Tuesday, January 15, 2008

Program "Jelajah Presiden PAS" tidak berbaloi, bazirkan masa?

Dipetik dari http://www.detikdaily.net

SEPATUTNYA Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dijadual berangkat melawat PAS Wilayah Persekutuan pada 13hb. Januari 2008 ini dalam program "Jelajah Presiden PAS".

Satu program besar menyambut kehadiran beliau dan Ustaz Ahmad Awang serta Dr. Harun Din telah disusun oleh Badan Perhubungan dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) dengan menumbangkan seekor lembu untuk kenduri rakyat.

Ia adalah rangka program PAS Pusat dalam aktiviti Presiden mengunjungi negeri-negeri dengan mengangkat tema "Gelombang Kuning Semarak Hijau".

Parlimen Titiwangsa yang bakal ditandingi PAS, telah dipilih sebagai tuan rumah. Selain kenduri rakyat jam 1.00 tengahari, hanya "Amanat Presiden PAS" menjadi program tonggak dan tamat pada waktu Asar.

Berbaloikah ini?

Komen:

Memang tak berbaloi! Tak ada agenda lain selain nak memboroikan perut. MAKAN! MAKAN! MAKAN! Itu je yang korang tahu.

Namun, program ini baru dibatalkan dan akan ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana Presiden dan semua Ahli Jawatan Kuasa Agung pada tarikh itu berada di Kuala Terengganu.

Saya, salah seorang dari yang membincangkan idea dan tentatif program, berasa tidak selesa dengan rangka program yang "mudah" atau "remeh". Jawapannya, kehadiran Presiden itu sudah tentu tidak dapat dimanfaatkan secara efektif dan kolektif di Wilayah.

Komen:

Setelah sekian lama terlibat dalam gerakkan lawatan akhirnya ada ahli yang mengaku bahawa kucar kacir pergerakkan pembangkang memang tidak dapat dielakkan lagi hinggakan nak rangka tentatif program pun tak mampu nak rancang dengan teliti. Itulah jadinya kalau lain yang dirancang tapi lain pula yang dibuat. Sama je dengan perjalanan parti pembangkang sendiri. Perancangan lain tapi presiden buat lain. Jadi terang-terang nampak semua dalam parti boleh buat ikut suka hati.

Suka saya menarik perhatian, tentang tentatif yang diatur untuk memanfaatkan Ketua Umum KeADILab, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kebanyakan lawatannya ke negeri-negeri.

Anda boleh layari blog Anwar dan laman web parti KeADILan untuk mengikuti program sendat beliau ke negeri-negeri bagi diaplikasikan oleh PAS. Tiada rugi dan salahnya saya berbicara begini!

Sebagai orang politik, keberkesanan lawatan Presiden itu penting dan pelbagai program yang boleh mencuit hati rakyat juga maha penting kerana “rakyat" itulah grassroot atau akar umbi yang sukar ditemui di luar musim demam pilihan raya.

Ini tidak bermakna, saya menafikan langkah PAS Wilayah yang hanya sekadar menghimpunkan jentera pilihan raya seluruh negeri bagi mendengar "Amanat Presiden".

Tetapi, sesekali Presiden turun, biarlah berbaloi “turun padang" Presiden itu dimanfaatkan untuk kepentingan kawasan yang bertanding seluruhnya.

Soal masa yang terhad tidak timbul, jika kita mengembelingkan tenaga dan membentuk tentatif yang efektif.

Lawatan Presiden yang sepatutnya untuk bertemu rakyat akhirnya disudahi dengan pertemuan mesra petugas pilihan raya.

Bak kata orang Pulau Pinang, “pi mai- pi mai tang tu jugak".

Komen:

Macam mana Presiden nak senang bertemu rakyat kalau di setiap hentian dalam agenda lawatan dipenuhi dengan slot memesongkan fikiran rakyat untuk menentang kerajaan. Satu hentian ambil masa berjam-jam nak menjamu penduduk setempat dengan janji-janji kosong pembangkang.

Setiap perjumpaan, tentatifnya sama sahaja nak pancing ehsan rakyat. Jadi tak hairanlah kalau tentatif presiden sendiri tunggang langgang. Kalau dilihat pada tentatif pembangkang sendiri pun penuh kucar-kacir tak ada perancangan teliti. Ini baru tentatif presiden korang untuk lawatan belum lagi tentatif korang nak masuk bertanding kerusi PRU, mau lagi semak dan kusut!

No comments: