Monday, February 4, 2008

Malu - Mursyidul Am PAS Mengajar Keganasan

Sedang sibuk pemimpin PAS bersidang untuk membersihkan nama dan menarik kembali kepercayaan penyokong, Rakyat Malaysia pula sibuk mencari cara yang paling efektif memansuhkan PAS dari muka bumi Malaysia . PAS mungkin lupa tindak tanduk mereka mencemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak mudah dilupakan oleh rakyat jelata. Segala kegoblokan dan keganasan PAS sebelum ini jika dikupas kembali untuk tatapan umum mampu membuatkan para penyokongnya kembali sedar dan menarik kembali kepercayaan yang diberikan kepada PAS sebelum ini. Bukan itu sahaja, keiblisan PAS dalam soal agama, hukum-hukum Islam, dan fatwa manjadikan rakyat mahukan PAS dilumatkan dari politik negara selama-lamanya.

Mari kita kupas tentang keganasan PAS yang telah diakui sendiri oleh Mursyidul Am PAS. Topik keganasan yang sememangnya sinonim dengan PAS merupakan satu topik yang memalukan kita sebagai rakyat negara, rakyat kita yang sentiasa memperjuangkan dan mengagungkan ketinggian ajaran Islam. Jika di luar kita lihat keganasan yang dilakukan oleh sesuatu puak mampu menjadikan rakyat dalam negara kacau bilau perkara yang sama mampu terjadi jika kita rakyat Malaysia masih lagi membenar dan menyimpan parti sampah negara ini untuk terus manaburkan racun dan dalil kafir untuk menjatuhkan negara dan menganggu keamanan rakyat.


Mursyidul Am PAS sendiri agaknya malu dengan perlakuan ahli-ahli PAS sendiri yang bukan sahaja bertindak membelakangkan Presiden mereka tetapi juga mempunyai minda militan tahap terbodoh. Dengan pengakuan Mursyidul Am PAS ini dengan sendirinya kita tahu bahawa bukan sahaja PAS merupakan satu parti yang ganas tetapi juga merupakan satu parti yang sentiasa menjatuhkan nasib rakyat serta mempasong dan menyalib umat islam Malaysia itu sendiri.

Pada 13 Februari 2002, Mursyidul Am PAS telah membuat kenyataan terbuka berhubung keganasan menyerang dan membakar trak polis ketika ceramahnya. Keganasan tersebut merupakan perlakuan “Pengganas PAS” jelasnya dan beliau turut mengaku akan wujudnya ahli PAS yang sememangnya pengganas. Daripada pengakuan Mursyidul Am PAS ini jelas menunjukkan orang PAS adalah ganas. Beliau berpendapat bahawa PAS sendiri tidak boleh menerima mereka yang membuat khianat kerana beliau sendiri tidak pernah mendidik orang PAS melakukan khianat.

Sebagai seorang yang berpendidikan kita pasti dapat membuat kesimpulan bahawa tidak kira samada penganas merupakan penyokong PAS atau pun penganas PAS, yang pastinya mereka terdiri dan dicipta daripada PAS itu sendiri, serta berada di bawah kuasa Mursyidul Am PAS sepenuhnya. Tepat jika dikatakan bahawa Mursyidul Am PAS sendiri malu untuk mengakui bahawa ahli PAS sebenarnya terdiri daripada pengganas, kerana jika ini berlaku jelas menunjukkan beliau gagal mendidik anak-anak dalam partinya berlandaskan Islam dan mempunyai perlakuan seperti manusia normal bukan bercirikan haiwan. Dalam kejadian itu pihak polis turut menemui pelbagai peralatan yang dijadikan senjata merbahaya dikawasan ceramah tersebut.

Mursyidul Am PAS bertindak untuk berdalih dalam hal ini dengan mengambil jalan mudah menuding kesalahan tersebut kepada militan PAS dan turut menyatakan bahawa militan PAS adalah bukan ahli PAS walaupun terang-terang kedatangan mereka adalah hasil ciptaan PAS sendiri. PAS mencipta mereka dengan menyemai sifat ganas dalam minda penyokong mereka menerusi kursus dan ceramah batil mereka selama ini.

Ini semua merupakan semaian pemimpin PAS yang bukan sahaja mewujudkan pengganas tetapi juga merosakkan minda sebahagian besar orang Melayu sehingga menjejaskan perpaduan sesama bangsa, sekali gus melemahkan orang Melayu dan Islam. Jelas kini Mursyidul Am PAS tidak mampu berdolak dalih kerana penyokong mereka kini sudah selamat menjadi penganas dan tidak lagi mampu dikawal. Ini semua terjadi akibat bertahun-tahunnya diasuh membenci dan dikafirkan minda mereka untuk menjadi penderhaka kepada negara walaupun rata-rata tindakan PAS ini jelas merosakkan rakyat kita yang sebangsa dan seagama.

Bagi Mursyidul Am PAS itu sendiri beliau merasa jelak melihat telatah anak-anak didiknya yang semakin hari semakin lemah tahap pemikirannya dan sentiasa rendah kebolehan mereka untuk berfikir secara rasional kerana sentiasaa bertindak seperti haiwan liar yang terlepas dari jagaan tuannya. Beliau turut mengeluarkan nada kesal atas tindakan mereka dengan menyifatkan tindakan menyerang polis serta membakar trak polis ketika ceramahnya di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil sebagai perlakuan ganas yang melampau dan tidak langsung boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia termasuk beliau sendiri. Sehubungan itu beliau sendiri bersetuju perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis bagi menangkap dan menghukum pihak yang terbabit kerana beliau sendiri telah buntu mengenai hal ini.

Saya memang setuju kerana harta ini ada nilai di sisi Islam. Kalau ada orang buat khianat pada harta, mesti diambil tindakan (walaupun dilakukan) penyokong PAS sendiri.

PAS dan saya sendiri tidak boleh terima orang yang buat khianat, malah (mengkhianati) diri sendiri pun tak boleh. Kalau kita buat dosa ini bererti kita khianat diri sendiri. Apa lagi kalau kita buat khianat pada orang lain, memang tak boleh. Saya tak pernah didik orang PAS buat khianat sama ada kepada diri sendiri atau pada masyarakat, orang ramai dan lebih-lebih lagi harta kerajaan

Samseng dan Penipu

Bukan sahaja PAS merupakan satu parti yang berlandaskan keganasan pada masyarakat Malaysia, tetapi PAS juga turut menjadi ganas pada agama Islam sendiri. Ungkapan Samseng dan Penipu telah dituturkan oleh PAS kepada Allah SWT. Mursyidul Am PAS sendiri nampaknya telah tersasar jauh imanya apabila menimbulkan kontroversi yang mengatakan Allah itu samseng setelah menterjemahkan bahasa Arab “ Al-Jabbar Al- Mutakabbir

"Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap Nabi musuh (daripada) syaitan-syaitan manusia dan jin yang membisikkan sebahagian daripada mereka kepada sebahagian yang lain perkataan perkataan palsu yang indah. Jika Tuhan kamu menghendaki mereka tidak akan mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan".- Surah 6: 112.

Dalam zaman kita sudah ada syaitan daripada golongan manusia (Mursyidul Am PAS) yang berani berkata bahawa Tuhan adalah penipu, sombong, samseng dan mencarut. Tetapi sambil mereka merancang untuk memburukkan nama Allah dengan penipuan mereka, Maha Suci Allah yang tahu lebih awal lagi akan rancangan mereka sudah pun membuat rancangan sendiri untuk mendedahkan penipuan mereka.

Samseng itu adalah penjahat yang menzalimi orang tanpa hak atau sebab yang sah, seperti PAS. Tuhan kita tidak pernah menzalimi sesiapa pun, kecuali PAS. Samseng itu adalah penjahat yang mencabul hak orang dengan tidak adil seperti PAS. Tuhan kita tidak pernah mencabul hak sesiapa pun dan tidak pernah berlaku tidak adil kepada sesiapa pun, kecuali PAS. Samseng itu boleh menipu tetapi Tuhan kita tidak pernah menipu, kecuali PAS yang sentiasa kuat menipu.

Bapa borek anak rintik” – ini merupakan satu ungkapan yang bersesuaian dengan PAS kerana apa sahaja kegoblokan yang dilakukan oleh bapa PAS (Mursyidul Am PAS) ini pastinya akan diikuti oleh anak-anak PAS itu sendiri. Ini terjadi apabila Ketua Pembangkang PAS Semantan secara bersahaja pada 19 Ogos 2002 telah merosakkan imannya dan minda kelas lembabnya dengan menyatakan bahawa Allah itu penipu. Dengan berlandasakan sepotong ayat Al-Quran dan juga berlandaskan penterjemahan minda yang tiada tolok banding kebenakkannya beliau berkata “ Dalam ayat itu disebut, mereka itu penipu dan Allah pula menipu tetapi penipuan Allah itu mengatasi lebih dari segala-galanya ”.

Terjemahan di atas sama sekali berbeza dengan tafsiran asal mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran terbitan DarulFikir di bawah kawalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ayat 54 Surah A-li’ Imraan Jus Ketiga yang bermaksud “ Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa, dan Allah pula membalas tipu daya mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan mengagalkan segala jenis) tipu daya.

Jelas di sini, PAS dengan lantang telah tersesat jauh dan cuba bertindak untuk menyesatkan umat Islam Malaysia sepenuhnya. Tujuan ayat ini diturunkan oleh Allah SWT pada zaman kafir Yahudi adalah kerana pada masa itu Yahudi tidak mahu mempercayai Nabi Isa dan mereka merancang membunuh baginda. Ini terang-terang berbeza dengan penterjemahan yang dibuat oleh PAS di mana ianya jelas menuduh Allah SWT menipu. Di sini dapat kita lihat bagaimana tersesat dan kejamnya PAS hingga sanggup mempermainkan maksud ayat Al-Quran dan juga merendahkan Allah SWT.

PAS Halal Liwat Isteri

Astagfirullahhalazim. Tiada kata-kata lain yang dapat diungkapkan apabila mengenangkan kezaliman yang dilakukan oleh PAS ini. Tak cukup dengan menzalimi kuasa kerajaan Malaysia, Menzalimi Allah SWT dan Al-Quran, kini PAS sekali lagi pada 28 Ogos 2003 telah mengeluarkan fatwa yang menzalimi kaum wanita. Zalimnya PAS hingga sanggup mempersetujui Fasal 14 Enakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan mengenai perbuatan suami meliwat isteri. Begitu sanggup PAS di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS ini meletakkan taraf wanita di tempat yang hina.

Bukan sahaja hal ini dipersetujui oleh PAS malahan ianya turut diumumkan kepada rakyat secara terbuka tanpa mengambil peduli sentiment kemasyarakatan dan perasaan kaum wanita Malaysia. Hairan memikirkan kebodohan PAS ini dan juga terlaknatnya mereka daripada Islam. “Sesungguhnya Allah telah memberikan tempat yang sesuai untuk mencampuri Isteri, mengapakah saluran yang terkutuk dan jelas dilaknati Allah dihalalkan oleh PAS.

Masa depan negara akan terus gelap jika kita terus membenarkan PAS melata di atas muka bumi Malaysia ini khususnya di Kelantan. PAS bukan sahaja tidak menghormati undang-undang dan Perlembangaan Persekutuan, tetapi juga PAS telah menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT. Tindakan sebegini jelas menunjukkan pemikiran haiwan PAS yang tiada tolok bandingnya dan juga tindakan seperti Dajjal yang sentiasa ingin menyesatkan dan memusnahkan umat Islam. PAS jelas melakukan tindakan sebegini atas dasar kehendak mereka tanpa (diktator) mengambil kira undang-undang atau hukam Islam.

No comments: