Friday, January 18, 2008

Elak Murtad - Renungan Keluarga Dalam Membesarkan Anak

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

  • Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
  • Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia
didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .

Komen:

Perintah untuk mendidik anak telah disyaratkan kepada para bapa dan bagi ibunya pula diminta bertindak memberi pertolongan dan dorongan kepada pemimpin keluarga di dalam hal-hal yang berkaitan dalam cara didikan anak mengikut lunas Islam. Di dalam ayat Al-Quran jelas dinyatakan bahwa bapa dipertanggungjawabkan mengambil peranan sebagai pemimpin dan penentu dalam mendidik anak, sedangkan ibu berperanan dalam mendidik anak mengikut jalur-jalur kebijaksanaan yang telah ditetapkan berlandaskan ajaran Islam.

Terdapat 2 objektif yang perlu dititik-beratkan oleh ibu-bapa dalam mendidik anak-anaknya.

  • Pertama, jangan membangkitkan perasaan marah di dalam hati anak-anak.
  • Kedua, harus mendidik secara berfikiran positif dan terbuka kepada mereka agar sesuai dengan ajaran, keperluan berhadapan dunia luar dari kelompok keluarga dan nasihat dalam Islam.

Pada umumnya, anak-anak mudah menyimpan perasaan marah pada ibu bapa mereka, khususnya terhadap bapanya. Ini terjadi apabila bapa lebih menerapkan sifat kepemimpinan bersifat Ortodoksi pada masa anak-anak itu masih kecil dan menerap sifat kepemimpinan Partisipatori ketika anak-anak meningkat remaja. Akibat kekurangan iman, seorang bapa tidak menerapkan sifat kepemimpinan Ortodoksi hinggalah anak-anaknya telah meningkat remaja atau dewasa. Tindakan seperti ini akhirnya menimbulkan kemarahan pada anak-anak apabila cara tersebut diperbetulkan supaya berubah mengikut aliran yang benar.

Selanjutnya, kemarahan akan timbul pada diri anak-anak, apabila seorang bapa tidak menunjuk teladan yang baik kepada anaknya. Bapa yang tegas dan suka mengarahkan anaknya agar rajin belajar, berdoa dan membaca Al-Quran, padahal ia tidak pernah menjadi teladan atau menyelam perasaan tekanan dan hati si anak dalam bidang-bidang ini, sangat menimbulkan kekecewaan dan kemarahan pada si-anak. Bapa yang bertindak tegas dalam mengajar anak-anak pada peringkat awal akan menyebabkan anak-anak tersebut apabila dewasa bertindak di luar batasan kerana pada usia mudanya tidak pernah diberikan pendidikan bersifat kebebasan berfikir secara terbuka atas segala bentuk pendidikan bersifat global.

Perkara selanjutnya yang harus dilakukan seorang bapa adalah mendidik anak-anaknya di dalam nasihat dan ajaran Islam. Ini bererti seorang bapa haruslah memiliki dan menerapkan nilai-nilai bersifat tujuan, misi, visi serta keluhuran pada Islam, Al-Quran dan Allah kepada anak-anaknya. Sesungguhnya, anak-anak adalah kurniaan Allah kepada kedua ibu-bapanya.

Renungan Keluarga Dalam Membesarkan Anak

"Didiklah anak menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pula dia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu"

Al-Quran mengajar kita supaya mendidik anak- menurut ajaran Islam dan segala bentuk pendidikan yang dapat menerapkan pendidikan dan pengalaman Islam yang patut baginya. Seorang anak yang dididik dengan benar dan berfikiran positif dan terbuka dalam segala bentuk pendidikan mengikut lunas-lunas Islam, akan kekal menjadi umat Islam hinggalah keakhir hayatnya. Anak ini tidak akan menyimpang, ia tidak akan murtad, ia tidak akan meninggalkan agamanya dan ia akan setia dalam agamanya hinggalah keakhirnya. Betapa indah janji Allah ini bahawa akhirnya sudah pasti anak-anaknya tidak akan menyimpang dari jalanNya.

Tetapi sering kita lihat dari pengalaman dan bacaan, bagaimana seorang anak yang rajin pergi ke sekolah, penuh didikan mengikut acuan Islam, ketika kecil hingga menjadi remaja tiba-tiba bertukar perwatakan imannya dan akhirnya hilang Islamnya entah mengapa?, atau seorang anak yang alim pada masa mudanya tetapi selepas meningkat dewasa terus berubah pegangan agamanya, hilang tanpa tujuan, misi dan visi yang terus kabur. Mengapa demikian ? Al-Quran menjelaskan penyebabnya, Ini terjadi kerana dididikan agama yang diberikan padanya tidak mencukupi serta iman dalam dada masih lagi bergoncang tanpa pendirian dan ketetapan yang luhur menurut ajaran Islam.

Ajaran Islam dan pedoman yang diterapkan dalam keluarga masih tidak mencukup kerana adakalanya sebagai ibu bapa kita merasakan bahawa sebarang tindakan dan pengajaran yang diterapkan dalam diri anak-anak ini telah mencukupi, tetapi sebaliknya kita sering alpa bahawa anak-anak ini jika tidak diberikan pendidikan secara fikiran terbuka dan positif global akan mempunyai fikiran yang bersifat kolot dan akhirnya budaya sekeliling yang berjaya mengubah dan mencorakkan sifat dan fikirannya hingga terus beralih ketetapan iman yang berbeza. Bila ini terjadi maka sebarang bentuk desakan untuk dia berubah akan ditolak dengan keras oleh mereka Bagi mereka dunia di sekelilingnya yang mampu mengajarnya dan benar daripada pendidikan yang diterimanya dari keluarganya sendiri kerana ibu-bapa sering takut dan setiasa menghadkan ilmu pendidikan yang diperluhkanya bagi menghadapi dunia luar yang penuh mencabar.

2 comments:

mail said...

Firman Allah SWT yang bermaksud, tidak ada paksaan dalam beragama.

ni satu ayat yang memberi kebebasan yang mutlak kepada setiap insan dan manusia didunia ni.. memilih untuk jadi murtad atau islam adalah diri sendiri.. kalo lihat kes Aihah yang terang-2 murtad ni bukankah dia sendiri yang pilih untuk itu.. kalo itu fikirnya baik..tp kita yang ade disekeliling juga perlu main kan peranan..bukan tgk sebagai mainan politik. kes ni tak terjadi yang dia sendiri tak cari.. dalam negara kita, kewujudan mubaligh kristian sdh lama sejak kedatangan islam suatu masa dulu.. jadi ianya terus berkembang menyebarkan dakwahkpd semau golongan jadi perlulah berhati-hati dan jgn mudah berpengaruh.. bukan senang untuk pengaruh.. mungkin orang melayu yang murtad ni dah dah dikaburi dgn sesuatu ganjaran sehingga sggp tukar agama akidahnya..mungkin orang sepertinya adalah sudah bosan dgn pendidikan islam yang dipelajarinya sehingga menyumbang kearah yang serong.. tidak dinafikan antara orang yang suke jual akidah adalah berbentuk bermatlamat untuk cari keseronokkan sementara di dunia ni.. diorang bagaikan tertipu dan terpedaya dengan segala bentuk kemewahan dunia yang ade.kalo diri tidak terjaga maka siapa lagi nak jaga..

mail said...

MURTAD BUKAN SETAKAT DIELAK..TAPI SEPATUTNYA DIBANTERAS SEPERTI USAHA KERAJAAN MEMBANTERAS KEMISKINAN YANG TEGAR DISELURUH NEGARA..

MURTAD LEBIH BAHAYA DAN BOLEH MEREBAK SERTA MENGANCAM AKIDAH UMMAT ISLAM SELURUHNYA..JIKA DIBIARKAN DAN TIDAK DIBANTERAS MAKA HAL-HAL SEBEGINI MUNGKIN AKAN MENGUNDANG PERMASALAHAN YANG BESAR KEPADA NEGARA..

KEWAJIPAN BUKAN HANYA PADA KERAJAAN TETAPI SEMUA PIHAK MEMAINKAN PERANAN..IBUBAPA, SAUDARA MARA, JIRAN TETANGGA, MASYARAKAT AWAM, DAN KERAJAAN ATAU PIHAK YANG BERKUASA SEMUA BOLEH MAINKAN PERANAN MENGIKUT KUPAYAAN MASING-MASING..

TIDAK MUSTAHIL..REMAJA YANG MENINGKAT DEWASA BOLEH TERJEBAK DALAM MASALAH MURTAD..MEREKA ADA SEBAB TERSENDIRI YANG MENJADIKAN MEREKA BEGITU..MUNGKIN SEMAKIN FAHAM ISLAM JADI ADA JUGA YANG BERPENDAPAT BANYAK PERKARA YANG TIDAK DAPAT DILAKUKAN DAN SEGALANYA TERBATAS..INI MEYEMPITKAN LAGI PEMIKIRAN MEREKA UNTUK HIDUP DI DUNIA INI..

PENGARUH PERSEKITARAN DAN ARUS KEMAJUAN DAN GLOBALISASI YANG BERKEMBANG DENGAN PESAT JUGA MEMBERI EFFECT DAN IMPACT KEPADA SETIAP ANGGOTA INDIVIDU..KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL JUGA ADALAH BENTENG UTAMA UNTUK TIDAK TERJEBAK KEKANCAH YG DURJANA..KEKUATAN ROHANI JIWA DAN BIJAK MENUNDUKKAN HAWA NAFSU ADALAH SUATU JIHAD YANG PERLU DIPERKUKUHKAN..SEGALANYA TERTAKLUK KEPADA ARAH MANAKAH SESEORANG INDIVIDU ITU INGIN TUJU DAN APAKAH USAHA YANG MEREKA LAKUKAN..


DALAM KES MURTAD YANG BERLAKU DALAM NEGARA HARI INI..BUKAN JALAN TERBAIK DGN MEMBUAT TUDUHAN DAN TOMAHAN PADA SETIAP KELEMAHAN DAN PADA SESUATU ATAU SESEORANG..SEBALIKNYA BAGAIMANA KITA BERUSAHA UNTUK MEMULIHKAN MEREKA YANG MURTAD DAN MENYERU MEREKA KE ARAH KEBENARAN KEMBALI..DENGAN MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING DAN MEMPERBETULAKAN MINDA PEMIKIRAN SECARA BERTERUSAN DAN SENTIASA ENGAMBIL BERAT ADLAH TUGAS YANG WAJAR DILAKUKAN..

IBU BAPA JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH KEPADA SETIAP APA KEBURUKAN YANG DILAKUKAN OLEH ANAK-ANAK..MEREKA SEBENARNYA MEMERLUKAN PERHATIAN DAN BIMBINGAN DAN KASIH SYG YANG LEBIH DRPD KELUARGA SENDIRI..TIDAK SEMESTINYA BILA ANAK MURTAD MEREKA BOLEH SUDAH PUTUS PERTALIAN LANGUSNG DENGAN IBUBAPANAYA DAN KELAURGANYA..MEREKA ADALAH ANAK YANG KITA LAHIRKAN DAN BESARKAN MENGAPA APABILA TERJADI KES MURTAD MAKA KITA DENGAN CEPATNYA MENYALAHKAN PIHAK KERAJAAN SEMATA-MATA..
ADAKAH KERAJAAN MENGAJAK UMAT ISLAM TERUTAMA BANGSA MELAYU UNTUK TIDAK MENGANUTI AGAMA ISLAM DAN JADILAH ORANG MURTAD..TIDAK BENAR SAMA SEKALI..

HAL SEBEGINI TERJADI MUNGKIN KERANA SESEORANG INVIVIDU ITU TIDAK PANDAI UNTUK MEMBEZAKAN YANG MANA SATU KEBENARAN DAN KEBATILAN..

JADI PADA SEMUA PIHAK BAGILAH PERHATIAN UNTUK SETIAP PERKARA YANG BERLAKU DISEKEKLILING KITA...SIKIT-SIKIT LAMA-LAM JADI BUKIT..KECIL-KECIL MENJADI KAWAN..BILA BESAR MENJADI LAWAN...