Ini antara janji manis Negara Kebajikan - PAS kepada rakyat sekiranya mereka menang dalam PRU :
1. Kurang harga minyak
- bagaimana PAS nak kurangkan harga minyak sedangkan bayaran parking sekian tahun meningkat di Kelantan. Di Kuala Terengganu sendiri, sewaktu PAS memerintah, kadar parking kereta meningkat. Lagi harga parking ereka naikan, inikan pula harga minyak apabila mereka memerintah. Soal yang kecil pun mereka ak boleh nak turunkan, inikan pula harga minya.
2. Hapuskan ISA
-nak hapuskan ISA macam mana. Bagaimana PAS nak halang bapa ayam dan pengedar dadah serta penyeludup senjata api tanpa ISA. PAS nak berhujah dan melepaskan bapa ayam dengan mudah?
3. Sistem pembelajaran percuma di sekolah rendah dan menengah - tiada bayaran tambahan.
-mudah sahaja PAS bercakap, tapi semua sekolah bawah kerajaan PAS di negeri Kelantan mengenakan kadar yuran. Mana ada PAS bagi pendidikan percuma?
4. Perkhidmatan kesihatan percuma
- hospital kerajaan: selama ini apakah perkhidmatan kesihatan berbayar. Semua rakyat menikmatinya dengan percuma kecuali bayaran pendaftaran RM 1. Takkan RM 1 pun tak nak bagi?
5. Warga emas - elaun sara hidup
- selama ini apakah kerajaan PAS di Terengganu dahulu beri elaun kepada semua warga emas di Terengganu?Warga emas di Kelantan dapat elaun ke?
KESIMPULANNYA MUDAH SAHAJA. BUKAN NEGARA KEBAJIKAN YANG PAS NAK TUBUH. TAPI NEGARA KEBURUKAN YANG PAS NAK BAWA.
TIADA YANG PERCUMA BAGI KERAJAAN PAS KELANTAN
Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan (KTA) memperkenalkan perkhidmatan bot pelancong, Kelate River Cruise, sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2008.Presiden KTA, Nik Aman Nik Mohamad, berkata menerusi pengenalan satu lagi produk baru seperti ini, ia dijangka merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.Katanya, perkhidmatan menyusuri Sungai Kelantan ini akan mendedahkan pelancong kepada beberapa tempat menarik di negeri ini sepanjang sungai berkenaan.
"Perkhidmatan menggunakan bot River Cruise Seroja ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Hanis Holidays & Entertaimnet Sdn Bhd dan KTA."Perkhidmatan menyusuri Sungai Kelantan akan bermula dari Jeti Cruise Seroja berhampiran pasar raya Tesco dan akan ke Kuala Besar dan Pantai Suri kira-kira 70 kilometer dengan tempoh perjalanan satu jam," katanya.Beliau memberitahu pemberita pada sidang media ketika majlis pelancaran perkhidmatan itu di sini, semalam. Hadir sama, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Annuar Tan Abdullah.
"Perkhidmatan menggunakan bot River Cruise Seroja ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Hanis Holidays & Entertaimnet Sdn Bhd dan KTA."Perkhidmatan menyusuri Sungai Kelantan akan bermula dari Jeti Cruise Seroja berhampiran pasar raya Tesco dan akan ke Kuala Besar dan Pantai Suri kira-kira 70 kilometer dengan tempoh perjalanan satu jam," katanya.Beliau memberitahu pemberita pada sidang media ketika majlis pelancaran perkhidmatan itu di sini, semalam. Hadir sama, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Annuar Tan Abdullah.
Nik Aman berkata, bot bernilai kira-kira RM600,000 itu berupaya membawa 40 penumpang pada satu perjalanan dan turut dilengkapi ciri keselamatan dengan menyediakan 52 jaket keselamatan untuk dewasa dan kanak-kanak.Katanya, bayaran dikenakan ialah RM15 dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak bagi perjalanan hampir sejam menyusuri Sungai Kelantan."Perkhidmatan menggunakan bot River Cruise Seroja ini adalah satu produk pelancongan baru di negeri ini kerana sebelum ini belum ada lagi perkhidmatan bot pelancong di negeri ini," katanya.Beliau berkata, orang ramai juga boleh menggunakan khidmat bot ini untuk pakej perkahwinan atau sambutan hari jadi, selain mengadakan mesyuarat dalam bot.
"Kita akan juga menyediakan pakej lain untuk orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan bot ini sama ada majlis perkahwinan atau mengadakan mesyuarat," katanya.Annuar Tan berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan peruntukan untuk menaik taraf bot itu terutama dari segi kemudahan serta ciri keselamatan penumpang."Kerajaan negeri akan memberi sokongan kepada usaha KTA ini memandangkan kerja membangunkan muara Sungai Kelantan sedang dilakukan iaitu di Pulau Kuda dan Pantai Mek Mas membabitkan kos RM400 juta," katanya
"Kita akan juga menyediakan pakej lain untuk orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan bot ini sama ada majlis perkahwinan atau mengadakan mesyuarat," katanya.Annuar Tan berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan peruntukan untuk menaik taraf bot itu terutama dari segi kemudahan serta ciri keselamatan penumpang."Kerajaan negeri akan memberi sokongan kepada usaha KTA ini memandangkan kerja membangunkan muara Sungai Kelantan sedang dilakukan iaitu di Pulau Kuda dan Pantai Mek Mas membabitkan kos RM400 juta," katanya
ULASAN : PAS KATA NAK TUBUH NEGARA KEBAJIKAN. TAPI NAK LAWAT SEPANJANG SUNGAI KELANTAN PUN KENA BAYAR.RM 15 LAGI.NI BUKAN NAMANYA PERCUMA, TAPI MAKAN DUIT BERSAMA SYARIKAT YANG DILANTIK.
6 comments:
takkan tak biase dgn perangai PAS kot ? cakap je pandai. bukan main lagi janji mcm2...
Perkhidmatan kesihatan percuma dengan RM1, memang bukan tidak benar, tapi hanya untuk rawatan ringan atau penyakit berjangkit yang terpaksa dikawal. Tanya pada setengah pesakit kronik, ramai yang dipaksa membeli ubat di farmasi swasta dengan janji untuk mendapatkan semula kos ubatan itu jika dituntut melalui proses birokrasi yang sengaja dicipta untuk menyusahkan rakyat. Cuba anda rasai sendiri kalau anda mengalami kemalangan yang memerlukan rawatan bedah, barulah tau apa maksud rawatan percuma di hospital kerajaan. Baru-baru ini anak saudara saya terjatuh dari tingkat 5 di asrama UITM dimasukan ke hospital Tengku Ampuan Rahmah tapi dibiarkan terlantar tanpa dibedah kerana semua pembedahan mesti dibayar sepenuhnya oleh pesakit walaupun untuk kes-kes menyelamatkan nyawa. Untuk mendapatkan secara percuma? ya kalau sanggup merendahkan diri seperti kucing kurap yang ditengking dan dihamun. Saya sebagai bekas pegawai farmasi tahu, dahulu tak sampai 20 tahun yang lalu semasa Pendapatan Kasar Negara (GNP )tak semewah seperti sekarang, kes-kes bedah seperti ini tidak perlu dibayar oleh semua pesakit, tak pulak muflis kerajaan. Sekarang apabila ada pihak yang ingin mencadangkan untuk menawarkan sistem perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat, kerajaan boleh muflis. Adakah ini yang dimaksudkan sistem kebajikan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan?
Ish! Ish! Teruknya PAS/Keadilan/DAP! Ada ka patut, kalau menang pilihanraya nak turunkan harga petrol? Ish aku tak nak! Aku nak bayar harga mahal jugak! Tak kira! Nak bagi perubatan percuma? Tak nak! Tak nak! Aku nak bayar jugak kos perubatan! Pendidikan percuma? Ish lagi lah tak nak! Aku tak suka anak aku belajar free! Tak kira, aku nak bayar jugak yuran sekolah RM150.00. Dulu masa kerajaan PAS Terengganu hapuskan tol jambatan, aku cukup tersiksa, tak dapat tidur malam, sebab takleh dah nak bayar tol. Masa PAS hapuskan cukai pintu pun sama jugak, langsung aku terkedu, maklumlah! Takut bankrap pulak negeri kang! Tak pun runtuh terus! Aku cukup perihatin pasal ekonomi negara ni, sebab tu aku tak setuju kalau harga barang rendah, harga petrol rendah, tol tak ada, sekolah free, hospital free....Ish ish aku tak nak! Biar aku sebagai rakyat hidup susah,aku rela...Asalkan menteri-menteri semua kaya! Tak apa! Aku kang orang Melayu! Hidup Melayu!
Apabila parti PAS meneruskan kesungguhannya untuk mentadbir Kelantan walau pun mereka akan terus menghadapi berjuta halangan untuk membangunkan ekononminya seolah-olah sebagai satu blok ekonomi yang terpinggir kerana sumber pendapatan yang terhad kepada apa yang ada pada kuasa sebuah kerajaan negeri, sedangkan sumber pendapatan halal yang lain seperti bayaran cukai pendapatan dari gaji dan perniagaan masuk terus ke dalam kantong kerajaan BN dan menjadi sikap permusuhan kerajaanBN yang tidak secara ikhlas untuk mengagihkan semula hasil kutipan cukai ini kepada kerajaan yang diperintah oleh sebuah parti pembangkang, kecuali kerajaan PAS sanggup menyembah diri seperti kucing kurap yang ini kadang-kadang terpaksa juga dilakukan oleh MB Kelantan untuk kepentingan rakyat Kelantan dan peruntukan ini akan disalurkan melalui agensi yang di kawal oleh kerajaan BN dalam keadaan yang sama seperti raja-raja dahulu menaburkan makanan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan terpaksa bergantung kepadanya. Apabila keadaan ini berlaku sudah tentu akan menjadi bahan gelak dan ketawa pihak BN kerana sememang nya mereka seronok melihat keadaan begini. Pada saya sebagai seorang yang bukan berasal dari Kelantan, apa yang berlaku di dalam politik kelantan selama dua penggal tidak jauh beza dari apa yang sedang berlaku di Palestin apabila Hamas memenangi pilihanraya dan kerajaan Israel terus menyekat segala bentuk bantuan untuk menjadikan wilayah ini terjerumus ke dalam keadaan getto seperti keadaan di Poland semasa Perang Dunia kedua. Keadaan getto ini jug asedang diwujudkan di Kelantan untuk memberikan segala bentuk tekanan ke atas kerajaan PAS dan rakyat di bawah pemerintahannya supaya akhirnya terpaksa menyerah seluruh maruah mereka kepada kerajaan BN. Maka di dalam pilihanraya ke 12 ini semuanya akan membuktikan betapa kelainan orang-orang Kelantan samada akan terus mahu menentukan nasib mereka sendiri atau akhirnya akan terpaksa menyerah kalah apabila diserang secara bertubi-tubi oleh kerajaan BN.
kelakar la pulak aku baca blog lahabau yang memang lahabau ni. Back to your president's words la, kalau rakyat tak puas hati atau tak happy dengan pemerintahan sekarang, pilihanraya akan menentukan nya. Hmm.. sapa nak jawab, to sah kata nak menang kat kelantan.. negeri lain pun kalah. :)) Takkan plak nak kata BA merasuah Rashid SPR tu. wakakakak... lawak betul la BN skang ni, takder modal cari modal kosng, kalau takder modal buat la loan.. wakakakak...
Memang tidak salah, Malaysia belum lagi menemui sebuah pemerintah akhir zaman. Kalau sebelum 8hb Mac, pemerintah BN mahu rakyat percaya mencapai pemerintrahan 50 tahun itu petanda untuk selama-lamanya dan selepas 8hb Mac, doktrin ini sudah berada dalam lipatan sejarah, keputusan PRU12 itu menunjukkan rakyat, terutamnya sebelah Pantai Timur ini sudah mempuat putaran 180 darjah, kalau belum sampai 360 darjah, lama-kelamaan sampai juga. Lepas itu baru rakyat negara ini faham untuk memerintah tidak semestinya mangaut kerusi semuaparlimen sampai habis, parti-parti yang bercakaran akhirnya tidak kira apa ideologi mereka akan sampai ke satu tahap akan mencari jalan untuk membentuk kerajaan, sedangkan kucing dan anjing pun kadang-kadang boleh berhenti bergigit dan bercakaran kalau dipelihara oleh satu ibu yang sama. Akan sampai juga masanya.
Post a Comment