Wednesday, January 30, 2008

Di Taklimat Khas Abdullah Ramai AJK UMNO Belah?

Dipetik dari http://kuda-kepang.blogspot.com/

Pada 22 Januari 2008, saya duduk di kedai kopi riverside, PWTC, Kuala Lumpur, sejak jam 3.00 hingga 5.00 petang. Suasana hingar bangar. Ada kelompok yang membedal Presiden UMNO habis-habisan. Ada pula yang mengutuk menantu Presiden UMNO dengan suara lantang.


Mereka semua warga UMNO. Sebilangan besarnya memakai lencana Taklimat Khas Presiden. Pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang menyampaikan taklimatnya. Tetapi, ramai pula peserta taklimat itu memilih untuk keluar daripada dewan dan melanggani riverside untuk minum teh tarik dan makan goreng pisang.

Di antara mereka yang enggan mendengar taklimat Abdullah adalah beberapa ketuan UMNO bahagian, AJK UMNO bahagian, AJK Pemuda UMNO Bahagian, Timbalan Menteri, ADUN, beberapa orang setiausaha menteri, dan beberapa orang besar daripada bahagian khas Kementerian Penerangan.

Saya bertanya kepada beberapa orang daripada mereka, mengapa tidak mendengar taklimat Abdullah. Jawab mereka: isi taklimatnya sama sahaja. Asyik-asyik kisah modal insan, harga barang terkawal dan lain-lainnya. Membosankan!


Kesemua mereka yang meninggalkan dewan menjinjing satu beg kertas kecil berlambangkan UMNO. Di dalamnya ada beberapa risalah – mengenai RMK9, fitnah-fitnah pembangkang dan pemilik portal berita internet, serta ucapan-ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO November 2007.


Sewaktu berjalan dari PWTC menuju ke Hotel Sari Pacific, saya terserempak ramai perwakilan yang sudah lanjut usia, lelaki dan wanita. Saya terdengar rungutan mereka.

Antara rungutan yang menarik pendengaran saya adalah: “Panggil orang datang dari jauh, makan pun tak tentu hala, hujung-hujung ucapan Presiden baru ada sikit cerita pilihan raya.”

Seorang ahli parlimen pula terlepas cakap sesama sendiri begini: “Same old story. Wasting my time.” Maksudnya: cerita lama juga. Buang masa aku aje..

Saya tidak akan mentafsirkan kisah di atas mengikut persepsi saya sendiri. Tetapi, satu petanda yang agak jelas ialah, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mungkin tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.


Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa “masih ada lagi sedikit-sebanyak yang perlu dibaiki. Ikut laporan di tempat-tempat yang tertentu, bagi negeri-negeri yang tertentu, tak payah saya sebut negeri mana...ini perlu kita beri perhatian."

Dalam pada itu, ada pula sumber-sumber memberitahu saya bahawa surat Abdullah untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dikatakan sudah tiba ke Istana Negara!

Komen:

Jangan hanya dengar dan pejam mata! Selidik dahulu kebenaran cerita tersebut. Kedatangan peserta taklimat adalah melebihi daripada yang dijangka. Tetapi pihak UMNO tetap berterima kasih pada mereka yang hadir walaupun tempat duduk di dalam dewan perhimpunan tidak mencukupi. Ini menunjukkan betapa kuat sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Tetapi bukan semua yang berada di riverside adalah penyokong UMNO. Termasuklah penulis sendiri yang hanya berada di sana untuk mencari cerita untuk menabur fitnah dan omong kosong. Tekaan saya tepat dengan adanya tulisan artikel seperti ini. Gobloknya si penulis ini jelas kelihatan di mana mengambil maklumat dengan cara mencuri dengar perbualan kelompok manusia yang tidak boleh dipercayai status kebenaran kata-kata mereka. Konon mahir dalam bidang kewartawanan tetapi bengapnya sama sahaja dengan kelompok daif manusia yang hanya tahu membedal dengan cakap-cakap kosong tanpa ada sebarang kebenaran dan fakta.

Kadang-kadang terfikir bagaimana seorang yang berkedudukan selesa seperti penulis tetapi di akhir hayat politik kecundang tanpa ada sesiapa ambil peduli. Akhirnya terjebak dalam penulisan yang jelas menunjukkan kecederaan jiwanya tahap maksima. Mungkin pada masa Tun Musa Hitam dan Rais Yatim penulis berada di zaman gemilang tetapi itu dulu. Sedarlah sedikit yang zaman sekarang tidak ada siapa yang menghargai anda jika kekal berfikiran kotor penuh kebusukan dalam hati.

Penulis terlibat dalam politik hanya untuk kepentingan dalam diri, dan akhirnya bila sekarang jatuh si ketua maka makan pasirlah dirinya. Ingin di sini saya katakan, jenaka anda mampu membuatkan saya ketawa. Jenaka bagaimana seorang wartawan malang yang kecundang akibat tiada sokongan lagi pada dirinya, yang mana dirinya tiada sebarang kepentingan dalam politik negara dan kembali menjadi penulis bawah pokok yang mengharapkan muncul kembali zaman kegemilangannya. Lupakanlah hasrat anda sebelum terlambat kerana ini zaman Abdullah Badawi bukan zaman Rais Yatim atau zaman Musa Hitam.

Ada perumpamaan tentang pekerjaan manusia seperti berikut “ Hidup untuk bekerja , Bekerja untuk hidup”. Biar saya terangkan pada penulis tentang “Hidup untuk bekerja”:

Hidup Untuk Bekerja” adalah satu golongan yang bekerja kerana dia mempunyai atau diberi pekerjaan. Bila semuanya diberikan di depan mata lupalah dirinya soal kemahiran bekerja, tidak ambil peduli apa akan berlaku di-akhir pekerjaannya. Cuma yang dia tahu adalah bekerja kerana disuruh bekerja. Manusia sebegini jika disepak keluar dari kepompong pekerjaan lamanya itu, sukar baginya untuk mendapat pekerjaan di tempat lain kerana apa yang dia tahu hidup untuk bekerja, hidup untuk kemewahan dan hidup untuk kuasa.

Bagi mereka yang bekerja melibatkan diri dalam bidang politik contohnya si penulis kita ni, lihat sahaja contoh yang terjadi pada dirinya. Bila disepak teranjang dan dipaksa keluar dari kepompong tertingginya maka punahlah kebahagiaan bekerja. Tiada siapa mahu ambil peduli kerana apa kemahiran yang dia? Dulu mampu menumpang kasih, kuasa dan kemewahan pada ketuanya dengan hanya bermodalkan kata-kata ampuan sedangkan kemahiran tentang “Survival” langsung tiada. Maka jadilah dirinya seperi sekarang – hilang arah dan meracau mencari pautan untuk berpahut dalam politik kini. Bila ketua sekarang tak mahu ambil peduli mulalah berjinak membuat PHD – Perasaan Hasad Dengki.

Nasihat saya pada penulis yang mungkin di akhir zamanya kini terasa tertekan dek dah tiada sambutan dalam politik semasa yang ingin melantiknya sebagai Setiausaha Politik apatah lagi sebagai seorang penasihat kewartawanan. Untuk mengurangkan stress yang bernanah dalam hatinya kerana merasakan dirinya kesunyian, diabaikan, tidak dipedulikan dalam hubungan komunikasi seharian. Justerus dinasihatkan agar mencari seorang yang suka dan sanggup mendengar masalahnya mungkin penulis akan berasa ada orang yang sudi mendengar masalahnya. Lantas, mengubat sedikit luka dihati dengan perasaan baru bahawa diri anda masih diterima, dihormati dan dihargai. Apa saja yang menjadi tekanan pada emosi dan fikiran dapat diluahkan tanpa rasa takut dan bimbang. Keikhlasan daripada pendengar dapat dirasakan lalu menjadikan anda lebih berani menerokai diri anda yang malap itu tanpa sebarang ancaman atau terfikir untuk mengancam politik semasa dengan tulisan separa-bangang anda.

Hati yang tenang dapat meningkatkan kecerdasan emosi dan spiritual. Individu yang berjaya adalah terdiri daripada individu yang dapat menggunakan potensi mendengar dengan baik. Itu pun jika anda seorang yang boleh dikategorikan sebagai berjaya dalam hidup!

2 comments:

mail said...

TUDUHAN MENGATAKAN RAMAI AHLI UMNO LARI TU TIDAP TEPAT DAN DUSTA SEMATA-MATA.
KITA LIHAT DAN TENGOK DENGAN MATA DAN HATI..SOKONGAN AHLI UMNO SELURUH NEGARA MELEBIHI DR JANGKAAN
YANG KORANG DUK CERITA PASAL AHLI UMNO YG LARI TU LANGSUNG TAK TEPAT. DIORANG JUST TUNGGU KAT SITU SEBAB DEWAN DAH PENUH DAN X MUAT UNTUK DUDUK.

Haziq Al-Fateh said...

Kekuatan UMNO memang kita semua banggakan. Pedulikan fitnah kotor yang cuba memecah-belahkan kita. KAMI TETAP SAYANG UMNO DAN MELINDUNGI BARISAN PEMIMPIN UMNO !!!