Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.
Ab. Rashid yang berasa amat kesal dengan tindakan itu mahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.
‘‘Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.
‘‘Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,’’
‘‘Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,’’
"Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.
‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.
“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya.
saksikan kebodohan PAS!!!
Boikot Batu Talam
PAS tunjukkan mereka bodoh lagi!! Salahhuddin Cabar Tan Sri Rashid
3 comments:
negara akan aman dan makmur jika semua kembali kepada paksi kebenaran dan kesaksamaan .. tempoh terlalu lama BN memerintah menimbulkan semangat sense of belonging ..merasakan rakyat, negara dan kerajaan adalah hak milik mereka selamanya.. jika ia menimbulkan semangat untuk semakin berbakti, itu amat dialu-alukan.. namun, sudah menjadi open secret.. cerita 5%, 10% ..rapat dgn YB itu ini, dapat tender atau projek itu ini.. semua tahu dan faham.. sampai tender repair surau dan tadika pun ketua cawangan tibai.. dah la tibai projek, buat terang-terangan.. tu baru peringkat kampung/cawangan ..yang kalah jadi pemuda bahagian pun dah habis ratus ribu..belum cerita yang menang habis berapa banyak ..cerita nak jadi YB, menteri lagi hebat .. open secret ini la yang menjadikan bukan sahaja melayu, bahkan Cina dan India semakin jelak .. slogan membenteras rasuah pulak bertukar menjadi menyuburkan rasuah.. sudah la.. harap semua kembali pada tuntutan iman yang sebenarnya.. tepuk dada tanya la iman.. hidup di dunia bukan selamanya, tapi yang penting bekalan amal yang dibawa menghadap Ilahi, itu yang penting..
Sebagai satu teguran, kalaulah kita tak suka dengan seseorang, janganlah diburuk-burukkan dengan kata-kata kesat...
kot ye pun, gunela 'betapa tidak rasionalnya perkataannya atau perbuatannya'
b***h tu tak patut...
Kite kan mahukan perpaduan...
Jadi fikirkanlah care yg lebih baik.
Bukan penipuan,bukan fitnah...
Siapa kata Malaysia negara islam sila berikan sebab dan fakta yang mengatakan malaysia negara islam..
Sesungguhnya Malaysia masih lagi bukan negara islam, malaysia sebuah negara yang menjalankan sistem pemerintahan barat dengan menggunakan undang-undang barat. Jika Malaysia negara islam kenapa pemimpin mereka menolak untuk menggunakan undang-undang Islam yang termaktub di dalam Al-Quran dan hadis. Rasulullah pernah bersabda : Tidak akan sesat umatKu jika mereka merujuk Al-Quran dan Sunnah Ku.
Jika Malaysia negara islam, mengapa pemimpin sendiri tidak mengamalkan ajaran islam yang dituntut, pemimpin Malaysia tidak layak memerintah selagi beliau belum dapat membawa Isterinya sendiri kejalan yang benar, menutup aurat dan sebagainya. Jika inginkan lebih banyak perbincangan sila ke blog saya http://mindapengarang.wordpress.com atau http://pembangkang.co.cc
Post a Comment