Antara janji Manifesto PAS Kelantan yang menipu secara tersirat dan melemahkan rakyat ialah:
- Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Adakah cuti ini diberi untuk kakitangan kerajaan sahaja atau termasuk swasta? Jika swasta dipaksa melalui akta sebegini bagaimana pekerja perempuan akan terus mendapat tempat di dalam sesebuah syarikat tersebut kerana lebih banyak cuti daripada bekerja. Akhirnya akan jadi negara seakan-akan Jahilliah di bawah pemerintahan PAS di mana rakyat perempuan & wanita akan ditindas serta mundur berbanding rakyat lelaki.
- Kekalkan konsep negara Islam di Kelantan agar ianya menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Konsep negara Islam PAS yang membenarkan yang haram dan mengharamkan yang menentang mereka. Konsep negara Islam PAS dengan mengamalkan fatwa yang mengikut ciptaan mereka melalui keadaan semasa sambil menolak dan menokok tambah ayat Al-Quran dan sunnah.
- Bertekad melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan pra-sekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).
Komen: Yang Tersirat dari PAS
PAS impikan untuk pergi ke Bulan tetapi sebenarnya hanya mampu bermimpi.
PAS nak bina masjid dan naik taraf ekonomi negeri pun susah inikan pula bermimpi nak bina pusat ilmu. Mungkin mereka akan bina pusat ilmu ini seperti membina pondok bas yang sememangnya siap tetapi kejayaan penggunaannya belum tahu lagi. Bina pondok mungkin boleh la !
- Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma.
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Nak parking kereta pun kena bayar, nak naik bot pusing sekitar sungai pun kena bayar, nak masuk sekolah pondok pun kena bayar, semua kena bayar sebab nak jana wang PAS. Ini sekarang dah bermimpi nak bagi semua percuma!
- Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi.
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Kerajaan BN dah lama buat, ni sekarang PAS janji nak buat juga, nampak sangat kaki celup idea kerajaan. Ini disebabkan PAS bukannya pandai dalam menjana pembangunan dan ekonomi dalam negeri. Manjana cacian dan rosakkan iman pandailah !
- Menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan.
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Kalau ada tabung tapi tak dibina frasarana untuk berniaga lingkup juga rakyat bawah pentadbiran Kelantan. Nak tubuh tabung niaga tapi duitnya dikutip dari rakyat. Lebih baik buat tabung ehsan niaga!
- Membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid.
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Belum mula memerintah dah mula nampak adab pembaziran PAS. Orang sepatutnya pentingkan macam mana nak majukan negera/ negeri dan menjana masuk wang pada kawasan, bukannya membazirkan wang yang sekangkang-kera tu!
- Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa.
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Tertanya juga. berapa keratlah sangat pemimpin PAS yang celik IT. Kalau takat tahu menulis dan mengarang lebih baik buka kelas terengkas. Kerajaan BN dah lama buat, ni sekarang PAS janji nak buat juga, nampak sangat kaki celup idea kerajaan. Cyberjaya merupakan satu contoh yang paling mudah untuk menunjukkan kecelikan IT BN. Tak mengapa PAS boleh bina TerengkasJaya atau singkatannya TerJaya!
- Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.
- Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
- Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur.
Komen: Yang Tersirat dari PAS
Menggunakan hasil balak untuk memajukan program untuk rakyat. Ini semua sandiwara untuk mengaburi mata rakyat tetapi sebaliknya pemimpin-pemimpin PAS yang mengenyangkan akaun bank masing-masing dengan hasil balak haram negara.
1 comment:
Manifesto pilihanraya sudah disebarkan, pakar dan saintis politik mungkin boleh mentertawakannya, tapi inilah realitinya di Malaysia. Tidak payah masuk kelas sains politik, hanya memerlukan sesaorang seperti kata Tun Mahadir "berfikiran luas atau think big". Kalau pesanan MB kepada pengundi Terengganu, ingat apa yang telah mereka lalaui semasa PAS memerintah negeri ini yang tiada sebarang pembangunan, tapi adakah rakyat Terengganu telah lupa apa yang mereka dapat sebelum itu dan selama itu apabila BN memerintah negeri ini sejak merdeka, Terengganu sebagai negeri pengeluar minyak mentah, tapi negeri ini juga adalah yang termiskin. Saya hanya berharap pengundi semasa mengundi PAS dalam PR1999 dulu bukan dalam keadaan tertidur dan PRU11 mereka terjaga, ada pengundi Terengganu sudah matang, yang tidak matang adalah parti yang memerintah selama 50 tahun. Kerajaan yang kuat seperti menguasai lebih 90% kerusi parlimen tidak secara automatik boleh memberikan pentadbiran yang cekap atau good governance kata bahasa Inggeris. Dalam mood pilihanraya sekarang pun, sudah menang lebih 90%, BN mahu lebih dari ini. Mereka mahu menghantar pesanan bohong kepada rakyat bahawa jika BN menang 100% bererti BN akan membentuk pentadbiran yang sempurna atau "perfect governance". Pergi ke pasaraya sekarang dan pantau harga barang-barang, mereka sedang berpesta menaikkan harga barang-barang, takan ada penguasa memantau mereka dalam musim pilihanraya ini. Mengapa ini berlaku? Ia menggambarkan kelemahan satu pentadbiran, walaupun sudah dikatakan berpengelaman selama 50 tahun. Empayar Soviet pernah dikatakan sebagai sebuah pemerintahan yang kuat, tapi lemah dari segi pentadbiran dan akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri. Tiada kuasa yang akan kekal dari hari ini sampai hari kiamat. Cuma bila kita hendak mengubahnya. Kalau hendak mencuba menukar kerajaan, buatlah semasa di dalam keadaan ceria dan tenteram, sebab apabila kita membuat pilihan secara terbuka barulah timbul rasa tanggungjawab ke atas apa yang kita akan lakukan.
Post a Comment