Thursday, February 21, 2008

Kerajaan Pemurah

Dipetik dari - http://undibn.blogspot.com/


" Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan yang untung kami juga sebabnya kita boleh guna mereka untuk dijadikan umpan untuk cipta huru-hara semasa pilihanraya" - dipetik dari kata-kata dajal presiden PAS.

Kerajaan BN cukup pemurah, diberikan berbagai ganjaran untuk rakyat. Tiada janji yang tidak dikota, bukan seperti janji si pembangkang durjana.

Kesihatan

  • 98% subsidi ditanggung kerajaan, bagi rakyat miskin RM 1 kerajaan tolak tak perlu dikenakan.
  • Wujud tabung bantuan perubatan bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan untuk tahun 2008
  • Bagi wanita memerlukan ujian saringan momogram bantuan khas diberikan juga oleh kerajaan
Pendidikan
  • Kerajaan sediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga menengah
  • Hapuskan yuran tahunan sekolah dan yuran peperiksaan di semua peringkat sekolah
  • Buku teks diberi percuma tanpa mengira pendapatan keluarga - nak harapkan pembangkang akhbar internet pun kena print sendiri, harakah pun kena bayar RM2.00. Nak harapkan mereka biaya buku teks ke macam ni?
  • Kemudahan asrama diberikan percuma kepada pelajar di Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia semua dapat subsidi dari kerajaan.
  • Skim Bantuan Tuisyen diberikan kepada pelajar miskin
  • Rancangan Makanan Tambahan dibekalkan secara percuma
  • Program Susu Sekolah diberikan kepada mereka yang memerlukan
  • Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu murid-murid miskin bagi menampung kos menghadiri sekolah
  • Sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan ko-kurikulum kepada pelajar sekolah.
  • Biasiswa Kecil Persekutuan untuk murid sekolah menengah dinaikan
  • Pelepasan Cukai Pendapat RM4,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara
  • Perlepasan Cukai Pendapatan sebanyak RM 9,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang belajar di Institut Pengajian Tinggi.
  • RM 22,258 juta telah diberi kelulusan untuk meminjam wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional jadi sebagai rakyat Malaysia yang berpelajaran dan menghargai jasa dan bantuan yang diberikan maka eloklah dibayar kembali. Bukan untuk kesenangan kerajaan tetapi untuk kerajaan salurkan kepada adik-adik baru yang memerlukan pembiayaan di masa hadapan.
Pengasuhan Kanak-Kanak
  • TASKA di sektor awam - RM80,000 diberikan kepada majikan yang mewujudkan TASKA di tempat kerja sektor awam.
  • TASKA Komuniti - RM64,000 diberikan untuk penubuhannya dan RM55,000 untuk kos operasi setiap tahun + subsidi RM180 seorang sebulan diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai TASKA Komuniti
  • TASKA/TADIKA KEMAS - RM150,000 hingga RM170,000 diberikan jika bina bangunan baru TASKA KEMAS. RM20,000 hingga RM26,000 untuk beli peralatan.
  • TASKA Rumah - RM10 juta untuk membolehkan NGO beri latihan kepada suri rumah untuk wujudkan TASKA di rumah.
Perumahan
  • Kerajaan belanja RM997.0 juta setahun untuk penyediaan Perumahan Rakyat Termiskin
  • Program Bantuan Rumah juga diberikan kepada warga emas, OKU dan ibu tunggal
Bantuan Kebajikan
  • Bantuan Kanak-kanak - RM100 - RM450 sekeluarga sebulan
  • Bantuan Orang Tua - RM300 seorang sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara - RM250 seorang sebulan
  • Elaun Pekerja Cacat - RM300 seorang sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan - RM80 - RM 350 sekeluarga sebulan
  • Bantuan Khas - RM300 sebulan kepada penjaga OKU/Pesakit kronik yang terlantar
  • Elaun peserta OKU - RM150 sebulan untuk program pemulihan dalam komuniti
  • Geran Pelancaran Perniagaan -RM2,700
  • Bantuan Bencana Alam - Maksimum RM 5,000
  • Bantuan Mangsa Binatang Buas - RM20,000 (kalau kena baham PAS kerajaan naikan lagi)
  • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan - Diberi PERCUMA
  • Program Tambahan Makanan Seimbang untuk rakyat miskin - RM10 juta
  • Bantuan Pengurusan Pusat PDK - RM252,000 setahun setiap pusat
  • Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan - Jumlah keseluruhan lebih kurang RM30 juta
Kemudahan Awam
  • Bekalan Air Bersih 97.9% di bandar dan 92.6% luar bandar
  • Bekalan Elektrik 100% penduduk bandar dan 93.8% luar bandar
  • Kemudahan telefon disedikan
  • Kemudahan telefon mudah alih disediakan
Pekerjaan
  • Menyediakan peluang pekerjaan baru kepada 200,000 - 400,000 rakyat setahun
  • Kadar pengangguran yang rendah di bawah paras 4%
Kebajikan Pekerja Sektor Awam
  • Kenaikan Gaji 7.5% - 3.5% dan faedah melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak rm8,000 juta setahun
  • Cuti Bersallin bergaji penuh 60 hari dan cuti menjaga anak maksimum 5 tahun tanpa kehilangan faedah kenaikan gaji
  • Cuti kepada suami apabila isteri bersalin selama 7 hari
  • Cuti tanpa rekod selama 3 hari apabila waris terdekat meninggal dunia
  • Kemudahan kesihatan percuma kepada ibu bapa, suami/isteri dan anak
  • Balu/Duda tiada kehilangan pencen terbitan apabila bekahwin semula
Subsidi Kerajaan Persekutuan
  • Petrol dan Diesel - RM37,000 juta setahun
  • LPG - RM3,000 juta setahun
  • Padi - RM1,000 juta setahun
  • Pendidikan - RM30,000 juta setahun
  • Kesihatan - RM9,000 juta setahun
  • Lain-Lain - RM1,000 juta setahun
  • JUMLAH -------------> RM 81,000 JUTA SETAHUN
Pengangkutan
  • Menurunkan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan mulai Januari 2007 melibatkan pengurangan hasil kepada kerajaan sebanyak RM250.0 juta setahun
  • Cukai Jalan bagi motorsikal berkuasa 150cc dikurangkan daripada RM50 kepada RM2 setahun
  • Cukai Kenderaan Persendirian di bawah 1600cc dikurangkan sebanyak 50%

Jika dilihat di atas jelas disini kadang-kala kita mudah lupa atau terlupa akan kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum ini. Kita mudah terpengaruh dengan janji-janji baru yang dibuat pembangkang kononnya bertindak untuk membela nasib rakyat. Terang-terang selama ini mereka turut menjamu selera sumber kewangan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Terang-terang janji mereka untuk membina negara kebajikan semuanya mencedok idea daripada kerajaan. Kerajaan BN telah awal-awal lagi menubuhkan "Negara Kebajikan" dan kini diciplak oleh pembangkang. Cuma bezanya mereka hanya mampu berjanji dan berkata tetapi tidak pandai atau tahu merealisasikannya.

Disebabkan kita rakyat Malaysia kadang kala mudah lupa akan kebaikan yang telah diberikan kerajaan, dengan membaca artikel ini maka dapatlah kita kembali berfikir bagaimana kerajaan BN telah terdahulu memberikan cahaya bantuan kepada rakyat dengan pelbagai bantuan dan subsidi untuk kesejahteraan bersama sesama rakyat.

1 comment:

yusof said...

Pemurah dengan senyum seribu erti

Marah dari segi psikologi boleh mendedahkan sikap sebenar sesaorang. Tapi senyum, kata orang Melayu boleh membawa seribu erti. Sebagai seorang yang lahir kedunia ini sebelum merdeka, saya boleh merenung kembali apakah ciri-ciri pemurah kerajaan yang selama ini diperintah oleh satu parti dan apakah sistem ini yang masih mempunyai waris sistem British walaupun cuba diselubungi dengan warna keislaman dan ketimuran apabila negara tertarik jauh ke dalam sistem kapitalisma dan era globalisasi. Contohnya walaupun peruntukan kesihatan dinyatakan sebagai 9 bilion, tapi bentuk bentuan hanya 20 juta itu adalah satu jumlah seperti batuk di tangga. Kita tahu dari jumlah 9 bilion itu kebanyakannya untuk pembangunan infrastruktur yang hanya berguna untuk merawat penyakit gelojoh kontraktor kroni untuk mendapatkan kontrak membina hospital dan membekalkan peralatan yang bernilai berbilion ringgit, tidak termasuk konsesi perkhidmatan yang telah diswastakan. Maka keadaan bukan sahaja masih ditakok lama, malah dalam keadaan tertentu adalah lebih teruk untuk pesakit kronik dan pesakit yang memerlukan pembedahan segera jikalau mahu mengggunakan tabung bantuan yang kecil ini pun termaksa menjual maruah diri. Sistem kebajikan seperti ini banyak terdapat di banyak negara membangun, yang di Malaysia ini saya bayangkan tidak jauh berbeza dengan sistem di England zaman kegemilangan Queen Victoria, dimana perlaksanaan sistem kebajikan menggunakan dua undang-undang, satu untuk orang kaya atau satu lagi untuk orang miskin atau biasa dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "poor man law". Di Malaysia memang tidak kelihatan dua jenis undang-undang ini, tapi ia tersembunyi di dalam cara perlaksanaannya. Perlaksanaan ini sama juga dengan sentimen lama itu, iaitu rakyat yang tidak produktif dianggap sebagai halangan atau satu bebanan kepada arus pasaran, maka rakyat seperti ini harus diperlakuakan seperti penjenayah atau mereka mesti menyembah seperti kucing kurap untuk mendapatkan sistem subsidi negara. Fakta ini kadang-kadang boleh dilihat semasa pesakit cuba mendapatkan bantuan dalam bentuk sekatan-sekatan melalui sistem birokrasi. Apakah kita harus menyalahkan kakaitangan kerajaan sahaja yang menyebabkan ramai pesakit menjadi mangsa kerana ketidakcekapan sistem birokrasi ini kerana kakitangan kerajaan terpaksa menjalankan tugas seharian menurut dasar yang dibuat oleh kerajaan BN. Maka selagi dasar ini tidak diubah, selagi itulah ramai yang mati atau menjadi lumpuh seumur hidup di dalam keadaan yang boleh dielakkan akibat dari sifat pemurah kerajaan BN seperti ini.