Thursday, February 28, 2008

Tipu daya pembangkang dengan Harakah

Kakitangan Harakah bahagian pemasaran hari ini dikejutkan dengan kedatangan beberapa pemuda India bersama dengan lori tiga tan yang dipercayai untuk mengangkut 6,000 naskhah akhbar Harakah.

Tinjauan mendapati, mereka adalah pemuda India dari ibu kota yang sedar kepentingan Harakah untuk bahan bacaan dan rujukan khususnya di kalangan masyarakat India di Kuala Lumpur menjelang pilihan raya pada 8 Mac nanti.

Suresh, 28; Muthu Kumar, 29; Sri Dhar, 27 telah datang pada awal pagi lagi bagi memastikan Harakah kali ini diperolehi tanpa kegagalan untuk mendapatkannya.

Suresh yang ditemui menjelaskan, tujuannya ke pejabat pemasaran Harakah adalah untuk mendapatkan 6,000 naskhah untuk diedarkan kepada pembaca di sekitar ibu kota, dengan harapan yang cukup tinggi agar mereka (pembaca) dapat memilih calon-calon pembangkang yang dilihat kali ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pakar motivasi, aktivis masyarakat kontraktor dan lain-lain.

Sementara rakannya, Muhtu Kumar menegaskan, bahawa Harakah adalah sebuah akhbar alternatif yang hanya melaporkan berita-berita yang benar lagi sohih, tidak seperti akhbar-akhbar arus perdana yang bayak mengampu dan mengambil hati para pemimpin negara.

Seorang pesara kerajaan, Kesevan Rajoo, 61, menyatakan bahawa beliau mendapatkan kira-kira 150 naskhah Harakah untuk diedarkan di Bukit Aman, saya tidak takut untuk hantar ke Bukit Aman memandangkan saya seorang pesara, dan saya yakin ada di kalangan para pegawai keamanan di situ yang berminat untuk membaca Harakah.

Bagaikan pisang goreng panas

Menurut seorang kakitangan bahagian pemasaran Harakah , Khairul Azizi menjelaskan, kali ini pihak pengurusan telah mencetak kira-kira 177,000 naskhah berbanding 134,000 sebelum pembubaran parlimen dan penamaan calon baru-baru ini.

Katanya, keadaan ketika penjualan kali ini agak kalut dengan penambahan mendadak yang mendapat permintaan tinggi dari pengedar dan pembeli.

Komen:

Tulisan rencana yang dimanipulasi oleh pembangkang sendiri. Nama-nama yang disebut dalam rencana ini adalah nama-nama yang dicedok oleh mereka untuk meraih kepercayaan dari pembaca. Rencana ini bukan merupakan satu fakta yang boleh di ambil pusing oleh pembaca kerana tiada bukti kukuh yang menyokong kata-kata dalam tulisan pembangkang. Dengan hanya bermodalkan pembelian akhbar harakah sahaja mana mungkin boleh menyakinkan rakyat bahawa rakyat telah beralih sokongan kepada pembangkang.

Jika di lihat pada pembangkang, mereka menggunakan isu-isu tertentu untuk di putar belitkan untuk kepentingan mereka. Mereka sebenarnya tidak memberi tahu perkara sebenar kepada masyarakat. Jika mereka mampu untuk mencanang keyakinan mereka untuk menurunkan minyak kepada serendah 30 sen, jika dikaji ini bukan cerita sebenar yang mahu di tonjol oleh mereka.

Seperti yang semua sedia maklum, harga minyak akan rendah apabila ekonomi negara meleset. Dengan terjadinya kemelesetan ekonomi, rakyat akan dihimpit dengan masalah kewangan di mana akan ada syarikat yang terpaksa di tutup dan tidak dapat beroperasi seperti sebelumnya, jadi dengan itu taraf penganguran akan meningkat secara mendadak, bila ini terjadi maka kuranglah kenderaan berada di atas jalan raya kerana semua rakyat terpaksa berjimat berbelanja. Jadi bila semua rakyat terpaksa berjimat akibat dari kemelesetan ekonomi, maka harga minyak akan jadi rendah dan subsidi kerajaan akan dikurangkan mengikut tahap penggunaan minyak tersebut.

Jadi kita dapat lihat disini bagaimana pembangkang tidak berterus terang dengan isu minyak rendah mereka, jika minyak dapat direndahkan harganya ini menunjukkan bila pembangkang memerintah, negara akan mengalamai masalah kemelesetan ekonomi hingga mengakibatkan rakyat menderita. Jadi tercapailah hasrat mereka untuk mengurangkan harga minyak tetapi sebaliknya mereka akan memperjudikan hidup rakyat dengan lambakan pengangguran di Malaysia.

3 comments:

yusof said...

Pengarang hanya menggunakan minyak sebagai isu berkaitan dengan masalah inflasi sekarang untuk ditenteramkan dengan lojik harga minyak mentah di peringkat antarabangsa. Sebenarnya kenaikan harga barang-barang sudah meluas menggambarkan kelemahan sistem pentadbiran. Contohnya harga serbuk Milo kecil di pasaraya, sebelum parlimen di bubar sudah dua tiga kali meningkat hingga 3.30-3.50, lepas dibubar naik 3.50-3.80 dan dalam masa seminggu sahaja naik lagi kepada 3.80-4.20. Saya di sepanjang tiada kerajaan sekarang, pengusaha akan berpesta untuk menaikkan harga barang-barang di luar kawalan. Di masa ini pihak berkuasa menjadi seperti tikus-tikus tanpa gigi, kecuali menjaga kawasan larangan kepada poster parti pembangkang. Yang diwar=warkan sebuah kerajaan yang kuat kerana menguasai kerusi parlimen hampir semua hanya sekadar menggunakan pasukan polis dan pasukan keselamatan lain untuk menekan suara=suara yang tidak setuju dengan pemerintah. Lain dari itu, pengusaha, peruncit dan penjenayah tiada tandingan lagi bagi mereka. Inilah yang dinamakan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil?

Paney said...

bangsatnegaraBN

"Orang Jelai" said...

Maka keluarlah pencaci nista...
Menafikan kejayaan kerajaan didepan mata...
mengeluarkan fatwa mengikut musimnya..
memakai serban(opps!!... calon PAS di Kemunting dah bukak ketayap...nak pancing undi hindu lar katakan...) mempamerkan kealimannya...
ayat ditafsir penyedap cerita...
konon UMNO tak tahu agama...

Bantuan Felda,felcra,rakyat miskin(pprt),masjid,perkim,jakim,perbankan islam,mahkamah syariah,anak yatim,sek. agama,pusat tahfiz,UIA,tabung haji,j-qaf(bahasa arab) di sek. rendah,bantuan Bosnia palestein indonesia, elaun imam masjid...dan sebagainya...
Tidakkah ini namanya agama...
namun mereka terus menidakkannya...
ini tanda orang yg busuk hatinya...

BN..barang naik menjadi modalnya...
kelapa sawit naik, getah naik, gaji naik.. kenapa tak cerita?..

warna hijau putih(agama islam) jadi laungan pemudanya...
tapi kepala warna biru (kepala blue) adanya...
kalau tak percaya cuba cek handset dan emailnya....

Anwar nak turun harga tol lebuhraya....
janganlah "KALDAIan Hindraf" buat-buat lupa...
semasa perjanjian pengurusan lebuhraya...
Setiap 2 tahun harga tol perlu dikira(dikaji)...
Tidakkah dia(masa jadi menteri keewangan Malaysia) yg menandatanganinya???...
baling batu sembunyi tangan ya!!....

Inilah perangai Melayu lama...
Dengki melihat Melayu lain(UMNO) selesa dipersada negara...
Matlamat hanya untuk jadi ketua...
Dunia jugak matlamatnya...
Inikah namanya Akhirat jua???...

mereka kata "sokong islam anda selamat" jua...
kami kata "sokong islam tak selamat" ....."AMAL ISLAM BARU SELAMAT" laaa...