Thursday, January 17, 2008

Abdullah ragui peranan Samy Vellu, Susilo bantu tangani Hindraf?

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net


Agak sulit untuk difahami, kenapakah Presiden Republik Indonesia (RI) Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) baru-baru ini diberi suatu penghargaan yang amat tinggi mutakhir ini. Dalam renungan peribadi setakat ini, anugerah itu mungkin didorong oleh dua perkara.

Pertamanya, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ingin sekali membalas jasa ke atas SBY yang memberikan anugerah kepada Abdullah mengenai idea Islam Hadhari di Indonesia tahun lalu. Abdullah mungkin terhutang dengan hal itu.

Komen:

PAS Oh PAS..sikap golongan PAS ni tak habis-habis dengan busuk hati dan penuh prasangka! Kenapa mereka berkelakuan seperti ini. Mari kita kupas hal ini:

Busuk Hati

Kita memang maklum ini bukan pertama kali golongan tak ada otak + busuk hati ini mepamerkan kejahilan mereka. Penghargaan tersebut diberikan di atas jasa-jasa PM yang sangat luar biasa terhadap negara dan bangsa Indonesia, terutama dalam hal mempererat hubungan persahabatan dan kerjasama antara pemerintah Indonesia dengan pemerintah Malaysia. Bukan seperti PAS yang bertindak seperti “katak bawah tempurung” yang langsung tidak mempunyai hubungan dengan negara luar kecuali dengan pihak militan. Jadi disebabkan oleh itu timbul perasaan busuk hati akan keakraban kerajaan BN-UMNO dengan negara luar. Tambahan lagi Presiden Republik Indonesia ada mengatakan, dengan penganugerahan tersebut diharapkan akan lebih mengkukuhkan persahabatan kedua negara. Bertambahlah lagi kebusukan hati mereka atas pengiktirafan tertinggi ini kerana mereka tidak langsung mempunyai sebarang persahabatan dengan negara luar sebaliknya sentiasa bertindak merosakkan hubungan persahabatan walau dengan siapa pun PAS berhubung. Jadi jika dilihat dalam konteks ini, memang jelas PAS merupakan sebuah parti yang perlu dipulau rakyat dan dihapuskan sepenuhnya di atas bumi Malaysia kerana lagi lama mereka dibela lagi “makan tuan dan menyemak” jadinya kepada rakyat dan Malaysia.

Misalnya, jika pakatan Umno-BN alah kepada BA, maka Golkarlah yang membantunya. Parti pemerintah; PPP di Singapura masih mahukan Umno memerintah kerana Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah aset terbesarnya selepas Pulau Batu Putih.

Lee Kuan Yew, sebagai Menteri Mentor masih melakukan lawatan ziarah ke atas mantan Presiden RI Jeneral Suharto saat nazak kini. Untuk sementara waktu, biar kita hitungkan semua ini dengan bacaan dan perkiraan politik yang dan memperhitungkan kemanusiaan.

Komen:

Paranoid Aggrieved Sial-logy (PAS) yang penuh ganguan minda dan busuk hati ini memang jika dikaji tidak pernah mempunyai hubungan baik dengan parti luar walaupun dalam satu jangkamasa yang singkat kerana mereka terlalu paranoid takutkan parti lain mampu membuktikan bahawa mereka cetek mindanya dan tidak mempunyai keteguhan dalam parti. Akibat ketakutan yang melampau dan tidak mahu dunia luar membuktikan mereka bodoh dan tak cerdik akal jadi mereka lebih suka bertindak merosakkan hubungan tersebut daripada terus diejek.

Hasat dengki mereka terus menular dalam setiap hati para ahlinya hinggalah ke Presidennya. Akbiat didorong oleh perasaan inilah yang membuatkan mereka sentiasa panas bontot bila melihat kerejaan BN-UMNO lebih berjaya dalam semua faktor. Kalau parti sendiri dah bangang janganlah sampai busuk hati pada parti lain. Bingailah sorang-sorang!

Langkah serampang dua, tiga mata yang boleh menikam beberapa pihak. Atas nama membalas budi SBY tahun lalu di samping meningkatkan hubungan di antara kepala-kepala negara di rantau Nustantara atau Asean kini.

Kedua, hubungan Abdullah dan SBY mungkin adalah suatu sikap ketakutan Abdullah untuk mendepani kaum India di dalam parti BN atau Hindraf di luar parti komponen BN. Maka, Abdullah perlu segera mencari jalan selamat dengan meramaikan sekutu dan kawan.

Komen:

Satu komen yang menunjukkan kelembapan minda mereka mengikut perkembangan semasa. Cerita lapuk Hindraf ni dah sesuai dijadikan sebagai arkib sampah kerana tak ada apa-apa impak pada kerajaan. Apalah yang ada pada Hindraf hingga kerajaan perlu gentar pada mereka! Sedikit pun tidak menjejaskan kerajaan apatah lagi nak difikirkan! Kerajaan sedikit pun tak heran tentang Hindraf ni, lagipun biarlah saya “Update-kan” minda penulis bahawa Hindraf dah lama “Surrender” pada kerajaan. Jadi cerita basi dan masam tapai ni tak payahlah di lambung tinggi-tinggi kecuali pada PAS. Jadi memang tak hairanlah PAS ada “Share” dengan Hindraf nak rosakkan rakyat, negara dan Islam sendiri. Parti Sial (PAS) apakah ini hinggakan hukum agama sendiri nak di gadai?

Orang PAS sokong PAS bukan kerana mereka pasti benar-benar (dengan otak yang tuhan bagi kepada mereka) bahawa PAS perjuangkan Islam, cuma dah jadi budaya mereka. Mereka percaya bahawa tok alim, tok guru, tok lebai dan spesis seumpama ini adalah spesis yang perlu diikut walupun jika di suruh merosakkan keperibadian Islam itu sendiri.

Sejarah membuktikan bagaimana hubungan antara negara terbentuk sehinggakan mereka sanggup menyerahkan anak untuk dikahwini pemerintah negara lain dengan satu harapan; pemerintah itu akan membantunya kalau negara mereka diserang oleh negara-negara lain. Selain menggunakan pertalian darah melalui pernikahan, bunga emas sebagai ufti adalah merujuk kepada salah satu bentuk pertalian dan tanda persahabatan yang terjalin erat itu.

Bezanya kini, hubungan Abdullah & SBY dijalinkan melalui saling bertukar anugerah dan tidak lagi dalam ikatan pertalian darah. Tapi sudut lain, beliau telah berjaya mewujudkan ˜kesan terhutang “ di hati SBY dengan mengambil buruh asing RI untuk bekerja di Malaysia .

Sehingga kini, menurut rekod sah, kira-kira 2.6 juta pendatang asing yang didaftarkan tanpa mengira kaum. Indonesia tentunya lebih ramai, mengatasi negara yang mengirim buruh asing.

Jadi, jika apa-apa yang terjadi di Malaysia misalnya rakyat India (Hindraf) memberontak, maka Indonesia tentu mengirim bantuan ketenteraan dan digabungkan dengan ATM jika keadaan semakin gawat. Ketika zaman konfrantasi, RI pernah mengirim tenteranya yang berjuang separuh hati ketika slogan Ganyang Malaysia dilaungkan.

Komen:

Lawak betul tulisan di perenggan atas. Malaysia tak perlu minta bantuan ketenteraan untuk patahkan Hindraf kerana Hindraf bukannya satu gangguan besar pada negara, “ala-ala semut gula” sahaja. Dalam masa satu hari berjemur dah mati. Tak sampai 24 jam dah pucat! Jadi jika ditanya adakah perlu tentera dari luar? Sudah tentu jawapannya TIDAK. Ini adalah kerana untuk lembikkan Hindraf kerajaan hanya perlu ambil masa 24 jam sahaja. Satu contoh yang mudah untuk pembaca lain fikirkan. Jadi soalannya disini bagaimana penulis boleh mengetahui hal bantuan Gerila luar terhadap Hindraf? Jadi senang untuk dibuat kesimpulan bahawa penulis sendiri menaburkan fitnah dalam tulisannya sendiri. Jadi nasihat dari saya, pergilah minta nasihat pada Gorilla sebelum nak menulis cerita merepek beruk macam ni!

Bagi PAS, mereka mungkin kecewa kerana Hindraf dapat dipatahkan dengan mudah sekelip mata. Kita tunggu dan lihat apakah perancangan PAS selepas ini, mungkin mereka akan menubuhkan “Gorilla Rights Action Force” atau Paranoid Aggrieved and Sial-logy Rights Action Force selepas ini, Kita tunggu dan lihat.

Cuma, hal itu dilakukan atas nama permusuhan RI Malaysia . Tetapi, kini mungkin dihantar atau nama persahabatan dan kemudiannya untuk dijajah kembali secara perlahan-lahan. Segalanya boleh berlaku!

1 comment:

mail said...

xder makna kalo sekadar susilo nak tangani hindraf.. pas ni xtgk ke kat indonesia tu negera diorang cmner.. susilo pun xterkawal nak jaga negara dia.. korang banding dan tgk btl2 negara mlysia dan indonesia mane lebih aman dan mane lebih maju..kalo rakyat indon pun dtg bekerja kat sini.. pas memang teruk berspekulasi.. dah ragui dah tgk btl2 tu hahh..