Thursday, February 28, 2008

PAS dan fatwa orang utan!



Dipetik dari: http://www.beritakmu.net

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah UKM tahun lalu mengenai isu siasah dan agama dikalangan umat islam di Malaysia; mereka telah menemui beberapa kesimpulan termasuklah persoalan ini.


Seorang tokoh penting PAS, semasa menjadi salah seorang panel forum Pilihanraya kecil DUN Sanggang di Kampung Songsang pada 29 Mac 2000 telah berkata bahawa jika ingin melihat Islam terlaksana berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis, undilah parti PAS, sebaliknya kalau mahu melihat Islam gaya England, undilah kerajaan.

Dalam kempen pilihanraya kecil DUN Sanggang pada 24hb Mac 2000, seorang lagi tokoh PAS pahang dalam ceramah beliau di Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang telah mengatakan bahawa mengundi PAS wajib ( dan menghadiri ceramah anjuran PAS adalah ibadah ) kerana parti yang memerintah sekarang tidak Islamik dalam menegakkan Islam. Beliau menggunakan pendekatan Qawa’id al-Fiqhiyyah : ma lam yatimm al-wajib illa bihi fa huwa al-wajib. Kaedah ini dieksplotasi oleh beliau untuk menyimpulkan bahawa umat Islam kini wajib mengundi PAS untuk menyempurnakan tugas bagi menegakkan Islam. Ini bermakna mengundi PAS sama dengan mengundi Islam. Dalam kata lain, masuk PAS adalah masuk Islam.

Di Sanggang juga, kita dapati fokus kempen PAS adalah untuk mempengaruhi pengundi bahawa mengundi PAS membolehkan mereka masuk syurga dan menjauhi azab neraka. Seorang tokoh PAS dalam ceramah di Kampung Baru, Sanggang pada 22hb Mac 2000 menyatakan bahawa malaikat akan mencatat amalan pengundi dan malaikat akan bertanya di dalam kubur sama ada mereka mengundi PAS atau sebaliknya.

Dua orang tokoh ulama PAS secara jelas dan berani dalam ceramah mereka di Bukit Tingkat, Temerloh Pahang, membuat kenyataan bahawa malaikat akan menyeksa para pengundi dalam kubur nanti jika mereka mengundi selain PAS. Pada 26hb Mac 2000, di Kampung Bangau Tanjung, Mentakab, satu lagi kenyataan mengelirukan oleh pemimpin PAS yang berbunyi :

“Kalau kita mengundi kepada calon PAS bermakna kita telah melahirkan sebuah parti yang betul-betul hendak mendaulatkan Islam di akhirat kelak dan sebaliknya kalau kita mengundi kepada parti lain, bukan sahaja kita berdosa tetapi barangkali kita akan menghadapi fitnah, satu dosa besar yang tidak di redai oleh Allah S.W.T.”

Seorang lagi tokoh PAS dalam forum pilihanraya di Kampung Songsang pada 30hb Mac 2000 telah menyatakan dua faedah jangka pendek sekiranya mengundi PAS. Faedah tersebut berdasarkan kepada doa: “Rabbana atina fi al-dunya hasanah wa fi al-akhirati hasanah, wa qina ‘azab al-nar”. Sekiranya mengundi parti lain, para pengundi hanya akan memperolehi kebaikan dunia semata-mata ( Kebaikan bersifat material ), sedangkan jika mengundi PAS mereka akan memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat serta akan terselamat daripada azab neraka.

Kini pada tahun 2008 PAS mengeluarkan fatwa baru seperti berikut:



Jadi secara terang di sini, PAS telah cuba menggunakan kaedah yang sama iaitu menentang segala dasar kerajaan menggunakan fatwa yang melampau Iblisnya. Mereka mempersoalkan setiap inci dasar kerajaan dan mengeksplotasi isu agama untuk kepentingan parti mereka. Sebab itu PAS secara terang-terangan mengeluarkan fatwa gampang mereka tanpa mengambil peduli samada ianya berlandaskan ajaran Islam atau terpesong dari maksud sebenarnya. Cuma yang penting bagi mereka mengotorkan minda pengundi agar mengundi mereka walaupun mereka terpaksa menangung beban dosa dan laknat Allah SWT untuk selamanya.

"
Jauhilah mereka yang cuba mendedahkan kelemahan orang lain. Lagipun, rakyat jelata tidak terkecuali daripada kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melindungi mereka. Jangan mendedahkan sesuatu yang tersembunyi, tetapi cuba hilangkan kelemahan yang sudah nyata. Allah sentiasa melihat segala yang terselindung daripada kamu, dan Dia saja yang akan mengendalikan perkara itu. Kamu hendaklah sebaik mungkin menutup kelemahan rakyat kamu dan Allah akan menutup kelemahan-kelemahan yang kamu cuba sembunyi daripada pengetahuan mereka.

Jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan berasa megah atau sombong, ingatlah kuasa dan keagungan Yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan. Ini akan mengembalikan kepada kamu unsur-unsur keseimbangan dan akan meletakkan kamu dalam ketenteraman dan ketenangan. Berhati-hatilah dan janganlah menentang keagungan dan kebesaran Tuhan dan jangan meniru kekuasaanNya: kerana Allah boleh membinasakan orang-orang yang menentangNya dan orang yang zalim. " -
SURAT YANG DITULIS OLEH KHALIFAH ISLAM YANG KEEMPAT, ALI BIN ABI TALIB, KEPADA MALIK BIN AL-HARIS AL-ASHTAR SEMPENA PERLANTIKANNYA SEBAGAI GABENOR MESIR PADA TAHUN HIJRAH 655.

1 comment:

mail said...

Allah tidak mengampunkan dosa umatnya yang mengumpat mengkeji dan menghina sesama sendiri kecuali mereka pergi mohon maaf kepada orang yang mereka umpat.
mengumpat salah satu dari unsur fitnah dan fitnah mestilah berdosa besar.

jadi orang-orang yang mengumpat sepanjang kempen pilihanraya ini menanggung dosa yang sangat besar lebih-lebih lagi apabila melibatan ramai pendengar daripada sekalian rakyat.
tidak pernah terdengar pulak dihalalkan mengumpat dengan cara mendedahkan keburukan orang lain untuk kepentingan sendiri.
setakat mana yang tahu, sesiapa yang menjaga keaiban orang lain dan tidak mendedahkanya dikhalayak ramai maka Allah tidak akan mengaibkan dia di akhirat kelak..jadi apakah benar fatwa Hadi ni membolehkan kita mengumpat..
mesti ramai lagi selepas ni makcik-makcik kat kampung akan mengumpat-ngumpat hal-hal orang lain...huhuhu..sedapnya ketupat.