Tuesday, January 15, 2008

Masyarakat India mula buang politik takut – Mahfuz

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net

Masyarakat India negara ini mula membuang sindrom 'politik takut' dan cuba menghulurkan politik harapan dan keyakinan terhadap kepimpinan PAS dan BA dalam pilihan raya umum nanti, tegas Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Menurut beliau, perubahan itu dilihat apabila lebih 700 masyarakat India hadir mendengar ceramahnya di pekan Meru, baru-baru ini.

Katanya, oleh itu PAS mesti membentuk keyakinan masyarakat bukan Islam bahawa ia sememangnya boleh memerintah negara bukan hanya sekadar memberi harapan kepada mereka.

Komen:

Pergolakan antara kebenaran dan kemungkaran bermula sejak Iblis menolak perintah Allah SWT untuk sujud kepada Adam. Maka, Iblis bersumpah untuk menyesatkan umat manusia, kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas mendapatkan perlindungan dari Allah SWT.

Allah SWT menjelaskan "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia) ...." (Al-An’aam: 112).

Firman Allah SWT, "Dan katakanlah: 'Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.' Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." ( Al-Isra' : 81).

Jika Pas serta anggotanya benar-benar mencerminkan ajaran Islam dan etika keislaman, pelaksanaan Islam di Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas hanyalah kesinambungan kepada penghayatan Islam di dalam Pas itu sendiri.

Jika tidak, berlakulah seperti apa yang berlaku sekarang. Pas bukan saja gagal membuktikan niatnya menegakkan negara Islam tetapi pemimpin Pas berlumba mengambil kesempatan untuk mengkayakan diri sendiri. Untuk menutup kelemahan, pemimpin Pas menyebarkan dakyah palsu bagi memutar-belitkan kebenaran dan gimik mengajak masyarakat bukan Islam (HINDRAF) menyertai perjuangan PAS hanyalah semata-mata untuk mengambil kesempatan atas masyarakat (HINDRAF) tersebut

"Kaum India dan Cina mahu melihat kemampuan dan keupayaan PAS memerintah bukan hanya sekadar memberi harapan saja," katanya.

Dalam ceramah tersebut katanya, kehadiran masyarakat India begitu menggalakkan berbanding sebelum ini.

"Ini suatu yang mengejutkan berlaku di Meru. Saya anggap orang India hanya pengundi setia MIC dan tidak akan pernah berganjak," tegasnya.

Ini kerana katanya, dalam pilihan raya jarang orang India akan bersimpati dengan memberikan undi kepada calon PAS.

Bagaimanapun, tambah beliau, kehadiran masyarakat India dalam ceramah tersebut menunjukkan bahawa mereka tidak lagi berasa takut dan prejudis terhadap PAS.

Mahfuz berkata, mereka mendapati kepimpinan PAS dan BA lebih terbuka dan menjamin perpaduan serta kehidupan selesa dalam sebuah negara.

Justeru, kata beliau, ini masa yang terbaik bagi pemimpin PAS di semua peringkat mendekati masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

"Jika kita mahu menikmati kejayaan, kita mesti turun berjumpa dengan rakyat melihat apa masalah mereka dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya," katanya. - tajdid

2 comments:

ashraf haikal affendi said...

PAS mula mencipta pelbagai spekulasi dan isu untuk memanaskan suasana dan mula mencari publisiti murahan khusus untuk pilihan raya

mail said...

dah tak der cara lain yang terbaik untuk pas meramaikan ahli penyokong diorang, maka gunakan kaum india untuk meyakinkan parti mereka yang kononnya membela dan memperjuangkan bangsa yang lemah..
maka timbulah byk spekulasi yang mengkaburkan pandangan rakyat jelata seluruh alam.. akhirnya dalam kekaburan itu pas jugak buntu dan kempunan sbb xder ape yang diorang dpt kecuali ckp besar.