Dipetik dari http://www.detikdaily.net
Akhirnya teka-teki yang mengaitkan video seks di Johor dengan seorang ahli MCA yang juga menteri dalam kabinet Abdullah Badawi diakukan.
Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan
Semua manusia melakukan kesilapan. Itulah sebabnya isteri dan anak-anak telah memaafkan Chua dan masih menerimanya sebagai ketua keluarga.
Biarlah Chua sebagai seorang yang bukan Islam mempertahankan tindakannya itu. Biarlah dia berusaha membebaskan dirinya mungkin dengan keampunan agamanya. Itu adalah haknya.
Walau apapun, beliau tidak dapat lari dari tanggungjawabnya sebagai salah seorang pemimpin di negara timur.
Namun apa yang menghairankan kita adalah gelagat beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua UMNO Bahagian Chua sendiri yang begitu bersemangat mempertahankan Chua.
Komen:
Sokongan yang diberikan oleh beberapa pemimpin UMNO termasuklah Ketua Bahagian adalah menjurus kepada sokongan moral kepada Chua Soi Lek disebabkan dirinya telah diperangkap oleh rancangan jenayah yang bertindak menjatuhkannya.
Lihat sahaja pada parti pembangkang Nik Aziz yang pernah mengeluarkan kenyataan berbaur menghina Islam yang menyatakan bahawa Allah Samseng. Sungguh pun PAS sering mempergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka dan sering juga menyalahtafsirkan Islam, ungkapan karut tersebut berlaku ialah kerana kedaifan dan kenaifan mengenai Islam terutama dalam hal-hal yang membabitkan ilmu yang tinggi. Berapa ramai yang bertindak menyokongnya tidak kira yang celik ilmu agamanya atau tidak walaupun terang-terang ungkapan yang dinyatakan beliau ditafsirkan menghina Islam.
Kalau Nik Aziz hadiri perasmian kuil Buddha yang mempunyai patung terbesar di
Kalau Mat Sabu boleh bertindak berkhalwat dengan isteri orang di Hotel Perdana. Takkan kita dah lupa kisah dia dulu. Walaupun kes tersebut dia terlepas tetapi fakta kes jelas dia berada di dalam bilik bersama perempuan si Normah itu.
Penahanan yang berkeadaan dua orang insan yang bukan mahram di dalam sebuah bilik hotel tanpa memakai tudung tidak ada kesangsiannya lagi. Bermakna perkara tersebut memang berlaku.. Berceramah atas pentas bukan main baca ayat Al Quran, konon berjihad dan berapi-api tetapi khalwat dengan bini orang. Teruknya Islam ala Mat Sabu tu pun ramai yang sokong dia walaupun dah terang-terang bersalah di sisi Islam.
Berfikirlah secara rasional. Janganlah akibat terlalu pelahap hendak berpolitik kalau tak tahu berfikir. Kalau nak berdakwah dakwahlah secara Islam yang tiada paksaan dalam berdakwah, berlembut dan berhemah.
Apa salah mengaku silap seperti Cua Soi Lek? Itulah sahaja beza antara ilmuan sebenar dengan ahli politik. Seorang ilmuan tidak akan segan silu mengaku salah bila ia salah manakala seorang ahli politik mempunyai banyak pertimbangan terutamnya pertimbangan politik diri dan partinya.
Apakah nilai yang diambilkira oleh kepimpinan UMNO bahagian berkenaan ?
Budaya mengatasi hukum atau hukum mengatasi adat ?
Pada saya, sudah tentu sikap dan tindakan Chua itu akan dipuji. Bukan sahaja ia mengaku perbuatannya yang dikira melanggar tatasusila kebudayaan timur, malah ia memohon maaf kepada keluarga dan berjuta rakyat
No comments:
Post a Comment