelak punahlah negara dan huru-haralah politik negara seterusnya membawa kepada perpecahan dan pelbagai maslah besar yang mungkin sukar untuk dikawal serta kembali merosakkan negara. PAS seharusnya lebih berfikiran terbuka untuk menerima pandangan rakyat Malaysia yang jauh cerdik berfikir dari mereka dan sentiasa berpihak kepada BN. PAS perlu pertimbangkan hasrat mereka untuk berada di mata masyarakat kerana mereka sedikit pun tidak layak diberi peluang untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang. Ini perlu untuk mematikan usaha mereka untuk merosakkan negara dengan corak pimpinan yang ala-ala “Ali Baba” dari terus hidup dan merebak.
Husam memberitahu bahawa terdapat dua isu membabitkan pentadbiran Abdullah iaitu pertama - dasar-dasar yang tidak sesuai. Kedua - kepimpinan yang lemah.
Kepimpinan yang lemah, kata beliau membawa kepada hilang kawalan kepada isu-isu besar masyarakat termasuk hilang kawalan harga barang, jenayah, moral, dadah dan sebagainya.
Husam dengan nada yakin berkata BA mampu menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan BN, termasuk isu masyarakat India, sekiranya diberi peluang memerintah.
"Kita boleh selesaikan (isu masyarakat India!) kerana falsafah kita berbeza dengan BN. Kita beri keadilan kepada semua pihak dan tidak patut mana-mana pihak di biar tertinggal," tegasnya.
Husam menjelaskan sekiranya orang Melayu dapat dibantu untuk terus bersaing dalam aktiviti ekonomi dan arus pembangunan negara, orang India juga perlu diberi bantuan yang serupa.
Cuma menurutnya masalah yang timbul kini ialah pendekatan yang digunakan. Konsep pendekatan yang digunakan Umno hanya terbukti menghasilkan beberapa kerat Melayu yang kaya raya tetapi majoriti masih menderita.
"Konsep ini salah dari awal, diberi masa lebih lama memerintah lebih ramai akan menderita," katanya.
Islam ujarnya mengutamakan keadilan tanpa mengira ras dan kaum dimana semua rakyat mesti menerima hak mereka yang asas iaitu keperluan perumahan, kemudahan pendidikan dan peluang perekonomian.
Oleh itu masyarakat India perlu dibantu dengan kemudahan perumahan, biasiswa pendidikan, pinjaman kewangan dan sebagainya.
Beliau menegaskan sekiranya Kerajaan Pusat masih tidak mempunyai formula untuk membantu masyarakat India terutama golongan pekerja estet, kelompok kaum itu akan terus daif, termasuk anak-anak mereka.
Komen:
Bercerita tentang teori kepimpinan BN, mungkin PAS juga terlupa yang parti mereka juga masih lemah dan daif untuk berdiri dengan sendiri. Apakah kekuatan yang ada pada PAS? Mereka sendiri tidak kurang lemahnya untuk mentadbir negara berlandasakan Islam. Mewujudkan kepimpinan yang benar-benar Islam, membina masjid untuk orang Islam, membela nasib kaum melayu di Kelantan yang rata-rata daif dan miskin, Adakah PAS terlupa akan kekurangan yang ada pada mereka?
PAS perlulah berpijak dibumi yang nyata. Pilihanraya diadakan bukan tempat untuk membalas dendam. Sebaliknya parti PAS perlu terima dengan hati terbuka yang parti mereka sudah lama ditolak oleh rakyat dan tidak sesuai untuk memerintah negara ini. PAS perlu akur pada kuasa pilihanraya yang meletakkan kuasa itu ditangan rakyat dan hanya rakyat yang menentukannya.
5 comments:
Islam Hadhari yang di bawa oleh Kerajaan tidak menyebut tentang pelaksanaan hukum yang telah wujud pada zaman nabi, hukum hudud. Hanya menyebut tentang prinsip yang 10, saya tahu anda menyokong kerajaan, tapi saya sebagai seorang islam ingin sangat melihat islam menjadi agama yang di amalkan keseluruhannya, bukan hanya separuh-separuh sahaja. saya tercari-cari suatu pihak yang mengambil berat tentang hukum allah, yang mana ingin mengamalkan islam secara keseluruhannya. hidup di dunia tidak kekal, apa saya nak jawab depan allah jika saya sokong orang tidak mengamalkan islam sepenuhnya.
terima kasih abu madani
bagus komen sedara
wahai pemuda2 UMNO
org kelantan tak pernah pun menderita kerana kepimpinan...
kekuatan PAS ada pada munajat,solat dan penyerahan pada Allah SWT
assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..... terima kasih kerana idea dari saudara Abu Madani... Sesungguhnya dalam artikel 10 dalam perlembagaan negara mengatakan bahawasanya setiap rakyat di Malaysia boleh mengemukakan pendapat dan mempunyai hak untuk bersuara. Maka dengan itu, terima kasih atas suara pendapat anda... apa yang saya ingin tekankan sekarang ialah kita juga perlu berusaha... selain dari berdoa dan bermunajat kepada Allah. sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berusaha dan bertawakal kepada Allah. sejarah juga mengajar kita dimana nabi kita Muhammad SAW ( selawat dan salam keatas junjungannya) akan berusaha dengan kudratnya dahulu lalu dia berdoa kepada Tuhannya Allah memohon keredaan. Maka, adalah jelas sekali usaha penting dan doa serta munajat adalah langkah terakhir SELEPAS KITA BERUSAHA..... salam muhibbah dari saya .... salam (wan lee)
maaf maaf bukan untuk madani tetapi untuk tautan_hati maaf yerrrrrrrrrrr
Bagi saya soal siapa yang perintah Kelantan tidak menjadi soal, apa salahnyer jika PAS memerintah Kelantan, lagi pun sudah 18 tahun diperintah. Soal pembangunan bagi Saya biarlah sederhana cuma yang penting kebajikan rakyat perlu diberi perhatian. Sebagai contoh Negeri Selangor apa yang saya lihat pembangunan yang keterlaluan menyebabkan rakyat terhimpit pula dari segi sosial dan kerohanian mereka tak kiralah apa bangsa pun. Contohnya banyak rumah - rumah ibadat apa agama sekali pun menghadapi masalah untuk dipindahkan apabila pembangunan terpaksa dijalankan. Bayangkanlah jika Kelantan itu sendiri dibangunkan seperti selangor, adakah rakyat mampu menghalang kebanjiran pekerja asing yang kita tahu banyak mendatangkan masalah sosial. Fikirlah dengan sebaik mungkin bukan menolak pembangunan tapi biarlah secara sederhana seperti pendekatan islam yang mana UMNO sendiri juga penjuangkan. Secara terus terang saya kurang senang dengan kehadiran 'Islam Hadari'. kalau nak menyaingi PAS sekali pun tak perlu wujudkan perkataan tambahan dalam islam. Islam kita dah lama wujud cuma laksanakanlah apa yang termampu, jika kita ikhlas insyaallah rakyat akan mampu menilai semula perjuangan UMNo untuk perjuangkan agama dan bangsa.
Post a Comment