Monday, January 7, 2008

Pengundi Melayu makan duit, tak makan isu

Dipetik dari http://www.detikdaily.net


Seorang lelaki yang umurnya melewati 60-an begitu mengkagumi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star sewaktu berkunjung buat pertama kalinya ke situ untuk melawat kenalannya yang sakit. Di hadapan pintu wad agak ramai pelawat dari pelbagai latarbelakang sedang berbual kosong menunggu pintu wad dibuka. Lelaki tadi terus rancak memperihalkan kehebatan dan kecanggihan Hospital Sultanah Bahiyah sekalipun segalanya telah tersergam di depan mata.

“Bukan sikit duit yang kerajaan belanja ni untuk bagi kemudahan kepada rakyat,” tiba-tiba terlontar perkataan dari mulutnya yang dapat mengesahkan sikap politiknya. "Itupun kerajaan dok tak betoi situlah (sentiasa tidak betul),” kata-kata itu memantapkan lagi identiti politiknya.

Seorang lelaki yang kelihatan agak muda dan kemas lantas menyahut: “Yang tak betul tu perkara lain pak cik, isu rasuah, salahguna kuasa, kurung orang tapi tak bicara, tindas sekolah agama... (panjang lagi senarai disebutnya). Soal bina hospital siapa memerintah pun dia kena buat, itu tanggungjawab. Duit buat hospital ni duit kita, duit cukai macam-macam yang kerajaan kutip dari kita, bukan duit poket Pak Lah. Dan kebajikan untuk rakyat yang kerajaan buat tak boleh tutup perkara silap lain yang depa buat.”

Komen:

Kepada lelaki muda yang kemas diluar tapi kusut minda politiknya, nasihat saya kalau tak tahu hal perjalanan politik dan mentadbir negara baik duduk diam-diam dan belajar politik dahulu. Nak lagi elok pergi belajar kursus-kursus politik seperti “Sains Politik” di universiti – universiti awam Malaysia supaya faham macam mana perjalanan politik negara sebelum nak sampaikan cerita-cerita merapu dan kolot macam di atas.

Kalau nak senang faham macam mana nak belajar menguruskan negara dan cara nak uruskan dana kerajaan membangunkan frasarana negara pergilah beli cd game “SIM-CITY” yang ada di pasaran sekarang, dan belajarlah macam mana nak agihkan wang untuk pembangunan infrastruktur dalam negara anda sendiri. Kalau main ini pun “Fail” baik hentikanlah nak tunjuk pandai. Ukurlah o-tak anda berapa jengkal mindanya yang boleh berfikir dengan waras.

Apa ingat duit yang kerajaan ada tu semuanya nak dihabiskan buat hospital. Nak majukan negara kena ada kepakaran untuk menilai kepentingan dan keperluan sesuatu kawasan untuk dimajukan, terutamnya dalam kes nak mendirikan hospital. Duit yang ada tak semestinya dilaburkan untuk pembangunan hospital, ada 1000 macam cara untuk rakyat menikmati kemewahan yang diberikan oleh kerajaan dan tidak semestinya untuk pembangunan hospital sepenuhnya.

Cuba lihat macam mana kerajaan PAS di Kelantan dah bertahun mentadbir Kelantan, berapa banyak masjid yang didirikan oleh mereka untuk rakyat setempat di bawah jajahan mereka. Kenapa tak suarakan masalah ini? Ini baru masjib belum kupas lagi berapa banyak hospital yang mereka dirikan kalau betul siapa yang memerintah bertanggungjawab menyediakan hospital untuk rakyat.

Nak buat kenyataan tu pikir le dulu jangan nanti kebodohan dalam diri terpancul balik kat batang hidung sendiri. Tu-le bila orang komplen anda bangang marah! Tapi memang dah bangang pun!

Macam ceramah libasannya. Ramai yang tersenyum sambil mengiyakan kata-kata lelaki itu. Seorang lelaki lain cuba mengalih suasana: “Sudah, sudah, bincang politik sampai bila tak habis.” Kebetulan pintu wad dibuka, kerancakan berbual terhenti di situ.

Sketsa pendek di atas bukanlah plot baru cerita politik di Kedah, mahupun di negara ini. Dailognya sentiasa berulang-ulang sejak sekian lama. Mungkin sejak sebahagian rakyat kenal apa itu demokrasi, sementara sebahagian lagi buta pemahaman terhadap demokrasi.

2 comments:

mail said...

semua orang tahu yang pembangunan di kelantan tidak pernah seiring dengan negeri-negeri maju yang lain...ini bukan apa negeri kelantan diperintah oleh pas dan lain-lain negeri kerajaan yang jaga dan bangunkan dengan segala keperluan dan kemudahan yang lengkap dan selesa..

ashraf haikal affendi said...

Buat wxsy..
Kerajaan BN tak pernah pilih kasih, tak kiralah sama ada Kelantan tu diperintah oleh PAS atau tidak tetapi Kerajaan pusat tetap bagi peruntukan utk perbelanjaan negeri, kalau tidak, tak kan lah dalam pembangunan wilayah pantai timur, masuk sekali Kelantan...masalahnya kerajaan PAS yang tak tahu berterima kasih dan tak reti menghargai pertolongan orang. Kerajaan Negeri Kelantan perlu sedar bahawa Kelantan makin mundur di bawah kepimpinan PAS..kalau lah Kerajaan Pusat tak bantu, alamat lingkuplah rakyat
negeri Kelantan...sebab tu ramai rakyat Kelantan terpaksa cari makan di negeri lain, tumpang kesenangan hasil kepimpinan Kerajaan BN. Seharusnya rakyat Kelantan malu menyokong PAS apatah lagi bila Kerajaan Negeri canang tahun 2008 tahun melawat Kelantan...negeri paling miskin dan kotor...senang citer ubahlah tampuk kepimpinan...