Tuesday, January 8, 2008

Nik Aziz aku tidak bina masjid

Dipetik dari http://www.agendadaily.net

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa PAS tidak membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya di Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak atau membinanya terlebih dahulu.

"Kalau beri, kita tak beri semua (peruntukan), kita beri yang padan (mampu) dengan kita saja. Demo (rakyat) buat dulu masjid, beli tanah dulu baru kita beri (peruntukan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Kampung Telosan di Pasir Putih Sabtu.

Komen:

Macam mana nak diungkapkan hal ini. Berkobar-kobar diluar memperjuangkan hak Islam tetapi di dalam tanah jajahan sendiri satu masjid pun tak mampu nak dibina. Masjid negeri pun tak mampu nak bina macam mana nak bantu rakyat bina infrastruktur lain.

Sumber Uthmaan b. Affan, katanya: Siapa membinakan sebuah masjid kerana Allah(dengan iklas), nescaya Allah akan membinakan untuknya seumpamanya syurga

Di samping itu Nabi SAW bersabda:

Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Sebagai parti yang kononnya memperjuangakan umat Islam, PAS tidak mampu membina masjidnya sendiri untuk kemudahan rakyat tanah jajahannya hingga mengharapkan rakyat sendiri mencari tapak atau tanah sebelum sesuatu masjid itu akan dibina oleh kerajaan. Apa kerajaan Kelantan tak cukup ke tanah nak dibangunkan menjadi masjid. Daif sungguhkah PAS hinggakan tak mampu nak mendirikan masjid. Duit yang banyak dilaburkan rakyat Kelantan kemana perginya hinggakan masjid yang kecil pun tidak mampu dibina. Hinggakan tak ada duit untuk mencari tapak tanah masjid.

Ini baru Kelantan yang merupakan tanah jajahan mereka, bayangkan bagaimana kalau mereka mentadbir Malaysia. Punah semuanya satu infrastruktur rakyat pun pasti tak termampu mereka nak buat.

Lain kali jangan bermimpi kaya nak terbang ke langit kalau di bumi pun daif tak sedar-sedarkan diri!

Khamis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sikap kerajaan PAS Kelantan yang melaungkan slogan Membangun Bersama Islam namun hakikatnya gagal walau untuk membina sebuah masjid di negeri itu.

Satu-satunya masjid yang dibina kerajaan negeri di Rantau Panjang juga masih lagi terbengkalai sejak tiga tahun lepas.

Komen:

Harapkan slogan je “Power” tapi habuk pun tarak! Tapi yang peliknya mereka masih nak bermegah-megah konon merekalah yang hebat walupun jika dikupas kelemahan mereka jelas terpampang kelemahan mereka. Bukan nak kata tutup dengan lalang, tutup dengan daun tahi ayam pun nampak terang!

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebaliknya menyalahkan kerajaan pusat dalam perkara ini kerana tidak menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada kerajaan Kelantan bagi melaksanakan projek pembangunan.

"Sepatutnya kerajaan pusat yang salurkan peruntukan kalau kewangan kerajaan negeri tidak mencukupi bagi melaksanakan sesuatu projek," katanya .

Komen:

Kerajaan pusat ke yang tak cukup bagi peruntukan atau wang peruntukan itu disalurkan ke jalan yang lain. Kenapa negeri lain semua mampu je nak bina masjid. Tak ada apa-apa masalah pun! Cuma kat Kelantan je banyak masalah. Dah terpampang sekarang yang mereka hanya pandai berkata tapi bab nak implement langsung tak boleh harap! Tunggu jer BPR masuk Kelantan nanti baru tersembul keluar berapa banyak najis rasuah yang dah ditelan oleh mereka.

Rakyat jajahan sendiri pun tak boleh nak jaga lebih baik turun takhta bagi kat BN perintah sepenuhnya. Nescaya rakyat aman hidup sentosa.

3 comments:

WaZiRai said...

Dipetik dari http://www.isuhot.com


Nik Aziz memalukan pembangkang!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah contoh pemimpin pembangkang yang memalukan pembangkang kerana sering mengeluarkan kenyataan tak masuk dek akal.

Terbaru ialah artikel di dalam Utusan Malaysia bertarikh 6 Januari 2008 yang bertajuk "Nik Aziz mengaku Pas tidak pernah bina masjid".

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas itu, kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membina masjid baru.

Rakyat yang harus menyediakan tapak dan membinanya terlebih dahulu dan kemudian barulah kerajaan negeri memberi sekadar mampu.

Itulah antara ulasan yang mampu diutarakan oleh Nik Aziz sebagai menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangun Bersama Islam tetapi gagal membina masjid di negeri Kelantan.

Di samping itu, Mursyidul Am Pas itu menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak menyediakan peruntukan secukupnya kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Kerajaan negeri seharusnya tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan sebaliknya memikirkan cara-cara untuk menjana ekonomi bagi membantu rakyat dan juga diri sendiri.

Rakyat mengundi dan memilih pemimpin agar dapat membantu dan membela nasib mereka tetapi jika kerajaan Pas hanya membiarkan rakyat hidup susah tanpa apa-apa bantuan, apa gunanya menjadi pemimpin di Kelantan?

mail said...

sedar atau tidak soal pembinaan masjid pada asasnya dibina dan diperuntukkan oleh kerajaan negeri lain benar dengan cerita yang berlaku kat negeri kelantan.. sangat-sangat memalukan apabila masjid yang menjadi tempat ibadah ini hanya dibina oelh rakyat tempatan dan sebahagian kecil sahaja peruntukkan disalurkan untuk membantu menyiapkan masjid..
Apakah agenda kerajaan pas yang benar-benar selama ini memperjuangkan islam. Apa mereka ingat islam tertegak dengan cara bercakap kosong saja..kalau masjid tak dibina maka, bagaimana pula islam nak berkembang dan bagaimana pula umat islam nak melaksanakan ibadah mereka.... ini bukan salah siapa hanyan kerajaan pas saja yang selama ini tak ambil peduli soal pembangunan kpd rakyat.. termasuk mengabaikan soal pembinaan masjid.. takkan dalam usia 18 tahun memerintah satu masjid pun tak dapt dibina.. hanya berserah kpd rakyat yang mempunyai hati pemurah dan tanah yang banyak baru boleh dibinan masjid??
kalau lemah darisegi pentadbiran tak perlu untuk pas beria-ia sangt..ni dah memalukan umat islam di Seluruh pelusuk kelantan...

Aznil AS Saari said...

Bina masjid atau imarahkan masjid? Masjid ni tempat bersolat. Kalau bina banyak2 tapi jemaahnya kurang, tak bagus. By the way, di Kota Bharu sahaja, terdapat sebuah masjid selang 1 KM di setiap mukim. Bila solat Jumaat, setiap masjid ini penuh dan makmumnya terdiri dari permastautin. Bukankah solat Jumaat itu memerlukan 40 org yang bermastautin? Tidak ada keperluan membina Masjid baru berbillion ringgit yang hanya digunakan untuk menarik pelancong. So, persoalan disini, kecoh2 bina masjid pastu tayang kat orang tu, kenapa?

last, sila baca link ini untuk mendapat penjelasan lanjut berapa banyak masjid yang telah dibina oleh kerajaan PAS:
http://epemudapas.wordpress.com/2008/01/26/masjid-kenyataan-najib-ditertawa-rakyat-kelantan/