Tuesday, January 15, 2008

Ahli PAS Selangor jangan perasan sangat

Dipetik dari http://www.detikdaily.net - Oleh Din Tualang

Saya harap ahli-ahli PAS terutama di Selangor dan Kedah tidaklah perasan sangat dengan kekuatan sendiri apabila bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin meletakkan dua negeri itu sebagai bermasalah buat Umno.

Saya tak pasti Daim mendapat maklumat dari mana tentang kedudukan Umno-BN di negeri berkenaan, termasuk Pulau Pinang. Mungkin ia cetusan nuraninya sendiri sebab saya kira Daim tidak mempunyai akses kepada data-data perisikan mengenai perkembangan politik semasa.

Saya terpaksa sebutkan hal ini kerana sudah ada tanda-tanda ahli-ahli PAS di Kedah dan Selangor yang mulai berangan-angan untuk melihat kedua-dua negeri itu akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Bukan saya menidakkan takdir Tuhan, tetapi berdasarkan kerja kita selama ini, terutama di Selangor, usahlah meletakkan harapan (impian atau angan-angan) yang tinggi tanpa melakukan suatu usaha luar biasa dalam waktu singkat ini.

Komen:

Ini semua kes Angan-Angan Mat Jenin. Berangan nak menang besar tapi sebenarnya satu apa pun tak boleh nak harap. PAS Selangor dan Kedah rasanya lebih baiklah kaji dahulu selok belok perjalanan parti korang, apa dah cukup kuat ke nak menentang. Fikirkanlah apakah sumbangan yang korang mampu nak buat, apakah corak pentadbiran korang sesuai dalam keadaan sekarang. Berangan tak salah tapi kalau korang berangan hingga nampakan kebangangan korang apa ke jadahnya?

No comments: