Monday, February 25, 2008

Dasar ekonomi Donald Duck

MALANG sungguh nasib pembangkang kerana apa sahaja yang dicadangkan dalam musim Pilihan Raya Umum Ke-12 ‘kononnya’ untuk rakyat membuat ‘pilihan’, sentiasa menjadi bahan lawak.

Yang terbaru, pembangkang dilihat cuba menguruskan ekonomi negara ini secara main-main, macam watak kartun Donald Duck apabila bercadang menjadikan Malaysia negara kebajikan jika menang pilihan raya.

Donald Duck merupakan seekor itik yang menjadi watak utama kartun keluaran syarikat pembuat filem terkenal, Walt Disney dengan sikap mudah marah dan sering berfikiran singkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, pembangkang memang tidak realistik apabila mahu menurunkan harga petrol di pasaran.

‘‘Harga minyak mentah sekarang AS$100 (RM330) setong dan tindakan meningkatkan subsidi yang kini bernilai RM43 bilion setahun memang tidak bertanggungjawab. Ia teruk seperti ekonomi Donald Duck.”




No comments: