Perbelanjaan menganjurkan Piala Monsun termasuk prasarana yang dikatakan berjumlah RM300 juta sebenarnya menyamai perbelanjaan mentadbir negeri Terengganu selama setahun di bawah pemerintahan PAS sebelum ini, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.
Komen:
Jelas di sini sewaktu pemerintahan PAS, mereka tidak mampu untuk mengembangkang kadar ekonomi di negeri Terengganu berbanding kemajuan yang dicapai oleh negeri-negeri yang di tadbir oleh BN. Jika di lihat secara kasar, PAS adalah parti miskin yang hanya pandai menggunakan minda mereka untuk menggunakan wang tetapi bodoh dalam mencari cara untuk menjana atau mencari wang tambahan untuk negeri jajahannya.
Seperti mana dengan agenda mereka untuk mengambil keuntungan PETRONAS untuk menjayakan manifesto bangang mereka, sedangkan mereka sendiri tidak membuat kenyataan terbuka bagaimana untuk menambahkan kekayan dana negara selain dari wang keuntungan minyak oleh PETRONAS. Mereka lebih gemar bercadang untuk membazirkan PETRONAS yang pada kerajaan BN sekarang merupakan dana “The Last Reserved Money” untuk keselamatan negara jika ditakdirkan terjadi sesuatu diluar jangkaan.
Dengan itu jelas dilihat di sini, PAS hanya pandai membazirkan wang negara tetapi tidak mampu menyatakan bagaimana mereka dapat menaikan atau mengembalikan kekayan negara yang dibelanjakan secara rambang dan tidak masuk akal. Mereka pandai berjanji dan memberi tetapi bodoh dalam menjanakannya semula. Apakan daya, semua mereka terdiri dari minda kelas ketiga.
Beliau yang merupakan bekas Exco kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS, menyifatkan penganjuran Piala Monsun itu membazir dan tidak banyak memberi keuntungan kepada rakyat.
Komen:
Kuntungan bukan datang dalam sekelip mata, kejayaan tidak akan datang jika tidak berusaha. Kerajaan kota apa yang dikata dan sanggup mencubanya walaupun terpaksa melalui pahit getir. Sekurang-kurangnya kerajaan BN bukan pengecut yang takut untuk maju.
Bandingkan dengan PAS dan pembangkang yang hanya pandai berkata dan berjanji tetapi darai dalam melaksanakannya. Mereka hanya mampu duduk dan membelai janggut sambil melabuhkan angan-angan Mat Jenin yang bermimpi di siang dan malam hari.
Sebaliknya kata beliau ia hanya memberi keuntungan peribadi untuk segelintir orang luar terutama Dato' Patrick Lim dan dalam Terengganu.
Beliau yang ditemui di sini berkata maklumat perbelanjaan penganjuran itu telah disiarkan oleh sebuah majalah terkemuka bagi Asia Pacific.
"Inilah pemerintahan Umno Terengganu selama 40 + 4 tahun pemerintahan mereka yang menyusahkan rakyat. Perancangan dan program bukan untuk menguntungkan rakyat kebanyakan sebaliknya hanya segelintir yang menikmati keuntungan,"katanya lagi.
Komen:
Jika diminta PAS untuk menyenaraikan apa perancangannya dan tindakan yang dibuat oleh mereka dalam menjana masuk wang ke dalam negeri dan kemudahan prasarana tahap antarabangsa yang boleh dipuji dan dicontohi negara luar, hanya satu sahaja jawapan dari mereka, KAMI BANGKANG! KAMI BANGANG!
No comments:
Post a Comment